This is Me

My Photo
# Assalamualaikum,I believe that we are who we choose to be. Nobody's going to come and save you,you've got to save yourself. Nobody's going to give you anything; you've got to go out and fight for it. Nobody knows what you want except for you. And nobody will be as sorry as you if you don't get it. So, don't give up on your dreams. Life always offers you a second chance. Its called tomorrow #

Back to school..

Pada tarikh sekian-sekian aku dengan rasa berbesar hati dan sangat berbangga dijemput dengan red carpet merah belang-belang pelangi menyusun sepuluh jari mengucapkan ribuan terimas kasih kerana menjemput aku mendengar ceramah yang sangat bermakna untuk diriku ini.. ;) Si gadis yang sadis terpaksa bangun di awal subuh menjelang untuk mandi dnegan air yang lagi mengelegak kesejukan  urhhhh menyampah sekali rasa nya! haah Seusai siap mandi berdandan berjam berkurun lamanya memulakan aktiti menconteng muka dengan tipis dan simple..haha macam nak bertunang je padahal pergi sekolah je..haha bajet lebih ayat aku..

Blaallaala aku siap sudah dan sarapan segelas air milo bersama roti sandwish telur. Memasng niat untuk mendengar ceramah untuk memperbaiki kelemahan diri. THR GEGAR,GEGAR GEGAR bukan radio cuma lamunan aku sebab hanphone aku berbunyi menunjukkan anish sedang menuggu ku di suluk..haha suluk apa itu??Inilah nama suluk negara di SMK ABDUL RAHMAN TALIB..hahaha

Oke berbalik pada cerita di reka-reka ini,aku memakai baju oren bersama seluar slack dan memakai selipar orang jepon.. wah bngga sambil telan air liur bila tengok semua orang pakai kasut.. wah hati kering aku ni.. Pantang betul lah jadi baik mesti ada jahat yang datang sekali sekala..haha Pendaftran dan bayaran then terusss masuk ke dewan yang berkenaan..

Masuk lah seorang penceramah muda lah konon-nya. ha asal nak cari muka dia gatai korang ni.. dah tua lah ada anak dah pun.. melepas dah korang semua nak berlaki kan orang berumur. haha Dahi nya luas menunjukkan perwatakkan nya yang cerdik dan luas pengetahuan.Apa yang menariknya penceramah ni dia menasihati kita ikut ajaran islam. Sambil bekerja dia berdakwah menyebarkan ilmu agama.Orang macam ini lah diperlukan untuk memperbaiki akidah pelajar2 kini yang kian rosak dan jauh bersosial dan melanggar hukum-hukum agama.

Selain itu, jap nama penceramah ni CR YUSOFF. ha dia punya muqadimah mak aiii panjang macam lori treler lol.. Memang rugi lah kalau tak pergi tadi semua info semasa kita dapat pelajri dengan mudah. Cara menangani masalah belajar dan bagaimana nak manage sesuatu group.. Sekarang ilmu di dada pandai-pandai lah nak guna di masa hadapan.

Aku juga telah berjaya mendapat segulung borang yang aku nantikan selama ini.. Tak rugi bangun awal sebab manfaat nya berlipat ganda. biar rugi dulu jangan rugi kemudian. ;) Balik dengan senang hati menuju ke rumah dengan segenggam ilmu di dada..

 Selamat membaca n memberi feedback! ;)

Memakai tudung wajib tetapi sanggul itu perlu ke???

Hari ini aku ingin huraikan tentang kewajipan memakai tudung manakala sannggul untuk mencantikan tudung si pemakai ini sering di perkatakan oleh ahli ulama'. Mari kita huraikan persatu-satu tentang isu ini. Ha bace dengan teliti.Just want to share this Important info with u Muslim's girls outside there.

Ertinya: Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya .....

(Qur'an Surat An Nur:31)


Sabda Rasulullah, “aku telah melawati neraka dan aku dapati ramai daripada ahlinya daripada wanita.”Allah tidak membebankan wanita dengan perkara-perkara yang berat,cukup dengan menjaga rukun Islam,jaga aurat dan taati suami,maka tertutup semua pintu neraka dan terbuka semua pintu syurga, masuklah dari mana-mana pintu yang disukai.Allah tidak suruh wanita pergi berjihad,wanita cari nafkah,wanita jadi pemimpin,itu semua tugas lelaki.Jika lelaki tunaikan itu semua pun,belum tentu dia dapat masuk syurga dari satu pintu.Belum tentu.

