This is Me

My Photo
# Assalamualaikum,I believe that we are who we choose to be. Nobody's going to come and save you,you've got to save yourself. Nobody's going to give you anything; you've got to go out and fight for it. Nobody knows what you want except for you. And nobody will be as sorry as you if you don't get it. So, don't give up on your dreams. Life always offers you a second chance. Its called tomorrow #

Artis pakai tudung untuk publisiti atau untuk kewajipan??

Assalamualaikum

Hai apa khabar semua, aku terpanggil-panggil untuk updated status hari ini
selepas aku memerhati beberapa bulan ni semakin ramai penghijrahan yang 
dibuat olehartis-artis di tanah air kita. Walaupun aku bukanlah seorang yang
 bagus dalam soal agama tapi sebagai saudara seumat dan seagama aku rasa
tak salah aku menulis apa yang aku rasa. 

Untuk pengetahuan semua dunia berblogging ni dunia bebas untuk kita suarakan
apa yang kita rasa perlu tanpa sebarang sekatan. So, kalau ada yang rasa aku
menulis setakat nak bajet pandai ke, bajet ke or konon-konon 
bajet alim dalam soal agama itu bukan aku. Kita tulis apa yang kita
nampak dan kita tahu bukan setakat menulis je. Kalau ada yang salah
sesama kita betulkan bukan terus menghentam okey.

Wahai manusia, jangan jadi jahil macam gambar contoh diatas, perkara yang 
tak betul tapi disebabkan korang fanatik dengan artis pujaan korang kita
abaikan perkara yang betul dari segi hukum syarak.
Okey, artis-artis malaya tolong lah pakai tudung berasaskan hukum syarak 
bukannya setakat menutup aurat untuk satu malaya tahu korang dah buat
satu penghijrahan. Kalau betul satu penghijrahan yang ikhlas 
alhamdulillah tapi biarlah pakai tudung dengan cara betul.

Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan 
bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang 
boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat 
oleh orang-orang yang jahat hatinya.

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja.
 Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :

“Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan 
JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN 
KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR.” (an-Nur: 31)

kan cantik tutop litup begini. 
Okey bukan itu sahaja, sebagai artis kita sudah semestinya tahu kita ni
menjadi tumpuan ramai jadi perbetulkan akidah kita saya sokong 
dengan wardina saffiyah yang mengatakan dunia artis tidak patut dicontohi.
Kerana dunia artis banyak yang boleh memesongkan akidah kita sebagai umat 
islam walaupun bukan semua tapi segelintirnya akan buat kita terbabas.

Segelintir artis yang telah pergi menunaikan ibadah umrah dan menjanjikan
untuk menutup auratnya setelah balik ke malaysia hanyalah
sekadar bercakap di mulut tapi pada zahirnya tidak cuba untuk
melakukan perubahan langsung.
Harap artis tidak main-mainkan perkara sebegini jika nak pakai tudung
 terus lah memakainya tanpa manabur janji-janji yang manis.

Seperti yang aku katakan tadi, suka tidak salah tapi janganlah
perkara yang kita memang tahu salah kita jadikan ikut-ikutan.
Baru-baru ni isu artis kita fida yang memberikan mamat sepah menangkap 
gambar nya tanpa memakai tudung. Setahu aku, fida seorang
yang menjaga auratnya selama ni tapi sejak dua menjak ni fida gagal
dalam menutup auratnya. Yes manusia selalu lalai tapi jika kita fikirkan balik
semasa shooting orang berikan kita baju dan tudung untuk kita pakai 
mesti kita boleh say no kan kalau ianya menampak kan aurat kita sebagai orang
 islam bukan terus menerima apa yang ada depan mata.
Kerja yang di rahmati Allah s.w.t akan memperolehi rezeki yang halal tak gitu??

Photobucket

"Bagi saya, gambar itu sangat peribadi. Saya pernah cakap dengan 
Mamat, gambar peribadi adalah untuk simpanan peribadi.
 Apabila gambar itu tersebar di Internet, saya baca alasan Mamat, 
dia tak perasan dan kepada sesetengah media masa pula,
 beliaun menjelaskan tindakan itu disebabkan matanya rabun.
 Saya tak boleh terima alasan Mamat. Kesannya adalah saya,
 bertalu-talu saya kena hentam."
                                                                              sumber : beautifulnara

Aku secara peribadinya tak boleh terima dengan apa yang telah fida katakan.
Macam mana dia boleh kata gambar peribadi atau dari mata kasar 
peminat-peminatnya fida memang bagi mamat ambil gambar dia
tanpa bertudung. Cuba baca ayat 2 betul-betul. Kalau mamat sepah 
tidak upload kan gambar tu mean mamat still dah tengok gambar fida sebelum
kahwin. Mana letaknya aurat seorang perempuan. Aku rasa nak tergelak
bila tengok perbalahan antara mamat dan fida. 
"Tepuk sebelah tangan tak akan berbunyi"
Padahal dua-duanya sama je. Senangnya fida percaya pada mamat
sampai kan terus bagi mamat tengok rambutnya. Hai untunglah lelaki.

