This is Me

My Photo
# Assalamualaikum,I believe that we are who we choose to be. Nobody's going to come and save you,you've got to save yourself. Nobody's going to give you anything; you've got to go out and fight for it. Nobody knows what you want except for you. And nobody will be as sorry as you if you don't get it. So, don't give up on your dreams. Life always offers you a second chance. Its called tomorrow #

Alhamdulillah masih diberi umur yang panjang untuk merasai penghujung 2011


Assalamualaikum

Bersyukur kehadrat ilahi.. 
Berkali-kali saya mengucapkan syukur kepada Allah s.w.t kerana
masih diberikan kesempatan umur yang panjang, kesihatan yang baik,
walaupun dugaan yang melanda ianya telah menjadikan saya seorang 
yang berfikiran matang serta kegembiraan yang hadir pada tahun 2011
boleh dijadikan kenangan yang akan disematkan dalam hati saya.

Hari ni perasaan touching atau lebih senang dengan emosional lebih kerana hari ini
adalah penghujung bagi tahun ini. Masa berlalu dengan begitu pantas sekali!
Sungguh tak percaya pejam celik tahun depan saya sudah berumur 20 tahun.
Sudah menjangkau umur 20an yang saya rasa lebih mencabar dari tahun sebelumnya.
Apa yang saya boleh katakan sebelum menjangkau umur 20an saya telah melalui pelbagai 
pengalaman hidup, justeru dari pengalaman inilah menjadikan siapa saya pada hari ni.
Apa yang boleh saya katakan , 2011 banyak memberikan saya peluang untuk 
memenuhi perkara-perkara yang saya suka lakukan. Dan apa yang telah saya lakukan 
adalah saya telah 'describe' nya pada tulisan dibloggie
 http://wannieariffin.blogspot.com yang menjadi milik saya sendiri
dimana tempat saya menceritakan semua pengalaman hidup saya dari a to z untuk 
dikongsikan secara meluas kepada semua orang. Alhamdulillah apa yang saya tulis
bukanlah satu perkara yang sia-sia sahaja kerana masih ada orang yang
mengambil perhatian dengan bloggie saya ini even bloggie saya ini
 bukanlah dari top bloggers tapi masih ada segelintir masyarakat yang
mencintai gaya tulisan saya. Apa yang membuatkan saya berbesar hati
 pelajar diperantauan mengenali blog saya
walaupun saya tidaklah sehebat Fatin Liyana dan Hanis Zalikha .

Pada pertengahan tahun 2011 saya telah membuat penyelidikan bersama
beberapa rakan saya yang melibatkan taraf pendidikan masyarakat orang asli
yang dimana penyelidikan tersebut telah terpilih untuk dibentangkan ke peringkat
akhir setelah beberapa kali pemilihan dilakukan. Saat preparation untuk
penyelidikan ini adalah berat bagi kami yang terpaksa pergi ke perkampungan
masyarakat orang asli yang sangat asing bagi kami walaupun dalam satu negeri.
 Kami terpaksa berhadapan dengan masayarakat orang asli
yang pada pendapat saya masyarakatnya jauh lebih mundur daripada kehidupan kita.
Paling menggugupkan adalah saat membentangkan kajian kami dihadapan 
khalayak yang ramai seolah-olah seluruh tubuh saya berasa sangat lembik dan takut
untuk bercakap. Tapi dengan usaha dan masa yang telah ditetapkan kami berjaya juga 
membentang kan hasil kajian kami itu dengan satu tepukan dimana saya
merasakan ianya memberikan semangat untuk kami semua
 untuk kembali turun ke bawah. 

