This is Me

My Photo
# Assalamualaikum,I believe that we are who we choose to be. Nobody's going to come and save you,you've got to save yourself. Nobody's going to give you anything; you've got to go out and fight for it. Nobody knows what you want except for you. And nobody will be as sorry as you if you don't get it. So, don't give up on your dreams. Life always offers you a second chance. Its called tomorrow #

Ikan mengenakan Pemancing

Assalamualaikum

Ada yang tak boleh tidur mari baca blog wanie, kalau tengah study 2
berehat dulu layan entry kali ni confirm baca buku lepas ni boleh masuk
semua dalam kepala...

Persediaan untuk pergi memancing.. lalalalalalal




Berjalan sambil menyanyi di petang hari .. lalalla lololo lilili laaaaaa
Umpan turut menyanyi kenangkan nasib bakal di makan oleh ikan


Sampai je tempat yang startegi terus mulakan aktiviti memancing...
Baling joran dalam air....


Beberapa saat umpan masih tak kena lagi....
Ikan di belakang merancang startegik untuk kenakan si pemancing
"bweekkk siaplah kau aku kenakan kau cukup2 ada hati nak
 tangkap aku" kata ikan

Perbincangan untuk kenakan si pemancing.
pssstt kita buat macam ni pssssttt
okey sedialah wahai manusia
Dushh mari bertinju ooo wahai manusia kejam.... sakit lah woii manusia siap kau aku
tinju kau berani kau tangkap aku.
Manusia mengigil ketakutan kerana ikan tersebut pandai bertinju..
Yaaaaa DUSH..DUSH DUSHHH

P/s : Selamat beramal dan gelak ketawa.. Jangan memancing ingatlah ikan dalam laut
        juga okey.

Thank You
=.=

Artis pakai tudung untuk publisiti atau untuk kewajipan??

Assalamualaikum

Hai apa khabar semua, aku terpanggil-panggil untuk updated status hari ini
selepas aku memerhati beberapa bulan ni semakin ramai penghijrahan yang 
dibuat olehartis-artis di tanah air kita. Walaupun aku bukanlah seorang yang
 bagus dalam soal agama tapi sebagai saudara seumat dan seagama aku rasa
tak salah aku menulis apa yang aku rasa. 

Untuk pengetahuan semua dunia berblogging ni dunia bebas untuk kita suarakan
apa yang kita rasa perlu tanpa sebarang sekatan. So, kalau ada yang rasa aku
menulis setakat nak bajet pandai ke, bajet ke or konon-konon 
bajet alim dalam soal agama itu bukan aku. Kita tulis apa yang kita
nampak dan kita tahu bukan setakat menulis je. Kalau ada yang salah
sesama kita betulkan bukan terus menghentam okey.

Wahai manusia, jangan jadi jahil macam gambar contoh diatas, perkara yang 
tak betul tapi disebabkan korang fanatik dengan artis pujaan korang kita
abaikan perkara yang betul dari segi hukum syarak.
Okey, artis-artis malaya tolong lah pakai tudung berasaskan hukum syarak 
bukannya setakat menutup aurat untuk satu malaya tahu korang dah buat
satu penghijrahan. Kalau betul satu penghijrahan yang ikhlas 
alhamdulillah tapi biarlah pakai tudung dengan cara betul.

Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan 
bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang 
boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat 
oleh orang-orang yang jahat hatinya.

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja.
 Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :

“Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan 
JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN 
KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR.” (an-Nur: 31)

kan cantik tutop litup begini. 
Okey bukan itu sahaja, sebagai artis kita sudah semestinya tahu kita ni
menjadi tumpuan ramai jadi perbetulkan akidah kita saya sokong 
dengan wardina saffiyah yang mengatakan dunia artis tidak patut dicontohi.
Kerana dunia artis banyak yang boleh memesongkan akidah kita sebagai umat 
islam walaupun bukan semua tapi segelintirnya akan buat kita terbabas.

Segelintir artis yang telah pergi menunaikan ibadah umrah dan menjanjikan
untuk menutup auratnya setelah balik ke malaysia hanyalah
sekadar bercakap di mulut tapi pada zahirnya tidak cuba untuk
melakukan perubahan langsung.
Harap artis tidak main-mainkan perkara sebegini jika nak pakai tudung
 terus lah memakainya tanpa manabur janji-janji yang manis.

