This is Me

My Photo
# Assalamualaikum,I believe that we are who we choose to be. Nobody's going to come and save you,you've got to save yourself. Nobody's going to give you anything; you've got to go out and fight for it. Nobody knows what you want except for you. And nobody will be as sorry as you if you don't get it. So, don't give up on your dreams. Life always offers you a second chance. Its called tomorrow #

Diari Ramadhan ;)

Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahim kita mulakan tazkirah pada hari ni.
Okey disebab kan sekarang tidak terlalu busy macam tahu-tahu je customer
yang disayangi bulan  puasa dok larat den nak melayan demo semua so
duduk pun idok ape lah janji den idok penat.

Seronok tak dah masuk bulan ramadhan, ada yang dah tinggal 2 mesti mengeluh fikir
nak ganti puasa kan. heheh Memang dah dinamakan manusia kan itulah lumrah kehidupan
dah diberi kemudahan tapi tetap mengeluh.

Kalau dulu masa kecik tak nak bulan ramadhan hadir sebabnya tak boleh makan
tapi adakala suka nya sebab macam-macam makan yang sedap terhidang.
Lagi-lagi minta apa pun mesti ibu tersayang tetap akan masak kan.
Alahai itulah nama nya masakan mak tetap no satu dihati anak-anak kan..

Tapi bila umur semakin meningkat rasa tak sabar nak tempuh bulan ramdhan
bila adanya kurang malam-malam mula lah bermonolog dengan diri sendiri.
" Dah besar-besar pun tak ingat dosa lagi ke wanie"
Dosa apa? Mak aii bila nak marah semua benda dah tak ingat ada juga kena makan 
maki free tapi cepat-cepat beristigfar dalam hati mungkin
DIA tak ubahkan aku tapi DIA bagi aku akal untuk berfikir
apa yang baik dan buruk nya. Itulah kehidupan kan dan melalui kehidupan lah
aku cuba memperbaiki diri supaya lebih ke arah kebaikan. 

Dibulan ramadhan marilah kita sama-sama mendekat kan diri pada Allah s.w.t.
Yang malas bersedekah ringan kan tangan bersedekah sebab nya duit kita 2 milik 
ALLAH S.W.T bukan milik kita atau siapa-siapa. Rajin kan kaki berjalan ye 
untuk menuju ke surau, Ringan kan mulut untuk berzikir dan mengaji.
Indahnya islam tapi kita sebagai umatnya selalu menganggapan islam ni terlalu
payah dan banyak pantang larangya. Tapi pernah ke kita bersyukur dengan pantang
larang yang ada kita jadi insan yang mulia di dunia dan akhirat. ;)

Saya percaya semua rumah ada internet kan , di handphone, di dalam hutan sekali
pun internet makin berleluasa tapi kita amal kan apa dengan internet 2?
Banyak nya kebaikan ke keburukan.? Tepuk dada tanya selera kerana
semua jawapan itu ada pada hati kita sendiri...

Entry kali ni saya nak kongsikan satu web yang sangat bermanfaat untuk kita semua.
http://tanzil.net . Apa yang menarik nya web ni kita boleh pilih juzuk, surah yang kita
berhenti baca ketika mengaji sememangnya teknologi dihujung jari tapi 
anda rasa kita gunakan tak teknologi yang ada 2 dengan betul. 
Web ni versi macam Quran. Harap korang
enjoy bila buka web ni lagi-lagi pada bulan ramadhan banyak syafaatnya ;)

Saya tertarik dengan bicara seorang ustaz , pada bulan ramadhan
pada siang dan pagi kita sibuk online untuk memaju kan bisnes dan kesihatan
tapi amalan kita dipandang sepi. Tapi pandai pula diri kita menilai amalan orang lain 
sedang kan amalan kita ni sebenarnya bagus ke? Betul kan apa yang ustaz ni 
cakapkan. Ustaz bercakap pada hujah nya dari kita berbisnes pada
jual baju , jual kuih lebih baik kita berkongsi potongan-potongan ayat dari
kalam allah yang di boleh dipost di wall facebook. Dengan cara ni kita telah 
berdakwah untuk mengajak umat sesama islam beramal dengan ayat suci al- quran.