Aurat Itu Tinggi Nilainya

Betapa Islam mementingkan nilai aurat sehingga gambar perempuan yang tidak bertudung atau tidak menutup aurat itu pun dikira sebagai aurat dan berdosa bahkan rambut yang terputus itu pun dikira aurat,wajib dijaga daripada pandangan lelaki.Semuanya bertujuan bagi menjaga maruah wanita itu sendiri.Logiknya,jika Rafiq nampak rambut Salina yang terputus di karpet surau,Rafiq dapat mengagak rambut Salina macamana.Pasti Salina akan berasa malu.

Sabda Rasulullah, “aku telah melawati neraka dan aku dapati ramai daripada ahlinya daripada wanita.”Allah tidak membebankan wanita dengan perkara-perkara yang berat,cukup dengan menjaga rukun Islam,jaga aurat dan taati suami,maka tertutup semua pintu neraka dan terbuka semua pintu syurga, masuklah dari mana-mana pintu yang disukai.Allah tidak suruh wanita pergi berjihad,wanita cari nafkah,wanita jadi pemimpin,itu semua tugas lelaki.Jika lelaki tunaikan itu semua pun,belum tentu dia dapat masuk syurga dari satu pintu.Belum tentu.

Mulianya darjat kaum Ansar berbanding kaum Quraisy kerana auratnya. Imam Bukhari dalam satu riwayat memetik kat-kata Safiyah, katanya, “ketika kami berada di sisi Aishah,kami telah memuji kelebihan wanita Quraisy.Lalu Aishah berkata bahawa sesungguhnya wanita Quraisy itu ada kelebihannya juga.Tetapi,demi Allah,aku tidak melihat kelebihan tersendiri yang ada pada wanita Ansar.Mereka amat beriman kepada kitab Allah dengan apa yang diturunkan oleh Allah kepada mereka.Sesungguhnya telah turun ayat 31 Surah An-Nur yang memerintahkan para wanita mukminah melabuhkan kain tudung mereka sehingga tidak nampak lagi perhiasan.Demikian juga dengan lelaki mereka ,apabila pulang ke rumah mereka terus membaca ayat tersebut kepada isteri-isteri mereka,anak-anak perempuan mereka,saudara-saudara perempuan mereka dan kepada kaum kerabat mereka yang wanita.Setelah mendengar ayat itu,tidak ada seorang pun daripada mereka duduk,semuanya bangun mengambil kain,lalu menutup kepala dan muka mereka demi mematuhi dengan segera perintah ayat tersebut.Kelihatanlah mereka berjalan di belakang Rasulullah dalam keadaan menutup seluruh tubuh badan dengan pakaian hitam,bagai gagak-gagak hitam.”

Jika anda berjalan di satu jalan,di jalan itu terdapat banyak tahi lembu. Apakah tindakan yang anda akan lakukan?Angkat kain anda supaya tidak terkena tahi dan berjalan melepasinya?Atau terus sahaja berjalan tanpa menghiraukan tahi-tahi tersebut?

Ummu Salamah,isteri baginda yang terkenal dengan akalnya yang hebat pernah bertanya, “aku termasuk wanita yang memakai pakaian labuh sehingga apabila berjalan di tempat kotor,terkena kekotoran di pakaianku.”Rasulullah menjawab, “cucuilah selepas itu.” (Riwayat Abu Daud dengan sanad Soheh)

Hadis ini menjelaskan kepada kita bahawa Rasulullah lebih mementingkan penjagaan aurat daripada kekotoran kerana kekotoran lumpur mudah untuk dicuci tetapi terdedahnya aurat menyebabkan diri dan orang lain pun turut terpalit dengan dosa yang sukar untuk dibersih.


