This is Me

My Photo
# Assalamualaikum,I believe that we are who we choose to be. Nobody's going to come and save you,you've got to save yourself. Nobody's going to give you anything; you've got to go out and fight for it. Nobody knows what you want except for you. And nobody will be as sorry as you if you don't get it. So, don't give up on your dreams. Life always offers you a second chance. Its called tomorrow #

Thank You For Everything!

Assalamualaikum & Haiiii!

Woot woot lama tak updated blog alhamdulillah semua baik-baik sahaja hidup sentiasa 
dirahmati. Don't ever look back! Itulah prinsip aku sekarang dan tak pernah
lagi pandang ke belakang terus berjalan dengan matlamat sendiri. Amiin.

Tiga bulan aku menghadapi masa yang sukar dalam hidup tapi Allah s.w.t sedarkan
aku sesuatu even aku banyak kekurangan dan kesilapan tapi aku tak pernah kurang
satu pun kasih sayang dari keluarga. Iye keluarga aku banyak mendorong aku dan buat aku berfikir
kepada orang yang kurang kasih sayang keluarga terpaksa mengadu pada kawan.
Sedihnya terpaksa mengadu pada kawan tapi bukankah keluarga satu darah satu tempat
berteduh yang lebih layak untuk kita mengadu. Apa yang Allah aturkan semua ada hikmahnya. 
Inilah yang dipanggil sebuah kehidupan duniawi. Saya rasa nikmat sebuah keluarga bahagia 
mungkin dia tidak dapat rasakan tapi kekurangan dari kasih sayang mungkin dia hadapi. 
Allah maha adil even aku berada dalam kesakitan aku tak pernah kurang serba serbi dalam kehidupan
aku.


Sebenarnya aku baru sedar hakikat ini even dalam kesusahan keluarga lah tempat kita berteduh.
Susah senang sedih ceria aku rasa keluargalah tempat yang paling sesuai tempat kita mengadu.
Sebenarnya aku 'post entry' tentang ini untuk luahkan rasa terima kasih dekat family sendiri yang tak pernah berbelah bagi untuk sayang aku. Even abang aku ada yang dah berkeluarga 
duduk jauh dari rumah tapi kesihatan aku khbar berita tentang aku tetap dorang amik peduli. Inilah
yang dipanggil sebuah keluarga. Inshaallah kalau aku mempunyai keluarga suatu hari nanti apa yang aku mahukan keluarga aku jadi macam adik beradik aku yang saling mengambil berat antara satu sama lain.


Terima kasih ya allah berikan aku sebuah keluarga yang cukup bahagia dan aman. Patah tumbuh
hilang berganti. Aku percayakan peribahasa ini biarlah yang lama hilang tapi berganti dengan 
yang baru. Dan alhamdulillah juga allah telah kenal kan aku dengan seseorang yang tak pernah 
lalai berikan aku nasihat dunia dan akhirat. Perkenalan dengan dia buat aku rasa nak senyum 
sorang-sorang lately even dia busy dengan kerja dia , dia tak pernah lupakan aku. Kadang-kadang 
sampai kakak aku stress dengan dengan aku bila message je senyum sorang. "Aku pun
terus cakap dekat kakak aku eleh kau bercinta dulu macam ini juga mak kata.". Terus kakak
aku gelak sorang masa tu! Mungkin bila kita bercinta memang suka senyum sorang mak cik akulah
yang kata! haha Mungkin ini dinamakan dah jatuh cinta!Terima Kasih awk even saya cerita semua yang berlaku dalam hidup saya yang banyak nya buruk dari baik awk tetap mahu terima saya.. 


P/s: Tunggu next entry! post kali ini emo sikit sebab terharu dengan family bila baca message dorang 
      buat aku rasa nak touching lebih.~ngee setelah plan 3 bulan yang lepas nak jumpa bebudak smart
      akhirnya akan jumpa juga nnti.