Ustaz berhujah lagi jika kita menelusuri sirah Nabi Muhammad SAW,
 kita mendapati bahawa Rasulullah amat menitikberatkan ibadat pembacaan al-Quran 
dan mengutamakan ia apabila masuk Ramadan. Ibnu ‘Abbas ra berkata 
“Nabi SAW adalah manusia terbaik, dan Baginda menjadi lebih baik apabila datangnya
 Ramadan ketika Jibril bertemu Baginda pada setiap malam dalam bulan Ramadan
 untuk bertadarus al-Quran. Baginda akan membacanya dengan amat baik
 seperti angin yang bertiup lembut.” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim).
 Melalui hadis ini Imam Ibnu Rejab menyatakan disunatkan seseorang itu
 mempelajari al-Quran pada Ramadan di samping mengajak
 manusia lain bersama-sama membacanya dan disunatkan juga untuk memperdengarkan 
bacaan kepada mereka yang lebih elok bacaannya.

Sejujur nya itulah yang terjadi kan?  Kita patut muhasabah diri dari mengejar kan 
bisnes, kesihatan, kecantikan tapi amalan untuk nya kita jadi alpa untuk
melakukannya. Ya Allah bertapa kerdilnya kami dimata mu Ya Allah.
Apa yang dihujahnya sangat memberi kesan pada hati aku yang kudus ini.
Kita penat dengan duniawi tapi rasulullah lebih penat dari kita tidak pernah mengeluh
malah sentiasa mencari keredhaanya tidak kira bila.
Masyaallah ;( 

Renung-renungkan saya amik setiap hujah ustaz sebagai pengajaran buat diri
saya dan diri korang juga okey.

Sebelum undur diri , ada selingan cerita benar di bulan ramdhan.

Acu : una tak puasa pun hari ni
Una : Dengan muka tak puas hati , una puasa lah acu
Acu : Una dah makan banyak pinggan minum air pulak 2 ( nak mengusik )
Una :  Acu tak tahu ke puasa tak boleh makan je tapi boleh minum air, air
kan bagus untuk kesihatan, untuk otak kan..
Acu : grrr budak kecik ni sabo jelah aku..heheheh



Salam Ramadhan ;)

Thank You
=.=

A New Chapter

Assalamualaikum Bloggers..

Ya Allah rindunya saya dengan dunia blogger's tengok rakan - rakan saya aktif menulis
itu ini rasa cemburu pulak. Bukan nak pencen jadi blogger cuma kekangan masa 
untuk menulis tapi idea di kepala memang terlalu banyak cuma hari ni dapat muntahkan dalam 
'bloggie' tersayang ni. hehehe

Alhamdulillah macam mana dengan sambutan nisfu syaaban harap semuanya meriah kan
lagi-lagi dengan kita berpuasa dan saling bermaafan. Ya Allah indahnya hidup sebagai muslim
kan. Itulah tanda kebesarannya marilah kita memperbanyakkan lagi amal ibadat.

Pejam celik pejam celik pusing kiri kanan mak aii dah hampir penghujung bulan syaaban 
sudah. Perasaan gembira untuk menempuhi bulan ramadhan sudah terasa 
mana tak nya semua sibuk updated baju raya, kuih raya, sale for ramadhan. errrk
Dah ganti puasa penuh ke? Saya tinggal sehari je nak ganti puasa habis ganti
saya dah merdeka okey. Jangan sibuk nak sale kan macam- macam sampai terlupa
pada kewajipan yang satu.

Minggu ni penghujung minggu pertama untuk bulan julai dah nak masuk minggu kedua
bagi bulan julai ni. Debaran memang sangat-sangat lah terasa sebabnya keputusan 
untuk ijazah akan keluar pada minggu kedua ni. Takutnya bukan main lagi
macam-macam dah difikirkan ni. Tapi aku pegang pada satu prinsip pada usia 
seawal 20-an ini tak kira apa yang berlaku mungkin itu rezeki aku dan aku 
kena hargai dengan rezeki yang allah tentukan. Doakan yang terbaik untuk aku
dan rakan-rakan.

Antara banyak bulan, bulan julai la paling 'best' hee nak interframe kan diri lah pulak rasa. 
Bulan ni bulan teristimewa untuk aku even belum sampai lagi 19 Julai aku tetap 
rasa dah tua 20 an boleh dikatakan tua ke? haha Awalan untuk menjadi tua lebih tepat kan.
Tapi jiwa aku tetap muda-muda selalu. Sempena hari muda ni aku harapkan hidup aku
dilimpahi rezeki dan diredhainya di-sisinya. Harapkan jodoh yang terbaik dan sedap mata
memandang sudah ler.. Insyaallah..

Disebabkan memang terlalu busy, nanti saya akan updated lagi bloggie okey..


P/s : Ya, Allah permudahkan lah segalanya. Aminn ;)

Thank You
=.=
f