Selain itu, ramai orang di masa ini di luar memakai tudung tetapi di dalam FB,MS,FS dan lain-lain meletak kan gambar-gambar tanpa menutup aurat. Orang pada masa ini kurang memberi perhatian terhadap perkara-perkara begini. Subhanallah! Itu satu dosa dan bertaubat lah sebelum langit masih terbuka untuk meminta keampunan dari-Nya.

“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

Rasulullah s.a.w bersabda:

“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”

–hadis riwayat Muslim. Hadis no 212-

I would say that I was tempted at first as I saw some women/celebraties/tv presenters looked really pretty wearing the syrian style hijab with high sanggul/bun. Sometimes, bila nak cantik, manusia selalu lupa pada hukum walaupon dah belajar.I am one of them. Bila nak buat benda jahat, laju je.Anyway, in wearing hijab,niat perlukah menghalalkan cara? I dare not jatuhkan hukum or say that it is haram wearing the fake sanggul arab.However,at the moment, I'll just forget about buying the sanggul arab thingy.

Btw,tak pakai sanggul pun dah cantik lah.Kecantikkan tak di hisab di akhirat kelak tapi amalan kita itu penting untuk menolong kita di sana kelak. Insyaallah.



Selamat beramal, Assalamualaikum...

Alkisah Bermula dengan........

Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma,Wa jamaah baina kuma fee khair,Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma,Wa jamaah baina kuma fii khair. laalalalallala lalala tak ingat lirik lagi.. Macam mi sedap kan aku nyanyi cuma tak boleh rasa je.. baiklah, berhenti melalut . hey korang aku ada ada ada ada banyak giles story mory yang nak di-pot pet kan dengan korang. WHAT?? ayat yang betul-betul ingin tahu kan.. ala jangan malu aku tahu korang nak tahu kan apa yang aku nak tulis untuk enrty kali ni.. ceh,perasan punya muka macam ada oarang peduli kan bloggie aku yang cantik, meriah n pinky ni..haha orang mude-mude cakap penyakit Double S! ha penyakit ni nama nya syok sendiri macam aku ni.. wee ("buat muka comel")

Dalam dunia yang serba canggih moden cemerlang dan terbilang ini tiada yang percuma. Nak percuma pun kena haiyoo tu ma kalo lu mao lu kena buy 1 dulu baru wo lu apat free 1 ini macam bole ma! haha ini lah nama nya duniawi. Oleh itu,untuk mendapatkan sesuatu yang korang hajati, mestilah perlu berusaha dan berdoa kepada ALLAH S.W.T. Insyaallah,amin..! Tengok nak menulis pun kita mesti sentiasa mengingati ALLAH S.W.T. Dua gabungan( usaha + doa) cocok ni bak kata pepatah "bagai pinang di belah sembilan puluh sembilan. kenapa sembilan puluh sembilan, ini kerana Asmaul Husna ada sembilan puluh sembilan. Sama-samalah kita mengingati Nama-nama ALLAH S.W.T.


Pertama ( usaha + doa) = orang mukmin

* Alkisah bermula lah konon-konon nya lah Payung bin Kaki Payung ni akan menghadapi peperiksaan STPM di tahun hadapan. Tapi banyak perkara yang perlu di pelajari dalam masa yang singkat iaitu 1 tahun setengah. Banyak sukatan pelajaran yang rumit dan perlu ingatan yang tajam untuk menghafal subjek-subjek di tingkatan 6. Oleh itu, Payung ini mendapat idea dengan membuat nota ringkas yang bergaya kan pelbagai bentuk dan warna untuk dia senang mengingat subjek-subjek yang memerlukan dia menghafal. Bagi subjek yang memerlukan mengira Payung mengambil jalan mudah dengan selalu membuat latihan dari banyak buku dan selalu bertanya kan guru mata pelajaran tersebut. Sibuk mana pun Payung,dia tidak pernah lupa kewajipan nya sebagai umat islam iaitu mengerjakan solat lima waktu dan di sebelah malam pula dia akan mengerjakan solat sunat. Berkat doa orang mukmin yang rajin berusaha ini,di tahun hadapan nya Payung mendapat 5P dalam STPM nya. Alhamdulillah ;)


Kedua ( usaha + tanpa doa )