Listen! Listen! Listen

Assalamualaikum & Hai!

Jadual pack betul sekarang untuk aku menulis banyak tapi aku cuba juga nak updated blog.
Post kali ini pasal makanan makan dan makan dan Oh makanan! hahahaks (evil laugh)
Nampak kan ceria aku masa aku cerita bab makan, memang tak dapat dipisah kan dari
jasad aku sebab apa pun jenis makanan dah sebati dengan diri aku ( tengok badanlah )
Kalau asik post pasal life mesti orang bosan baca tapi kalau pasal makanan 
aku tahu korang mesti tak bosan kan. Kalau nak makan cuba lah makan makanan
yang seimbang dari semua nutrisi barulah bdan kita sihat dan cergas =.=
Ayat nasihat macam lah aku doktor nutrisi propa je lebih.. hehehe


Durian Crepe!!!

Dengan muka senyum senyum kelat aku nak bagi resepi durian crepe ni dekat korang. Kenapa tiba-tiba
kau baik hati ni? Eh sape yang nak makan mesti korang juga kan? hahaks Resepi ni memang terbaik
dari ladang sebabnya setiap kali aku buat memang menjadi dan pernah cuba resepi dari yang lain 
memang tak jadi aku punya crepe yang manja tu mungkin salah tangan aku dengan tak putus asa 
aku olah sikit adunan crepe tu... Mari Kita Laaayaaan....!


# Bahan-Bahan #

Isi Durian (Buang Biji)
50g Tepung Gandum
1 Penutup Esen Vanilla ( ikut kuantiti telur )
Pewarna ( Terpulang ) aku pilih kuning
1 Sudu Besar Tepung Ubi Kayu
1 Biji Telur
3 Sudu Kecil Butter (Cairkan)
160 ml Air
40 ml Susu Cair
2 Sudu Besar Gula Halus


# Cara-cara #

1. Dalam bekas, campurkan tepung gandum dengan tepung ubi ( di ayak kedua-duanya terlebih
    dahulu ), masukkan sekali gula halus atau gula kastor.
2. Kemudian.. tuang susu cair keatasnya dan kacau sebati dgn menggunakan alat pemukul
3. Selepas itu, masukkan pula telur yg dah di kacau menggunakan sudu terlebih dahulu. 
    Telor tu just kacau-kacau gitu je tau, jangan sampai kembang pulak. Lepas masukkan telor tu 
    sila kacau sebati adunan tersebut.
4. Seterusnya, masukkan esen vanilla.. kacau lagi
5. Masukkan pula air.. kacau lagi.
6. Pastu lak, masukkan butter cair.. kacau dan masukkan pewarna kuning kacau sebati adunan tersebut.
7. Last step, sila tapiskan adunan tersebut tak nak ada tepung terketul-ketul bila kita nak masak nanti


CARA MASAK CREPE :

1. Memula, sediakan kuali anti lekat ( non stick pan ). Panaskan dengan gunakan api yg kecil..
    Api jangan besar sangat tau, kang cepat hangus pulak crepe korang.
2. Kemudian, ambik sesenduk kecik adunan. Tuang dgn lemah lembut dan bentukkan adunan menjadi
    bulat.
3. Masak sampai bahagian bawah adunan tu mcm nak kering. kering tau, bkn hangit.. 
    Adunan ni JANGAN di terbalikkan masa proses memasak. 
4. Bila dah masak, korang longgarkan keliling crepe tu dgn sudip atau sudu, pastu pindahkan ke 
    atas bekas dgn cara terbalikkan (  bahagian buruk crepe di atas bahagian licin crepe di bawah )

BAHAN INTI :

