This is Me

My Photo
# Assalamualaikum,I believe that we are who we choose to be. Nobody's going to come and save you,you've got to save yourself. Nobody's going to give you anything; you've got to go out and fight for it. Nobody knows what you want except for you. And nobody will be as sorry as you if you don't get it. So, don't give up on your dreams. Life always offers you a second chance. Its called tomorrow #

Memakai tudung wajib tetapi sanggul itu perlu ke???

Hari ini aku ingin huraikan tentang kewajipan memakai tudung manakala sannggul untuk mencantikan tudung si pemakai ini sering di perkatakan oleh ahli ulama'. Mari kita huraikan persatu-satu tentang isu ini. Ha bace dengan teliti.Just want to share this Important info with u Muslim's girls outside there.

Ertinya: Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya .....

(Qur'an Surat An Nur:31)


Sabda Rasulullah, “aku telah melawati neraka dan aku dapati ramai daripada ahlinya daripada wanita.”Allah tidak membebankan wanita dengan perkara-perkara yang berat,cukup dengan menjaga rukun Islam,jaga aurat dan taati suami,maka tertutup semua pintu neraka dan terbuka semua pintu syurga, masuklah dari mana-mana pintu yang disukai.Allah tidak suruh wanita pergi berjihad,wanita cari nafkah,wanita jadi pemimpin,itu semua tugas lelaki.Jika lelaki tunaikan itu semua pun,belum tentu dia dapat masuk syurga dari satu pintu.Belum tentu.

Aurat Itu Tinggi Nilainya

Betapa Islam mementingkan nilai aurat sehingga gambar perempuan yang tidak bertudung atau tidak menutup aurat itu pun dikira sebagai aurat dan berdosa bahkan rambut yang terputus itu pun dikira aurat,wajib dijaga daripada pandangan lelaki.Semuanya bertujuan bagi menjaga maruah wanita itu sendiri.Logiknya,jika Rafiq nampak rambut Salina yang terputus di karpet surau,Rafiq dapat mengagak rambut Salina macamana.Pasti Salina akan berasa malu.

Sabda Rasulullah, “aku telah melawati neraka dan aku dapati ramai daripada ahlinya daripada wanita.”Allah tidak membebankan wanita dengan perkara-perkara yang berat,cukup dengan menjaga rukun Islam,jaga aurat dan taati suami,maka tertutup semua pintu neraka dan terbuka semua pintu syurga, masuklah dari mana-mana pintu yang disukai.Allah tidak suruh wanita pergi berjihad,wanita cari nafkah,wanita jadi pemimpin,itu semua tugas lelaki.Jika lelaki tunaikan itu semua pun,belum tentu dia dapat masuk syurga dari satu pintu.Belum tentu.

Mulianya darjat kaum Ansar berbanding kaum Quraisy kerana auratnya. Imam Bukhari dalam satu riwayat memetik kat-kata Safiyah, katanya, “ketika kami berada di sisi Aishah,kami telah memuji kelebihan wanita Quraisy.Lalu Aishah berkata bahawa sesungguhnya wanita Quraisy itu ada kelebihannya juga.Tetapi,demi Allah,aku tidak melihat kelebihan tersendiri yang ada pada wanita Ansar.Mereka amat beriman kepada kitab Allah dengan apa yang diturunkan oleh Allah kepada mereka.Sesungguhnya telah turun ayat 31 Surah An-Nur yang memerintahkan para wanita mukminah melabuhkan kain tudung mereka sehingga tidak nampak lagi perhiasan.Demikian juga dengan lelaki mereka ,apabila pulang ke rumah mereka terus membaca ayat tersebut kepada isteri-isteri mereka,anak-anak perempuan mereka,saudara-saudara perempuan mereka dan kepada kaum kerabat mereka yang wanita.Setelah mendengar ayat itu,tidak ada seorang pun daripada mereka duduk,semuanya bangun mengambil kain,lalu menutup kepala dan muka mereka demi mematuhi dengan segera perintah ayat tersebut.Kelihatanlah mereka berjalan di belakang Rasulullah dalam keadaan menutup seluruh tubuh badan dengan pakaian hitam,bagai gagak-gagak hitam.”

Jika anda berjalan di satu jalan,di jalan itu terdapat banyak tahi lembu. Apakah tindakan yang anda akan lakukan?Angkat kain anda supaya tidak terkena tahi dan berjalan melepasinya?Atau terus sahaja berjalan tanpa menghiraukan tahi-tahi tersebut?

Ummu Salamah,isteri baginda yang terkenal dengan akalnya yang hebat pernah bertanya, “aku termasuk wanita yang memakai pakaian labuh sehingga apabila berjalan di tempat kotor,terkena kekotoran di pakaianku.”Rasulullah menjawab, “cucuilah selepas itu.” (Riwayat Abu Daud dengan sanad Soheh)

Hadis ini menjelaskan kepada kita bahawa Rasulullah lebih mementingkan penjagaan aurat daripada kekotoran kerana kekotoran lumpur mudah untuk dicuci tetapi terdedahnya aurat menyebabkan diri dan orang lain pun turut terpalit dengan dosa yang sukar untuk dibersih.


Selain itu, ramai orang di masa ini di luar memakai tudung tetapi di dalam FB,MS,FS dan lain-lain meletak kan gambar-gambar tanpa menutup aurat. Orang pada masa ini kurang memberi perhatian terhadap perkara-perkara begini. Subhanallah! Itu satu dosa dan bertaubat lah sebelum langit masih terbuka untuk meminta keampunan dari-Nya.

“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

Rasulullah s.a.w bersabda:

“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”

–hadis riwayat Muslim. Hadis no 212-

I would say that I was tempted at first as I saw some women/celebraties/tv presenters looked really pretty wearing the syrian style hijab with high sanggul/bun. Sometimes, bila nak cantik, manusia selalu lupa pada hukum walaupon dah belajar.I am one of them. Bila nak buat benda jahat, laju je.Anyway, in wearing hijab,niat perlukah menghalalkan cara? I dare not jatuhkan hukum or say that it is haram wearing the fake sanggul arab.However,at the moment, I'll just forget about buying the sanggul arab thingy.

Btw,tak pakai sanggul pun dah cantik lah.Kecantikkan tak di hisab di akhirat kelak tapi amalan kita itu penting untuk menolong kita di sana kelak. Insyaallah.



Selamat beramal, Assalamualaikum...

No comments :

Post a Comment

f