This is Me

My Photo
# Assalamualaikum,I believe that we are who we choose to be. Nobody's going to come and save you,you've got to save yourself. Nobody's going to give you anything; you've got to go out and fight for it. Nobody knows what you want except for you. And nobody will be as sorry as you if you don't get it. So, don't give up on your dreams. Life always offers you a second chance. Its called tomorrow #

Alkisah Bermula dengan........

Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma,Wa jamaah baina kuma fee khair,Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma,Wa jamaah baina kuma fii khair. laalalalallala lalala tak ingat lirik lagi.. Macam mi sedap kan aku nyanyi cuma tak boleh rasa je.. baiklah, berhenti melalut . hey korang aku ada ada ada ada banyak giles story mory yang nak di-pot pet kan dengan korang. WHAT?? ayat yang betul-betul ingin tahu kan.. ala jangan malu aku tahu korang nak tahu kan apa yang aku nak tulis untuk enrty kali ni.. ceh,perasan punya muka macam ada oarang peduli kan bloggie aku yang cantik, meriah n pinky ni..haha orang mude-mude cakap penyakit Double S! ha penyakit ni nama nya syok sendiri macam aku ni.. wee ("buat muka comel")

Dalam dunia yang serba canggih moden cemerlang dan terbilang ini tiada yang percuma. Nak percuma pun kena haiyoo tu ma kalo lu mao lu kena buy 1 dulu baru wo lu apat free 1 ini macam bole ma! haha ini lah nama nya duniawi. Oleh itu,untuk mendapatkan sesuatu yang korang hajati, mestilah perlu berusaha dan berdoa kepada ALLAH S.W.T. Insyaallah,amin..! Tengok nak menulis pun kita mesti sentiasa mengingati ALLAH S.W.T. Dua gabungan( usaha + doa) cocok ni bak kata pepatah "bagai pinang di belah sembilan puluh sembilan. kenapa sembilan puluh sembilan, ini kerana Asmaul Husna ada sembilan puluh sembilan. Sama-samalah kita mengingati Nama-nama ALLAH S.W.T.


Pertama ( usaha + doa) = orang mukmin

* Alkisah bermula lah konon-konon nya lah Payung bin Kaki Payung ni akan menghadapi peperiksaan STPM di tahun hadapan. Tapi banyak perkara yang perlu di pelajari dalam masa yang singkat iaitu 1 tahun setengah. Banyak sukatan pelajaran yang rumit dan perlu ingatan yang tajam untuk menghafal subjek-subjek di tingkatan 6. Oleh itu, Payung ini mendapat idea dengan membuat nota ringkas yang bergaya kan pelbagai bentuk dan warna untuk dia senang mengingat subjek-subjek yang memerlukan dia menghafal. Bagi subjek yang memerlukan mengira Payung mengambil jalan mudah dengan selalu membuat latihan dari banyak buku dan selalu bertanya kan guru mata pelajaran tersebut. Sibuk mana pun Payung,dia tidak pernah lupa kewajipan nya sebagai umat islam iaitu mengerjakan solat lima waktu dan di sebelah malam pula dia akan mengerjakan solat sunat. Berkat doa orang mukmin yang rajin berusaha ini,di tahun hadapan nya Payung mendapat 5P dalam STPM nya. Alhamdulillah ;)


Kedua ( usaha + tanpa doa )

* Bermula nya kisah seorang anak jutawan di sebuah kampung yang bernama Belintong. Anak jutawan ini memang sering diperkata kan kerana dirinya sangat di kenali dengan gelaran ulat buku atau nama sebenarnya Lintang bin Bintang. Lintang tidak pernah lalai dirinya sering di ajar supaya belajar. Tetapi apabila sekolah mengadakan solat hajat, Lintang pasti lari lintang pukang untuk balik ke rumah kerana tidak mahu menghadiri majlis ilmiah itu. Apatah lagi solat lima waktu jarang sekali Lintang mengamalkan nya. Siang dan malam dia hanya lah untuk belajar sehingga dia mendapat keputusan yang baik dalam semua peperiksaan nya. Selepas itu Lintang juga berjaya mendapat pekerjaan yang baik. Bintang sangat bangga terhadap anak nya itu. Begitu juga orang kampung mengambil contoh teladan dari sikap Lintang yang rajin itu untuk motivasi kan kepada anak-anak mereka tetapi langit tidak selalu nya cerah pada suatu hari keluarga Lintang di timpa musibah dan ibu bapanya meninggal dunia. Bisnes arwah keluarganya muflis serta Lintang pula menghadapi kesukaran dalam pekerjaan nya kerana ekonomi meleset. Hutang keliling pinggang membuatkan Lintang cepat berputus asa untuk teruskan hidup. Akhirnya Lintang mengambil keputusan menggantung kan diri ke tali gantung yang di buat nya sendiri kerana tidak mahu meneruskan kehidupan nya yang semakin sulit itu. Akhirnya Lintang mati dengan sia-sia. Ini kerana orang yang tidak meminta pertolongan serta berdoa kepada ALLAH S.W.T hidupnya tidak di berkati serta cepat berputus asa. MASYAALLAH! Oleh itu selalu lah berdoa kepada ALLAH S.W.T supaya iman dikuatkan. ;) begitulah cerita orang yang sombong terhadap ALLAH lebih membangga kan ganjaran lumayan di duniawi.


Ketiga ( Tiada usaha + doa )

* Pada suatu hari, ada seorang gadis yang sangat cantik dan taat perintah ALLAH S.W.T tetapi ada kekurangan dari segi perangai yang di ketahui oleh orang ramai iaitu sikap nya yang sangat pemalas dan tidak suka berusaha. Gadis ini beranggapan apabila sentiasa berdoa rezeki akan turun dari langit. Wah kalau begitu senang nya orang di bumi ini nak berjaya. ALLAH S.W.T suka umat nya yang berusaha mengeluarkan titik peluh sendiri untuk mencari rezeki serta berdoa kepadanya. Gadis ini atau Lala mempunyai banyak duit tetapi kan dia malas lagi nak berusaha untuk dapatkan lagi hasil yang lumayan untuk menyara kehidupan nya. Lala tidak kisah tidak ada harta tetapi dan dia tidak berusaha pun hendak menambahkan harta itu semuanya.. Dirinya hanya bertafakur kepada allah sahaja.Berkat dirinya itu rezeki nya makin bertambah-tambah kerana keikhlasan nya terhadap agama nya itu, kehidupan nya yang sederhana itu membuatkan keluarga nya sentiasa gembira dan tenang dalam menjalani hidup. Harga kelapa sawit makin naik Lala bersyukur kepada ALLAH kerana memberikan harta duniawi tetapi walaupun begitu Lala tetap bersedekah dan membayar zakat. Di malam itu,surau berdekatan rumahnya menagdakan ceramah agama yang bertajuk "ALLAH BENCI MANUSIA YANG MALAS TETAPI BERUSAHA LAH UNTUK MENDAPATKAN SESUATU DENGAN KEREDHAAN NYA". Lala mula sedar akan dirinya itu yang hanya menunggu hasil tetapi tidak berusaha untuk mendapatkan hasilnya. Mulai saat itu Lala rajin turun ke ladang untuk menguruskan ladang nya itu. Lala berjanji dengan dirinya akan membuang sifat nya yang malas itu dan sentiasa berusaha untuk keluarganya.




TAMAT
SELAMAT MEMBACA DAN MEMIKIRKAN NYA.
IKHTIBAR DI DEPAN MATA RENUNGKAN LAH!

No comments :

Post a Comment

f