1. Gunakan whipping Cream lepastu letak sesudu kecil krim dan isi durian.
2. Lapiskan semula dgn krim.. Tak payah isi banyak-banyak sangat takut tak muat nak lipat
3. Lepas itu tarik kulit kiri dan kanan dgn berhati-hati.
4. Tarik kulit crepe bahagian atas ke bawah, bahagian bawah ke atas.. Faham kan..?? 
    Lipat crepe tu jadi bentuk bantal. Jangan ditekan-tekan pulak inti tu!
5. Hidangkan dan makan! Yummmmsss! Isi dalam peti makan tengah sejuk-sejuk dengan secawan
    kopi memang sedap.. Tak percaya cubalah! Pasti nak lagi. -.-


P/s : Selamat Mencuba! Rasa dia memang kecur air liurlah dan bahan-bahan nya semua ringkas je    
        memang akan ada di dapur tu. Malas dengan rajin je kalau nak seribu daya kan.. hehehe
        ( sorry kalau tulisan macam monyet dalam hutan sebab updated dalam kereta )

Terima Kasih Baca Resepi Kita =.=

What product should I use...?

Assalamualaikum & Hello !

Disebabkan taksub dengan dunia game Clash of Clans buat mata aku semakin "super duper"!
Power mata naik dengan mendadaknya dan spek aku tak ada guna langsung dah sekarang!
( hilang keupayaan nak jadi juruterbang sudah ) haha Tapi kita jangan amik peduli pasal 
game yang telah merancuni hidup aku beberapa bulan ini kita mula untuk entry untuk minggu ini.

Iklan tanpa diundang!

Why use this product..?

Err elok ke produk malaysia..?

Ada side effect ke...?

Aku diperkenalkan dengan produk ini oleh kakak angkat aku sendiri. Confirm lah dengan

 kakak angkat sendiri aku cerita semua benda lagi-lagi hal kewanitaan.Gossip Girl
( ayat orang putih )!keke Kakak angkat aku dia baik dengan kak cherrie 
yang jual produk cosmoderm ini jadi dia suggest kan aku cuba produk ini lah.

Aku : Muka oily sangat sekarang
Kak Intan : Boleh buat goreng ikan tak?
Aku : Boleh lap dengan tisu then kita perah buat goreng ikan ye.. hehe
Kak Intan : Tapi muka wani nampak jenis kombinasi yang akan berminyak kawasan "T zone"
Aku : Betul ler sangat2 bila make up lama sikit berkilat kawasan T zone  disebabkan minyak 
         berlebihan.
Kak Intan : Kak Intan suggest wani amik produk ini nanti insha allah boleh hilang oily dekat muka tu!
Aku : Produk ape kak intan
Kak Intan : Cosmoderm Product! Kak Intan dah guna best sangat produk ini boleh jadi
                  awek muda. (nmpak kan keperempuanan kami) haha

Malam itu juga dengan perasaan gelojoh dan tak sabarnya aku nak guna produk ini aku terus buka
laman web rasmi COSMODERM untuk order produk Tea Tree Oil. Okey jenis kulit aku memang bebas dari jerawat batu yang hodoh nak mampus takut aku dengan bekas jerawat macam itu jadi struktur kulit aku sangatlah normal dan berminyak sedikit bila cuaca yang tak menentu confirm aku sebagai perempuan biasa memang rimas dengan minyak dimuka. Lagi-lagi time kita dah make up buat spoil je bila jalan muka berkilat-kilat memang aku tak minat! Sangat tak minat dengan keadaan yang macam ni ! Anti-oily aku ni! haha

Jadi dengan rasmi nya aku pengguna tegar produk Tea Tree Oil.. Aku pakai satu set terus senang
sebab nak buat testimoni kesesuaian produk ini dengan muka aku. Okey memang best cosmoderm 
produk even produk malaysia hader aku heran? sebab side effect dia memang buat aku
puas hati dalam dua bulan aku pakai produk ini. Aku guna produk ini sebab struktur dia ringan 
sangat bila pakai dekat muka aku rasa kulit aku automatik jenis kulit normal. hehehe


Review Set Tea Tree Oil Products

Tea Tree Oil Facial Cleanser with Vitamin E


* Membersih secara mendalam tanpa menghilangkan kelembapan
   kulit. 
* 100% daripada alam semulajadi
* Mengawal pengeluaran minyak berlebihan.(Tak caya boleh cuba.)
* Bau dia pun harum rasa nak cuci muka banyak kali je 
   (excited terlebih)
* Okey lepas rasa kulit lembut je dan nyaman sebab minyak dapat
   dicegah dari berleluasa dekat muka.