* Bermula nya kisah seorang anak jutawan di sebuah kampung yang bernama Belintong. Anak jutawan ini memang sering diperkata kan kerana dirinya sangat di kenali dengan gelaran ulat buku atau nama sebenarnya Lintang bin Bintang. Lintang tidak pernah lalai dirinya sering di ajar supaya belajar. Tetapi apabila sekolah mengadakan solat hajat, Lintang pasti lari lintang pukang untuk balik ke rumah kerana tidak mahu menghadiri majlis ilmiah itu. Apatah lagi solat lima waktu jarang sekali Lintang mengamalkan nya. Siang dan malam dia hanya lah untuk belajar sehingga dia mendapat keputusan yang baik dalam semua peperiksaan nya. Selepas itu Lintang juga berjaya mendapat pekerjaan yang baik. Bintang sangat bangga terhadap anak nya itu. Begitu juga orang kampung mengambil contoh teladan dari sikap Lintang yang rajin itu untuk motivasi kan kepada anak-anak mereka tetapi langit tidak selalu nya cerah pada suatu hari keluarga Lintang di timpa musibah dan ibu bapanya meninggal dunia. Bisnes arwah keluarganya muflis serta Lintang pula menghadapi kesukaran dalam pekerjaan nya kerana ekonomi meleset. Hutang keliling pinggang membuatkan Lintang cepat berputus asa untuk teruskan hidup. Akhirnya Lintang mengambil keputusan menggantung kan diri ke tali gantung yang di buat nya sendiri kerana tidak mahu meneruskan kehidupan nya yang semakin sulit itu. Akhirnya Lintang mati dengan sia-sia. Ini kerana orang yang tidak meminta pertolongan serta berdoa kepada ALLAH S.W.T hidupnya tidak di berkati serta cepat berputus asa. MASYAALLAH! Oleh itu selalu lah berdoa kepada ALLAH S.W.T supaya iman dikuatkan. ;) begitulah cerita orang yang sombong terhadap ALLAH lebih membangga kan ganjaran lumayan di duniawi.


Ketiga ( Tiada usaha + doa )

* Pada suatu hari, ada seorang gadis yang sangat cantik dan taat perintah ALLAH S.W.T tetapi ada kekurangan dari segi perangai yang di ketahui oleh orang ramai iaitu sikap nya yang sangat pemalas dan tidak suka berusaha. Gadis ini beranggapan apabila sentiasa berdoa rezeki akan turun dari langit. Wah kalau begitu senang nya orang di bumi ini nak berjaya. ALLAH S.W.T suka umat nya yang berusaha mengeluarkan titik peluh sendiri untuk mencari rezeki serta berdoa kepadanya. Gadis ini atau Lala mempunyai banyak duit tetapi kan dia malas lagi nak berusaha untuk dapatkan lagi hasil yang lumayan untuk menyara kehidupan nya. Lala tidak kisah tidak ada harta tetapi dan dia tidak berusaha pun hendak menambahkan harta itu semuanya.. Dirinya hanya bertafakur kepada allah sahaja.Berkat dirinya itu rezeki nya makin bertambah-tambah kerana keikhlasan nya terhadap agama nya itu, kehidupan nya yang sederhana itu membuatkan keluarga nya sentiasa gembira dan tenang dalam menjalani hidup. Harga kelapa sawit makin naik Lala bersyukur kepada ALLAH kerana memberikan harta duniawi tetapi walaupun begitu Lala tetap bersedekah dan membayar zakat. Di malam itu,surau berdekatan rumahnya menagdakan ceramah agama yang bertajuk "ALLAH BENCI MANUSIA YANG MALAS TETAPI BERUSAHA LAH UNTUK MENDAPATKAN SESUATU DENGAN KEREDHAAN NYA". Lala mula sedar akan dirinya itu yang hanya menunggu hasil tetapi tidak berusaha untuk mendapatkan hasilnya. Mulai saat itu Lala rajin turun ke ladang untuk menguruskan ladang nya itu. Lala berjanji dengan dirinya akan membuang sifat nya yang malas itu dan sentiasa berusaha untuk keluarganya.




TAMAT
SELAMAT MEMBACA DAN MEMIKIRKAN NYA.
IKHTIBAR DI DEPAN MATA RENUNGKAN LAH!
f