Seperti yang aku katakan tadi, suka tidak salah tapi janganlah
perkara yang kita memang tahu salah kita jadikan ikut-ikutan.
Baru-baru ni isu artis kita fida yang memberikan mamat sepah menangkap 
gambar nya tanpa memakai tudung. Setahu aku, fida seorang
yang menjaga auratnya selama ni tapi sejak dua menjak ni fida gagal
dalam menutup auratnya. Yes manusia selalu lalai tapi jika kita fikirkan balik
semasa shooting orang berikan kita baju dan tudung untuk kita pakai 
mesti kita boleh say no kan kalau ianya menampak kan aurat kita sebagai orang
 islam bukan terus menerima apa yang ada depan mata.
Kerja yang di rahmati Allah s.w.t akan memperolehi rezeki yang halal tak gitu??

Photobucket

"Bagi saya, gambar itu sangat peribadi. Saya pernah cakap dengan 
Mamat, gambar peribadi adalah untuk simpanan peribadi.
 Apabila gambar itu tersebar di Internet, saya baca alasan Mamat, 
dia tak perasan dan kepada sesetengah media masa pula,
 beliaun menjelaskan tindakan itu disebabkan matanya rabun.
 Saya tak boleh terima alasan Mamat. Kesannya adalah saya,
 bertalu-talu saya kena hentam."
                                                                              sumber : beautifulnara

Aku secara peribadinya tak boleh terima dengan apa yang telah fida katakan.
Macam mana dia boleh kata gambar peribadi atau dari mata kasar 
peminat-peminatnya fida memang bagi mamat ambil gambar dia
tanpa bertudung. Cuba baca ayat 2 betul-betul. Kalau mamat sepah 
tidak upload kan gambar tu mean mamat still dah tengok gambar fida sebelum
kahwin. Mana letaknya aurat seorang perempuan. Aku rasa nak tergelak
bila tengok perbalahan antara mamat dan fida. 
"Tepuk sebelah tangan tak akan berbunyi"
Padahal dua-duanya sama je. Senangnya fida percaya pada mamat
sampai kan terus bagi mamat tengok rambutnya. Hai untunglah lelaki.

Secara terus terang, aku tabik pada wardina saffiyah. Yang sangat telus
dalam menjaga agamanya. Yes kita mahukan macam inilah yang sentiasa
menjaga maruah, agama dirinya. Wardina bukan setakat telah berjaya
menjaga pergaulan nya malah wardina berjaya menjaga agamanya juga.
Seperti yang kita sendiri tahu wardina terus bertudung litup dan pakaian nya 
juga sentiasa menutup aurat tanpa menunjukkan leher dan jambul di kepala.
Wardina juga sentiasa memberikan sokongan kepada sahabat2
yang ingin melakukan perubahan dalam hidup. Semoga
apa yang dilakukan wardina diberkati allah s.w.t.

Apa yang telah aku katakan disini adalah pandangan aku terhadap
isu-isu semasa yang berlaku di hadapan mata kita.
Apa yang aku harapkan penghijrahan artis-artis kita biarlah penghijrahan 
sebenar dan kekal abadi bukannya sekadar hangat-hangat tahi ayam.

P/s :  Kalau terasa cepat-cepat betulkan apa yang perlu bukannya menghentam terus 

Thank You
=.=

Cinta....

Assalamualaikum

Apa khabar semua readers2 blog wanie...
Harap semuanya baik2 saja kan, ada ke mak dn ayah pergi menunaikan
fardhu haji wanie doa kan supaya selamat pergi dan pulang.
Blog ni sedikit hambar untuk beberapa minggu disebabkan kesibukan
melanda empunya blog ni. ecehh ayat skema je aku pakai.

Alhamdulillah diberi peluang lagi untuk updated blog ni setelah cuba mencelah
masa yang ada. Kadang-kadang bila dah duk depan lappy lama2 idea semuanya
 jadi tepu tak boleh nak keluarkan langsung so yang terbaik off lappy then tidur...
Yes , aku pun tak tahu kenapa mood aku sekarang sering terganggu
 disebabkan hal kecik je aku akan mula melenting...
Ada yang cakap ni perubahan hormon seorang perempuan
betul ke tidak hal ni aku tidak pasti cuma aku rasa aku jadi moody
mungkin disebabkan stress memikirkan exam semakin hampir tiba..


Okey aku menulis tentang cinta kerana setiap hari aku buka wall di facebook
mesti ada yang tulis status tentang cinta. So aku anggap sekarang mood cinta
si kumbang dan si bunga. ewah ayat jiwang..