Secara terus terang, aku tabik pada wardina saffiyah. Yang sangat telus
dalam menjaga agamanya. Yes kita mahukan macam inilah yang sentiasa
menjaga maruah, agama dirinya. Wardina bukan setakat telah berjaya
menjaga pergaulan nya malah wardina berjaya menjaga agamanya juga.
Seperti yang kita sendiri tahu wardina terus bertudung litup dan pakaian nya 
juga sentiasa menutup aurat tanpa menunjukkan leher dan jambul di kepala.
Wardina juga sentiasa memberikan sokongan kepada sahabat2
yang ingin melakukan perubahan dalam hidup. Semoga
apa yang dilakukan wardina diberkati allah s.w.t.

Apa yang telah aku katakan disini adalah pandangan aku terhadap
isu-isu semasa yang berlaku di hadapan mata kita.
Apa yang aku harapkan penghijrahan artis-artis kita biarlah penghijrahan 
sebenar dan kekal abadi bukannya sekadar hangat-hangat tahi ayam.

P/s :  Kalau terasa cepat-cepat betulkan apa yang perlu bukannya menghentam terus 

Thank You
=.=

17 comments :

  1. memang betul dorang ni pakai tudung sekadar nak dapat publisiti

    ReplyDelete
  2. kau ckap macam kau bgus sangat je...

    ReplyDelete
  3. betul 2, bila ain baca balk kenyataan fida tak boleh pakai lgsg kan.. thanks sedarkan kepntgn aurat

    ReplyDelete
  4. thanks yang baca melalui hati bukan mata..

    awk, saya tak rasa saya bagus tapi sekadar memberikan pendapat tentang perkara ini.

    ReplyDelete
  5. benda yang buat kita berfikir sejenak...

    to the 2nd anon: nak bercakap tak perlu jadi baik sangat, as long as isi dicakap tu betul.

    nice entry sis!

    chakpong!

    ReplyDelete
  6. setuju dengan pendapat awak.terutamanya tentang fida tu :)
    peduli dengan cik anon.tak salah pun kita bagi pandapat kan.

    ReplyDelete
  7. gud entry..apa yg awk ckp tu memg btul.makin ramai yang guna tudung u fesyen.psl kes fida tu..pd sy normal.dia manusia biasa..agaknya dia memg yg jenis mcm tu.tp disebabkan dia artis..org kecoh la.skrg..tudung dh tak boleh nak jadi tanda aras yg dia seorang yang betul2 baik dan alim.makin ramai yang bertudung bila rasa nak.bila dia tk nak,dia tk pakailah.pegi kolej..pegi keje pkai...tp bila go out for loafing around..tk pkai..so,dont expect too much from this kind of people...

    ReplyDelete
  8. andi : thanks okey beri pendapat dekat sini... ur blog nice jgakkk ;)


    nik : of course lah jadi manusia mestilah kena selalu bercakap perkara yang betul tak akan nak pandang je perkara yang ramai ambil sambil lewa je..


    cik jue : hai selalu jenguk blog cik jue.. nice thanks yaa komen. Memang betul kita sebagai manusia selalu melakukan kesilapan dari kesilapan lah kita akan perbaiki diri kita untuk jadi lebih baik dari sebelumnya. Betul 2 dorg bukan jadikan tudung sebagai kewajipan tapi sebagai fesyen .. masyallah..

    ReplyDelete
  9. betul2.. kes fida and mamat nie mcm x logik dek akal. bg pendapat sy la kan.. fida tu x contact mamat sbb die malu. malu sbb pe? pikir2 kan lahhh~

    ReplyDelete
  10. ain : eh pandai je awk ni ain.. kalau kena kat kita pun kita mesti malu kan.. lepas ni fida kena igat jangan sekali buat perkara yang macam 2 tengok allah bagi balasan dekat dunia terus.. thanks bagi pendapat ain.. act blog awk nice sgat...

    ReplyDelete
  11. rika : opss no komen please


    rara : dah 2 artis mana lagi awk..
    artis malaysia

    miss : thanks okey sokong saya.. heee


    reza : insyaallah... sama- sama lah kita berdoa untuk mereka.. tak salah kita doakan sesama insan

    ReplyDelete
  12. Salam..hye Wanie..Nice entry!!!Kipidap sis!!Btw,thankz jgk dh follow blog kite..kite nk join blog awk jgk..Salam prkenalan ye..^_^

    ReplyDelete
  13. taty : hye taty juga.... thanks okey anywy hasil entry bagus semua utk readers juga kan... okey terima kasih sudi jadi follower blog wanie...
    salam perkenalan juga.. rajin2 lah datang ke blog wanie utk bagi komen insyaallah wanie akan selalu dtg blog taty yg comel 2..

    ReplyDelete

f