RM15.90




Tea Tree Oil Clarifying Lotion


* Toner tanpa minyak yang dapat melicinkan dan melegakan
    kulit gatal dan radang kulit.
* Membantu dengan membuang kulit mati supaya kulit 
   kelihatan lebih sihat.
* Membantu mengecilkan liang roma sebelum pembentukan minyak.

RM19.90



Tea Tree Oil Day / Night Moisturiser with Vitamin E



* Favourire moisturiser!
* Menghalang kulit dari kesan penuaan awal dengan bahan-bahan
   aktif anti-penuaan yang boleh membaiki sel, menggalakan proses         
   pembaharuan kolagen dan membantu melembabkan kulit.
* Pelembab yang merawat sambil melindungi dari sinar matahari 
   yang boleh merosakkan kulit.
* Tekstur yang ringan sebab bila pakai tak rasa macam pakai moisturiser
   pun dan sangat tidak berminyak. 


RM18.90




Tea Tree Oil Anti Blemish




Minyak Tea Tree mengawal kulit dengan anti septik, anti bakteria,
   anti kulat dan anti ransangan.
* Membuka pori-pori tersumbat, mengawal minyak dan menghentikan 
   jerawat tumbuh kembali- cara lembut atau cepat.
* Penyelesaian yang cepat membuang cela, bintik-bintik putih dan hitam 
   dalam masa 3 hari untuk kulit yang berminyak.

RM 26.90




Okey produk ini masih baru jadi untuk dapatkan produk ini boleh lah ke farmasi yang berdekatan 
atau guardians! Kalau memang rasa over malas nak keluar dan memang pengguna tegar maybank2u
boleh lah order secara online di web rasmi dan fan page Cosmoderm sila tekan di banner untuk
view produk cosmoderm.

COSMODERM

FAN PAGE COSMODERM
Okey Ini Last,

P/s : Jangan malu-malu nak cuba produk COSMODERM! Marilah Sokong Produk Malaysia! -.-

Which is more better....

Assalamualaikum & Hello!

Untuk tahun ini kerajinan aku 'terover' plus++ dalam bidang penulisan setiap hari 
aku mula buat review tentang penulisan dan cara menulis dan dan aku akan mula berblogging semula!
 Ha menulis apa pulak itu, biarlah kita simpan dulu dalam entry selepas ini inshaallah aku akan cerita.
  Satu je yang jadi matlamat apabila kita dah mula mengetuk kekunci 'keyboard' .
Biarlah menulis kerana kita suka bukan kerana terpaksa!

Selesai menunaikan subuh , ilham datang mencurah- curah untuk aku menulis itu dan ini. Berbalik pada
tajuk Which is more better...? Jawapan aku dua-dua terbaik kerana ada kelebihan masing-masing
dan sangat terbaik untuk aku lagi-lagi dalam bidang penulisan. Iyalah kita menulis mestilah tidak
kira masa, waktu dan tempat. Idea dalam kepala bukan selalu datang time otak jammed tak
gerak-gerak memang kita tak akan menulis sebab nanti keyboard pandang kita bukan kita pandang keyboard! =.= Idea dalam kepada macam chipsmore sekejap ada sekejap tak ada. Hakikat inilah
yang berlaku dalam hidup blogger's jadi berkasih sayanglah dengan teknologi sekarang yang
akan membantu korang dari jammed ketika berblogging!


