This is Me

My Photo
# Assalamualaikum,I believe that we are who we choose to be. Nobody's going to come and save you,you've got to save yourself. Nobody's going to give you anything; you've got to go out and fight for it. Nobody knows what you want except for you. And nobody will be as sorry as you if you don't get it. So, don't give up on your dreams. Life always offers you a second chance. Its called tomorrow #

Jangan Berpaling Lagi

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum bloggie tersayang!!


Kita pinjam 2013 gambar dari Mr Google.
Rasa macam tak percaya kita sudah pun masuk tahun baru rasa macam 
singkat sangat Tahun 2012 yang nun makin menjauh dari kita. Ewahh
ayat sastera sudah mula berjinak-jinak di muka buku bloggie aku.
Ada yang setuju dengan saya Tahun 2012 adalah tahun yang singkat
rasanya macam baru pejam mata hari ini eh eh esoknya sudah masuk tahun baru.
Ke sememangnya aku je yang rasa perasaan macam ini.? 

Sebelum itu saya nak ucapkan 
Selamat Tahun Baru 
kepada semua yang berada di malaysia 
or di luar negara! #sayaorangpalinglambatwish

Okey azam Tahun 2013 aku nak jadi orang yang berguna dunia dan akhirat!
Mesti orang akan tanya itu je? Iye inilah je azam aku tahun ini!
Tapi sambil berbual dengan mak dan bibik aku hanya terkeluar satu benda untuk tahun
ini aku nak sangat khatam quran banyak kali untuk tahun ini!
Tahun baru memang tidak lah aku nak wishlist kan azam aku kerana
semakin usia meningkat muda semakin malas nak menulis wishlist. Pada aku
cukup lah dalam kepala dan hati aku ini tahu apa yang aku mahu kan pada Tahun 2013.
Eiiii rasa nak bagi penampar dekat pipi aku memang aku tak pernah sedar diri pun yang
usia aku semakin tua dah hari-hari orang panggil aku 'adik' jadi dah adik mestilah muda kan.
Yeehaa perasaan perasan memang kerap muncul dalam diri aku. 

Itulah hikmahnya jadi anak bongsu macam aku ini even dah tua tapi tetap akan
muda dalam kalangan keluarga. Pada bloggie tercinta aku akan mula aktif 
menulis walaupun tidak kerap tapi aku akan pastikan input akan banyak masuk dalam
entry-entry yang akan datang. Inshaallah!



Teruskan berlari mengejar apa  yang kita mahukan pada tahun baru ini, aku yakin dengan 
ini barulah kita belajar apa itu erti sebuah kehidupan untuk menjadi manusia yang 
lebih matang.

Sebut pasal tahun baru azam reader's yang lain mesti lebih advance dari aku kan.
Kalau tak malu dan segan boleh lah kita kongsikan di komen entry
ini. Cerita sedih, kecewa, kelakar atau apa sahaja yang berlaku dalam hidup korang bolehlah 
kita kongsi sama-sama. Kalau korang nak ceritakan azam korang pun boleh
mana tahu dengan azam korang semua boleh buat kita berfikir dan
cuba jadi insan yang lebih baik dan lupakan kesalahan dan kepedihan yang
mungkin pernah kita alami. 

Walaupun aku orang terakhir post entry pasal tahun baru ini aku tak kisah
sebabnya aku berpuas hati dapat ucap Selamat Datang 2013 kepada semua
blogger-blogger di luar sana. Selamat menulis dengan tekun untuk 
entry-entry yang seterusnya kepada semua blogger's

Thank You
=.=

6 comments :

  1. setuju .. da masuk tahun baru ni kene terus pandang depan :)

    ReplyDelete
  2. Mestilah kalau kita mash pndg ke belkg bila nak maju.

    ReplyDelete
  3. Aku nk pndg stiap pnjuru blh? ekeke.

    ReplyDelete
  4. @baizura boleh je wei kau mmg wajib pndg setiap penjuru pun.. haha

    ReplyDelete
  5. nak kongsi, sometime ada azam yg kita buat xtercapai atau xberterusan adalah disebabkan planning. "if you fail to lan, you planned to fail"

    inshaallah, sama2 kita rangka strategi & rancangan utk pastikan segala azam yg baik trcapai :) dan biar lah azam muncul stiap hari tnpa perlukn hadirnya Tahun Baru. peace. :D nice post by the way.

    ReplyDelete
  6. mungkin kadang-kadang kita akan rasa mcam alamak kenapa ni apa yang aku hajat tak dapat ni..err haha rasa putus asa tapi sebenarnya kalau kita ingat mesti ada hikmah nya.inshaallah pandangan yang baik untuk saya. terima kasih sudi komen!

    ReplyDelete

f