This is Me

My Photo
# Assalamualaikum,I believe that we are who we choose to be. Nobody's going to come and save you,you've got to save yourself. Nobody's going to give you anything; you've got to go out and fight for it. Nobody knows what you want except for you. And nobody will be as sorry as you if you don't get it. So, don't give up on your dreams. Life always offers you a second chance. Its called tomorrow #

A New Chapter

Assalamualaikum Bloggers..

Ya Allah rindunya saya dengan dunia blogger's tengok rakan - rakan saya aktif menulis
itu ini rasa cemburu pulak. Bukan nak pencen jadi blogger cuma kekangan masa 
untuk menulis tapi idea di kepala memang terlalu banyak cuma hari ni dapat muntahkan dalam 
'bloggie' tersayang ni. hehehe

Alhamdulillah macam mana dengan sambutan nisfu syaaban harap semuanya meriah kan
lagi-lagi dengan kita berpuasa dan saling bermaafan. Ya Allah indahnya hidup sebagai muslim
kan. Itulah tanda kebesarannya marilah kita memperbanyakkan lagi amal ibadat.

Pejam celik pejam celik pusing kiri kanan mak aii dah hampir penghujung bulan syaaban 
sudah. Perasaan gembira untuk menempuhi bulan ramadhan sudah terasa 
mana tak nya semua sibuk updated baju raya, kuih raya, sale for ramadhan. errrk
Dah ganti puasa penuh ke? Saya tinggal sehari je nak ganti puasa habis ganti
saya dah merdeka okey. Jangan sibuk nak sale kan macam- macam sampai terlupa
pada kewajipan yang satu.

Minggu ni penghujung minggu pertama untuk bulan julai dah nak masuk minggu kedua
bagi bulan julai ni. Debaran memang sangat-sangat lah terasa sebabnya keputusan 
untuk ijazah akan keluar pada minggu kedua ni. Takutnya bukan main lagi
macam-macam dah difikirkan ni. Tapi aku pegang pada satu prinsip pada usia 
seawal 20-an ini tak kira apa yang berlaku mungkin itu rezeki aku dan aku 
kena hargai dengan rezeki yang allah tentukan. Doakan yang terbaik untuk aku
dan rakan-rakan.

Antara banyak bulan, bulan julai la paling 'best' hee nak interframe kan diri lah pulak rasa. 
Bulan ni bulan teristimewa untuk aku even belum sampai lagi 19 Julai aku tetap 
rasa dah tua 20 an boleh dikatakan tua ke? haha Awalan untuk menjadi tua lebih tepat kan.
Tapi jiwa aku tetap muda-muda selalu. Sempena hari muda ni aku harapkan hidup aku
dilimpahi rezeki dan diredhainya di-sisinya. Harapkan jodoh yang terbaik dan sedap mata
memandang sudah ler.. Insyaallah..

Disebabkan memang terlalu busy, nanti saya akan updated lagi bloggie okey..


P/s : Ya, Allah permudahkan lah segalanya. Aminn ;)

Thank You
=.=

2 comments :

  1. update2 lah selalu ye ur bloggie ,leh sy singgah :D

    ReplyDelete

f