Sebelum aku mulakan muqadimah pasal Apple dan Samsung, minta maaf sekiranya korang tak bersetuju dengan apa yang aku rasa sebab ini sekadar pendapat aku sendiri! Takut kena saman tak pasal kena bayar pakai duit syiling tak tahu aku nak kutip dekat mana itu pasal minta maaf awal-awal! ngee 

Mana lagi bagus, Samsung Galaxy S3 ke Ipad Mini?



Why, people are comparing those two..?



Kalau nak ikutkan banyak je smartphones dan tablet lain, such as HTC, Sony Ericsson. Samsung 
dan apple kedua-dua teknologi ini aku dah guna, bagi aku keduanya tak ada beza mana pun
cuma produk Samsung produk yang mampu milik. Apa itu mampu milik? Ada yang kurang faham dengan bahasa ala ekonomi aku ini, okey barang mampu milik ini barang yang semua orang mampu 
beli kerana produk yang dijual harganya tidaklah terlalu mahal dan tidak terlalu murah dan masih
boleh dibeli oleh semua golongan.

Review my Samsung S3!

* Menggunakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich
Battery berkapasiti 2100 mAh mampu bertahan lebih lama dari S2 .
Body slim hanya 8.6 mm dan berat 133gram yang membuat selesa untuk di genggam
* Terdapat 5 fungsi baru dalam Samsung S3 antaranya dimuatkan dengan 
    fungsi Smart Stay, Direct Call, Smart Alert, Social Tag serta S Voice.
* Prosesor berkapasiti Quadcore 1.4 GHz dengan RAM 1 GB
* Memiliki kamera 8 MP
* Menggunakan Bluetooth v4.0 sama dengan iPhone 4S
* Pop Up Play – Anda boleh membuka 2 aplikasi dalam satu masa
* Samsung Galaxy S3 ini mengunakan Micro USB untuk pertukaran data dan mengecas.

Bagi Apple, satu jenama yang dah lama bertapak dalam dunia teknologi jadi penawaran harga 
bagi produk Apple sangat tinggi kerana nak jaga imej penjenamaan Apple sendiri. Macam kita 
lah bila orang pakai jenama apple mesti terus wow! Pusing-pusing biji mata sampai terlalu obses 
dengan barangan Apple! Nampak macam gah sangat dan for your information golongan elit selalu
berdamping dengan produk Apple haa rasa nak keeelass gitu boleh lah berjinak dengan produk
Apple!

1 month usianya!
Review my Ipad Minnies!

Ipad Mini ini bersaiz 7.9 inci ( muat bila kita pegang dengan satu tangan )
   dengan resolusi 1024x768 pixel
* Kamera 5 megapiksel iSight
* Warna putih dan hitam ( aku punya mestilah putih boleh mix & match dengan S3 )
* Fungsi yang terdapat dalam ipad mini dwi-teras Apple A5, facetime HD, kamera
   5 megapixel, sokongan LTE, iOS dan menggunakan port lighting.
* Baterinya yang mampu bertahan sehingga 10 jam penggunaan berbanding S3!
* Ipad Mini direkabentuk dengan lebih 23% nipis dan 53% ringan berbanding dengan ipad yang
   sedia ada.
* Dual band (2.4GHz dan 5GHz) 802.11n Wi-Fi kelajuan download untuk ipad Mini juga boleh
   mencapai sehingga 150 Mbps !

Sebenarnya dalam pemilihan gadget, tepuk dada tanya selera. Ada sesetengah orang suka makan
KFC, ada orang suka McD, ada suka Pizza Hut dan ada suka Kenny Rogers. Samsung dan Apple 
masing-masing ada kelebihan dan keburukan kita sebagai pengguna lah sepatutnya bijak memilih 
yang mana berikan kebaikan untuk kita sebagai pengguna! 