Love needs sacrifice

Apa yang korang paham dengan cinta perlukan pengorbanan...
Bagi aku cinta yang suci mesti ada pengorbanan yang perlu dilakukan untuk
memiliki sesuatu yang indah dalam hidup kita.
Mungkin kita tidak terpilih untuk melakukan pengorbanan tapi macam
mana orang yang sering di uji untuk melakukan pengorbanan semata-mata untuk
untuk mengecap kebahagian hakiki untuk dirinya.
Bercinta bukan lah satu perkara yang mudah tapi bila kita menyelami rasa cinta
 ni kadang- kadang akan meluka kan hati kita sendiri.
Apa yang perlu dikorbanlan, duit untuk membeli topup berborak, masa
untuk teman istimewa 2, hati untuk merelakan dia sayang pada kita dan
bila di bertemu insan yang lebih baik dari kita, kita perlu
korbankan cinta dan biarkan kecurangan itu.

Kadang-kadang aku terfikir ada ke lagi cinta yang tak memerlukan air mata
mengalir. Apabila sudah terjebak dengan dunia percintaan mesti payanh untuk
 korang tinggalkan. Kerana cinta ni sangat manis bila dapat di rasai tapi bila sekali
 terlukaakan ada kesan dihati untuk pulihnya mungkin akan mengambil
masa yang lama.

Bagi aku cinta kepada Allah s.w.t tak akan membawa kekecewaan malah bawa
kita jadi insan yang lebih baik dari sebelumnya.
Bercinta dengan ibu bapa akan membawa balasan di akhirat kelak.
Bercinta dengan guru akan membawa keredhaan ilmunya
Bercinta dengan adik beradik akan membawa kepada silaturahim yang erat
Bercinta dengan kawan-kawan baik mu akan membawa kepada kebaikan
Bercinta dengan suami mu akan membawa kepada cinta sejati.

Ada kalanya cinta lebih baik di diamkan kerana takut disakiti tapi bila di ingatkan
satu kenangan yang indah. Sejujurnya aku ingin mencari cinta sejati bukan cinta
 sekadar mainan di bibir. Aku ingin mencari kebahagian bukan sekadar
kebahagian yang sengaja dilakukan tapi kebahagian yang boleh dikecapi bersama
tak kira susah ataupun senang.

Pernahkah korang terfikir jika korang berkahwin korang akan
melalui hidup keseorangn tanpa cinta seorang suami.
Kemungkinan di ceraikan, bagaimana korang nak hidup dalam penuh
kesabaran dan memerlukan kekuatan untuk mencari rezeki untuk anak- anak
korang yang masih mentah untuk memahami situasi ibu bapanya.
Apatah lagi dunia semakin hari semakin pelik suami selalu mencari yang lain
untuk menghadapi semua ni hanya satu mintalah pertolongan kepada-Nya..


Seperti satu cerita yang pernah terjadi kepada seorang perempuan ni yang
selalu dikecewakan oleh semua teman lelakinya tapi dengan penuh kesabaran
perempuan tu cuba mencari sinar kebahagian yang lain.
Perempuan ni selalu bersumpah untuk tidak mengalir kan air
matanya lagi kerana air mata lah yang menyebabkan dia sering jatuh bila
dikecewakan.. Tapi setelah beberapa tahun, dia menjadi seorang yang kuat
berbanding dulu dan berjumpa dengan seorang yang memiliki peribadi yang
sungguh dia kagumi tapi tidak tahu kenapa dia terlalu takut untuk meluahkan
 perasaan itu. Perempuan ni cuba menahan rasa yang ada tetapi sayang itu
tak mungkin di ucapkan sekarang kerana takut dikecewakan lagi.
Perempuan ini selalu mengambil tahu perkembangan lelaki tersebut secara
 senyap untuk mengetahui serba sedikit tentang nya.
Tapi status lelaki ni masih tidak diketahuinya, perempuan ni tidak kisah asalkan
cintanya tulus terhadap lelaki tersebut biarlah cinta itu dia simpan sampai bila-bila.
Perempuan ini hidup dengan penuh senyuman dan gelak ketawa tapi hatinya
tidak seperti itu yang sering menangis melihat kisah cintanya...
Yang menjadi peneman peempuan ni bila terlalu rndukan cinta itu hanya gambar
lelaki itu. Adakah cinta perempuan ni terhadap lelaki itu dapat di ucap kan
atau lelaki tersebut hanyalah angan-angan yang membolehkan dia tersenyum..
Dapatkah perempuan itu meluahkan rasa cinta dia kepada lelaki itu??

menanti sebuah jawapan
Aku rasa nak tahu sangat ending cerita perempuan ni. Rasa macam
tergantung macam 2 je.Cinta dalam diam lebih payah berbanding cinta yang dibalas...

P/s : berkawan biar seribu yang lain buat spare part...

Thanks You
=.=
f