This is Me

My Photo
# Assalamualaikum,I believe that we are who we choose to be. Nobody's going to come and save you,you've got to save yourself. Nobody's going to give you anything; you've got to go out and fight for it. Nobody knows what you want except for you. And nobody will be as sorry as you if you don't get it. So, don't give up on your dreams. Life always offers you a second chance. Its called tomorrow #

Wishlist Wanie untuk tahun 2012

Assalamualaikum

Apa khabar semua bloggers tersayang.
Lama dah tak cakap banyak-banyak dengan korang semua
hari ni ada kesempatan jadi nak share something dengan korang.
Halamak otak nak jam ni bila start menulis dalam blog.
Idea pun kurang then yang paling payah sekali nak tentukan title bloggie tersayang ni.
Bukan sengaja untuk tidak updated blog cuma kekangan masa kerana
saya tengah hadapi peperiksaan stpm. Lepas ni merdeka lah
nak updated blog banyak mana pun boleh nyah...hahah

Okey sekarang dah masuk pertengahan bulan 12 bagi tahun 2011 mesti korang ada
buat wishlist kan untuk tahun 2012. Bagi aku setiap tahun adalah tahun yang bermakna 
untuk hidup aku supaya hidup kita sentiasa aman dan sentosa. Jadi tak salah 
buat wishlist awal-awal bagi persediaan untuk diri kita juga kan.
Banyak juga angan-angan aku bagi tahun hadapan mintak-mintak lah tak dapat semua 
ditunaikan satu pun jadilah. Bloggers lain marilah kita sama2 berkongsi wishlist kita dan 
doakan ianya jadi realiti. Amin.

1. Lesen kereta L jadi P pula

Bukan senang aku nak buka rahsia ni puas dah mak aku tanya kenapa tak habis kan belajar kereta
masa tungggu spm 2. Tapi aku senyap je. Bernanah juga lah telinga dengar mak n kakak aku 
bebel sebab aku tak ada lesen.Bukan tak nak cuma takut kena marah salah masuk parking lagi. 
Hadoyaii rasa trauma nak buat test parking. Avang jpj boleh tak except kan saya dari
belajar parking .hehehe  gurau jelah tapi kalau betul boleh juga. Tak kisahlah apa pun terjadi
 saya kena dapatkan lesen kereta juga. Doakan saya blogger-blogger.



2. Percutian yang menyeronokan

Wahhh bukan calang-calang orang yang buat wishlist ni. Aku bercadang nak pergi bercuti 
dengan teman-teman rapat. Tapi yang ni bukan fantasi tapi realiti aku akan melancong ke Bandung,
Indonesia. Jangan jealous u, i dapat pergi sana. Aku nak shopping sepuas-puas hati then
kalau boleh dapat cowok macam ricky yang dalam sinetron nada cinta 2 apa salahnya
juga kan hahaaha Nak kirim barang boleh tapi jangan lupa bank in duit ya..
Kalau boleh nak borong handbag dengan kasut yang lain aku tak heran sangat.


3. Beli Samsung Galaxy Tab

Tersangat lah berminat dengan galaxy tab yang baru nipis dan terrrbabomm ini. I loike! sangat 
comel macam hello kitty.. Tabahkan lah hati aku ni bila jalan-jalan dan nampak galaxy tab ni rasa nak menjerit2 dekat situ "i nak juga gadjet yang ini". Tapi perlu dipertimbang kan dulu sebab perlu cari
ongkos nya.


4. Nak kuruskan badan

Yang ini benar dan tak ada tipu-tipu punya aku akan berazam untuk kelihatan lebih cantik dari biasa.. Insyaallah ada azam semua boleh jadi kan. Dah cuba servey produk ni agak bagus juga yang penting mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Halal lagi. Dah berjaya
saya akan promote dekat korang pula okey. Lepas ini tak perlu slimword produk ini pun boleh.
Doakan saya ye jadi kurus.


5. Nak ada butik usahasama dengan kawan baik saya

Alhamdulillah masih dalam perancangan awal tapi kalau boleh tak nak tunggu lama-lama biar tahun 
depan terlaksana juga impian kami berdua nak jadi businesswoman. Kalau modal yang cukup 
insyaallah tak tunggu apa-apa lagi terus je running business 2. Nanti boleh lah korang singgah okey
sambil baca blog bukalah boutique kami berdua. Ecehh berangan - angan pula.


Cukuplah 2 lima wishlist aku.. Karang banyak2 jadi angan-angan je takut tak tertunai pula.
Apa-apa pun jangan segan nak share kan wishlist korang dekat sini.
Doakan saya okey dapat tunaikan azam kali ini. Amin.


P/s : Saya nak turunkan berat badan supaya tak nak didatangi penyakit. 


Thanks You
=.=

9 comments :

  1. adik. kak ida tag adik kat entri

    http://ibuafiqku.blogspot.com/2011/12/segmen-followerku-nadiku-oleh-manja.html

    satu lagi, kak ida nak join buat business bleh? nanti kak ida top-up bagi modal sket..

    ReplyDelete
  2. okey kak ida... boleh je tapi tunngu dulu masih dalam perancangan dengan anish

    ReplyDelete
  3. saya suka cara tulisan awak... anywy nice blog.. byk info yg awk beri

    ReplyDelete
  4. hehe semoga wanie dapat apa yg wanie impikan ekk.. :) yg header tu gambar wanie kan.. :) u have beautiful eyes.. :) reen follow wanie disini.. thanx follow me.. :)

    ReplyDelete
  5. aeryn : thanks yaa. yup its mine,btw mata awk lebih cntk dari mata saya... insyaallah doakan saya okey

    ReplyDelete
  6. wah galaxy salah satu wishlist saya.. saya doakan wani juga k.

    ReplyDelete
  7. pg holiday dekat mana? share lah

    ReplyDelete
  8. jarang wanie post entry sekrang.kalau singgah jarang ada entry baru..

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum..khas untuk blogger baru,bagi memantapkan dan meramaikan trafik anda..saya menjemput anda sertai program jom blogwalking dan ping
    blogger bersama sufai.com,untuk keterangan lanjut sila ke --> http://www.sufai.com/blogwalking/

    ReplyDelete

f