Percutian yang sungguh best dimana saya bercuti mengelilingi lautan borneo
 bersama keluarga tercinta. Ianya memberikan saya satu pengalaman
dan kenangan yang boleh saya ingati apabila berada di tempat orang.
Dari satu tempat ke tempat yang lain memerlukan masa yang panjang
untuk sampai kesana membolehkan saya terlelap hampir 2-3 jam
di dalam kereta barulah sampai ke tempat yang ingin dilawati.
Paling tidak boleh dilupakan The Tip Of Borneo yang dimana dua lautan
bertemu. Saya boleh melihat keindahan laut yang dimana
 dua warna bersatu dalam satu lautan.Ya Allah bertapa bersyukur nya 
saya dapat melihat keajaiban Allah s.w.t. Gunung Kota Kinabalu 
yang disaluti awan dipagi hari dan terbitnya matahari di waktu fajar
adalah kenangan yang sangat indah dimata saya. Walaupun pada saat ini
saya masih merindukan detik ketika itu.

Dari darjah 1 hingga darjah 6, dari tingkatan satu hingga tingkatan 6 yang dimana
detik saya sebagai seorang pelajar sekolah rendah dan menengah berakhir di 
titik perakhiran nya. Pantas! Saya merasakan sangat pantas waktu berlalu walaupun
baru hari semalan saya merasakan saya tamat sebagai pelajar tingkatan 6.
Ini bukan perakhirannya kerana saya terlalu ingin mencapai segulung ijazah
dan saya yakin semua orang diluar sana sedang sibuk mengejar kelulusan
tidak kira tua atau muda. Saya terlalu taksub dengan prinsip saya ingin berjaya 
tanpa mengharapkan bantuan orang. Biarlah saya jatuh dihempap batu dan dikata 
sana sini saya cuma pekak kan telinga dan menganggapnya satu semangat 
untuk saya hidup di bumi tercinta ini.  Bagi saya dihempap batu mana pun itulah
roda kehidupan kerana bila kita jatuh sudah pasti kita akan 
bangkit dari rasa sakit yang kita rasa itu. Sebab saya tahu hanya
diri kita yang mampu membuat perbandingan di mana kelebihan dan
kelemahan diri kita. Maka secara halusnya saya lebih suka menjadi diri saya sendiri.
Kerana terlalu susah untuk saya berubah menjadi orang lain.
Pesanan mentor saya amat saya ingati dan kerana pesanan itulah saya masih 
berada di roda yang betul dan telah lari jauh dari persimpangan yang sia-sia .

"CinTa Itu Tidak Kejam Hanya Manusia Yang Tak Pandai Hargai Cinta"
Frasa sebagai manusia yang telus sudah mestinya ada tuntutan untuk bercinta
dan dicintai. Saya telah melalui frasa ini dan saya rasakan sangat indah dan 
beruntung berada dalam golongan orang yang bercinta. Rasa sakit itu buat kita 
lebih matang untuk memulakan lagi sesuatu perhubungan pada akan datang. 
Saya doakan semua nya terbaik untuk dia dan tersayang.

Selamat datang tahun 2012, saya mengharapkan tahun 2012 adalah lebih baik dari tahun
sebelumnya. Saya percaya selagi kita mencari sudah tentu ada rezeki 
yang akan menanti pada akan datang. Cuma perlu bersabar dan ikhlas dengan setiap 
apa jua yang kita lakukan. Semoga hidup sentiasa dirahmati disisi-Nya.

P/s : Itu bukan redha namanya,itu pasrah,redha itu ikhlas,pasrah tu menyerah .

Thank You
=.=

Wordless Wednesday ~ dalam hati ada bunga opss taman sudah



Manusia yang baik diibaratkan dengan sekuntum bunga di taman.
(Ceeewahh ayat yang jiwang)
Bila hati dilanda gelisah pandanglah bunga insyaallah segala
yang resah akan hilang. Itulah kekuatan bunga dalam
kehidupan seharian kita.
So. moral value nya marilah pandang bunga sampai mata jadi juling.. kihkih 

Wishlist Wanie untuk tahun 2012

Assalamualaikum

Apa khabar semua bloggers tersayang.
Lama dah tak cakap banyak-banyak dengan korang semua
hari ni ada kesempatan jadi nak share something dengan korang.
Halamak otak nak jam ni bila start menulis dalam blog.
Idea pun kurang then yang paling payah sekali nak tentukan title bloggie tersayang ni.
Bukan sengaja untuk tidak updated blog cuma kekangan masa kerana
saya tengah hadapi peperiksaan stpm. Lepas ni merdeka lah
nak updated blog banyak mana pun boleh nyah...hahah