Kalau aku pulak menggunakan S3 untuk kegunaan seharian seperti call, message, whatsapp,
 facebook. Ipad biasanya aku guna untuk draf kan idea aku untuk menulis, aku suka edit 
gambar dekat ipad sebab lebih besar dari S3 jadi terang sikit bila aku nak snap apa-apa
gambar yang menarik! Games, twitter , note aku pun semua aku sumbat dalam ipad sebab
lebih praktikal! 

Its trully..

P/s : Nak guna Apple atau Samsung yang penting badget kita dalam poket kalau ada duit lebih
       pilihlah Apple product sebab iOS system terkawal sikit berbanding Android system. 
       Kalau badget paras hidung jangan malu-malu guna Samsung!

Thank you for reading this entry !

Jangan Berpaling Lagi

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum bloggie tersayang!!


Kita pinjam 2013 gambar dari Mr Google.
Rasa macam tak percaya kita sudah pun masuk tahun baru rasa macam 
singkat sangat Tahun 2012 yang nun makin menjauh dari kita. Ewahh
ayat sastera sudah mula berjinak-jinak di muka buku bloggie aku.
Ada yang setuju dengan saya Tahun 2012 adalah tahun yang singkat
rasanya macam baru pejam mata hari ini eh eh esoknya sudah masuk tahun baru.
Ke sememangnya aku je yang rasa perasaan macam ini.? 

Sebelum itu saya nak ucapkan 
Selamat Tahun Baru 
kepada semua yang berada di malaysia 
or di luar negara! #sayaorangpalinglambatwish

Okey azam Tahun 2013 aku nak jadi orang yang berguna dunia dan akhirat!
Mesti orang akan tanya itu je? Iye inilah je azam aku tahun ini!
Tapi sambil berbual dengan mak dan bibik aku hanya terkeluar satu benda untuk tahun
ini aku nak sangat khatam quran banyak kali untuk tahun ini!
Tahun baru memang tidak lah aku nak wishlist kan azam aku kerana
semakin usia meningkat muda semakin malas nak menulis wishlist. Pada aku
cukup lah dalam kepala dan hati aku ini tahu apa yang aku mahu kan pada Tahun 2013.
Eiiii rasa nak bagi penampar dekat pipi aku memang aku tak pernah sedar diri pun yang
usia aku semakin tua dah hari-hari orang panggil aku 'adik' jadi dah adik mestilah muda kan.
Yeehaa perasaan perasan memang kerap muncul dalam diri aku. 

Itulah hikmahnya jadi anak bongsu macam aku ini even dah tua tapi tetap akan
muda dalam kalangan keluarga. Pada bloggie tercinta aku akan mula aktif 
menulis walaupun tidak kerap tapi aku akan pastikan input akan banyak masuk dalam
entry-entry yang akan datang. Inshaallah!



Teruskan berlari mengejar apa  yang kita mahukan pada tahun baru ini, aku yakin dengan 
ini barulah kita belajar apa itu erti sebuah kehidupan untuk menjadi manusia yang 
lebih matang.

Sebut pasal tahun baru azam reader's yang lain mesti lebih advance dari aku kan.
Kalau tak malu dan segan boleh lah kita kongsikan di komen entry
ini. Cerita sedih, kecewa, kelakar atau apa sahaja yang berlaku dalam hidup korang bolehlah 
kita kongsi sama-sama. Kalau korang nak ceritakan azam korang pun boleh
mana tahu dengan azam korang semua boleh buat kita berfikir dan
cuba jadi insan yang lebih baik dan lupakan kesalahan dan kepedihan yang
mungkin pernah kita alami. 

Walaupun aku orang terakhir post entry pasal tahun baru ini aku tak kisah
sebabnya aku berpuas hati dapat ucap Selamat Datang 2013 kepada semua
blogger-blogger di luar sana. Selamat menulis dengan tekun untuk 
entry-entry yang seterusnya kepada semua blogger's

Thank You
=.=
f