This is Me

My Photo
# Assalamualaikum,I believe that we are who we choose to be. Nobody's going to come and save you,you've got to save yourself. Nobody's going to give you anything; you've got to go out and fight for it. Nobody knows what you want except for you. And nobody will be as sorry as you if you don't get it. So, don't give up on your dreams. Life always offers you a second chance. Its called tomorrow #

Listen! Listen! Listen

Assalamualaikum & Hai!

Jadual pack betul sekarang untuk aku menulis banyak tapi aku cuba juga nak updated blog.
Post kali ini pasal makanan makan dan makan dan Oh makanan! hahahaks (evil laugh)
Nampak kan ceria aku masa aku cerita bab makan, memang tak dapat dipisah kan dari
jasad aku sebab apa pun jenis makanan dah sebati dengan diri aku ( tengok badanlah )
Kalau asik post pasal life mesti orang bosan baca tapi kalau pasal makanan 
aku tahu korang mesti tak bosan kan. Kalau nak makan cuba lah makan makanan
yang seimbang dari semua nutrisi barulah bdan kita sihat dan cergas =.=
Ayat nasihat macam lah aku doktor nutrisi propa je lebih.. hehehe


Durian Crepe!!!

Dengan muka senyum senyum kelat aku nak bagi resepi durian crepe ni dekat korang. Kenapa tiba-tiba
kau baik hati ni? Eh sape yang nak makan mesti korang juga kan? hahaks Resepi ni memang terbaik
dari ladang sebabnya setiap kali aku buat memang menjadi dan pernah cuba resepi dari yang lain 
memang tak jadi aku punya crepe yang manja tu mungkin salah tangan aku dengan tak putus asa 
aku olah sikit adunan crepe tu... Mari Kita Laaayaaan....!


# Bahan-Bahan #

Isi Durian (Buang Biji)
50g Tepung Gandum
1 Penutup Esen Vanilla ( ikut kuantiti telur )
Pewarna ( Terpulang ) aku pilih kuning
1 Sudu Besar Tepung Ubi Kayu
1 Biji Telur
3 Sudu Kecil Butter (Cairkan)
160 ml Air
40 ml Susu Cair
2 Sudu Besar Gula Halus


# Cara-cara #

1. Dalam bekas, campurkan tepung gandum dengan tepung ubi ( di ayak kedua-duanya terlebih
    dahulu ), masukkan sekali gula halus atau gula kastor.
2. Kemudian.. tuang susu cair keatasnya dan kacau sebati dgn menggunakan alat pemukul
3. Selepas itu, masukkan pula telur yg dah di kacau menggunakan sudu terlebih dahulu. 
    Telor tu just kacau-kacau gitu je tau, jangan sampai kembang pulak. Lepas masukkan telor tu 
    sila kacau sebati adunan tersebut.
4. Seterusnya, masukkan esen vanilla.. kacau lagi
5. Masukkan pula air.. kacau lagi.
6. Pastu lak, masukkan butter cair.. kacau dan masukkan pewarna kuning kacau sebati adunan tersebut.
7. Last step, sila tapiskan adunan tersebut tak nak ada tepung terketul-ketul bila kita nak masak nanti


CARA MASAK CREPE :

1. Memula, sediakan kuali anti lekat ( non stick pan ). Panaskan dengan gunakan api yg kecil..
    Api jangan besar sangat tau, kang cepat hangus pulak crepe korang.
2. Kemudian, ambik sesenduk kecik adunan. Tuang dgn lemah lembut dan bentukkan adunan menjadi
    bulat.
3. Masak sampai bahagian bawah adunan tu mcm nak kering. kering tau, bkn hangit.. 
    Adunan ni JANGAN di terbalikkan masa proses memasak. 
4. Bila dah masak, korang longgarkan keliling crepe tu dgn sudip atau sudu, pastu pindahkan ke 
    atas bekas dgn cara terbalikkan (  bahagian buruk crepe di atas bahagian licin crepe di bawah )

BAHAN INTI :

1. Gunakan whipping Cream lepastu letak sesudu kecil krim dan isi durian.
2. Lapiskan semula dgn krim.. Tak payah isi banyak-banyak sangat takut tak muat nak lipat
3. Lepas itu tarik kulit kiri dan kanan dgn berhati-hati.
4. Tarik kulit crepe bahagian atas ke bawah, bahagian bawah ke atas.. Faham kan..?? 
    Lipat crepe tu jadi bentuk bantal. Jangan ditekan-tekan pulak inti tu!
5. Hidangkan dan makan! Yummmmsss! Isi dalam peti makan tengah sejuk-sejuk dengan secawan
    kopi memang sedap.. Tak percaya cubalah! Pasti nak lagi. -.-


P/s : Selamat Mencuba! Rasa dia memang kecur air liurlah dan bahan-bahan nya semua ringkas je    
        memang akan ada di dapur tu. Malas dengan rajin je kalau nak seribu daya kan.. hehehe
        ( sorry kalau tulisan macam monyet dalam hutan sebab updated dalam kereta )

Terima Kasih Baca Resepi Kita =.=

11 comments :

  1. nyum2
    buat sendiri lagi untung kan

    ReplyDelete
  2. Aah buat sendiri lagi untg.. boleh makan byk2 sbb kalau hbs boleh pg dpur buat blk.. hehhe tq

    ReplyDelete
  3. luv durian crepe..owh...sllu beli je...mls buat sndiri..haha...

    *xmenahan tjuk entri listen tu..hihi...

    ReplyDelete
  4. Btl2 sedap kan durian crepe.. hee beli xpuas mkn kecuali mkn sork2 dlm blk bru puas.. hehe itulah wabak listen makin menjadi2 ni.. hehhee

    ReplyDelete
  5. Listen to durian crepe. hihi.tak prnh rasa lg =,=.. ingat kan nak cerita psal vid listen tuh. hehe

    ReplyDelete
  6. hehehe mls nk updated pasal video 2... heheh kalau ada kelapangan insyaallah nak komen.. cuba lah cnfrm nak lagi ;)

    ReplyDelete
  7. amboih tetiba durian crepe terus,hihi . lama jugak tak makan durian crepe ni,huhu

    ReplyDelete
  8. hehe kan listen listen rupanya durian crepe...hehhe baik mkn sedap woo

    ReplyDelete
  9. salam kenal...singgah sini, jenguk2 dan follow awak balik... ^_^

    durian crepe...lama dah x buat...

    ReplyDelete
  10. salam singgah dr www.QueAchmad.com... tq sb support Blog Abe...

    http://www.queachmad.com/2013/01/sahabat-yang-dilarang-itu-juga.html

    ReplyDelete

f