Okey sekarang dah masuk pertengahan bulan 12 bagi tahun 2011 mesti korang ada
buat wishlist kan untuk tahun 2012. Bagi aku setiap tahun adalah tahun yang bermakna 
untuk hidup aku supaya hidup kita sentiasa aman dan sentosa. Jadi tak salah 
buat wishlist awal-awal bagi persediaan untuk diri kita juga kan.
Banyak juga angan-angan aku bagi tahun hadapan mintak-mintak lah tak dapat semua 
ditunaikan satu pun jadilah. Bloggers lain marilah kita sama2 berkongsi wishlist kita dan 
doakan ianya jadi realiti. Amin.

1. Lesen kereta L jadi P pula

Bukan senang aku nak buka rahsia ni puas dah mak aku tanya kenapa tak habis kan belajar kereta
masa tungggu spm 2. Tapi aku senyap je. Bernanah juga lah telinga dengar mak n kakak aku 
bebel sebab aku tak ada lesen.Bukan tak nak cuma takut kena marah salah masuk parking lagi. 
Hadoyaii rasa trauma nak buat test parking. Avang jpj boleh tak except kan saya dari
belajar parking .hehehe  gurau jelah tapi kalau betul boleh juga. Tak kisahlah apa pun terjadi
 saya kena dapatkan lesen kereta juga. Doakan saya blogger-blogger.



2. Percutian yang menyeronokan

Wahhh bukan calang-calang orang yang buat wishlist ni. Aku bercadang nak pergi bercuti 
dengan teman-teman rapat. Tapi yang ni bukan fantasi tapi realiti aku akan melancong ke Bandung,
Indonesia. Jangan jealous u, i dapat pergi sana. Aku nak shopping sepuas-puas hati then
kalau boleh dapat cowok macam ricky yang dalam sinetron nada cinta 2 apa salahnya
juga kan hahaaha Nak kirim barang boleh tapi jangan lupa bank in duit ya..
Kalau boleh nak borong handbag dengan kasut yang lain aku tak heran sangat.


3. Beli Samsung Galaxy Tab

Tersangat lah berminat dengan galaxy tab yang baru nipis dan terrrbabomm ini. I loike! sangat 
comel macam hello kitty.. Tabahkan lah hati aku ni bila jalan-jalan dan nampak galaxy tab ni rasa nak menjerit2 dekat situ "i nak juga gadjet yang ini". Tapi perlu dipertimbang kan dulu sebab perlu cari
ongkos nya.


4. Nak kuruskan badan

Yang ini benar dan tak ada tipu-tipu punya aku akan berazam untuk kelihatan lebih cantik dari biasa.. Insyaallah ada azam semua boleh jadi kan. Dah cuba servey produk ni agak bagus juga yang penting mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Halal lagi. Dah berjaya
saya akan promote dekat korang pula okey. Lepas ini tak perlu slimword produk ini pun boleh.
Doakan saya ye jadi kurus.


5. Nak ada butik usahasama dengan kawan baik saya

Alhamdulillah masih dalam perancangan awal tapi kalau boleh tak nak tunggu lama-lama biar tahun 
depan terlaksana juga impian kami berdua nak jadi businesswoman. Kalau modal yang cukup 
insyaallah tak tunggu apa-apa lagi terus je running business 2. Nanti boleh lah korang singgah okey
sambil baca blog bukalah boutique kami berdua. Ecehh berangan - angan pula.


Cukuplah 2 lima wishlist aku.. Karang banyak2 jadi angan-angan je takut tak tertunai pula.
Apa-apa pun jangan segan nak share kan wishlist korang dekat sini.
Doakan saya okey dapat tunaikan azam kali ini. Amin.


P/s : Saya nak turunkan berat badan supaya tak nak didatangi penyakit. 


Thanks You
=.=
f