This is Me

My Photo
# Assalamualaikum,I believe that we are who we choose to be. Nobody's going to come and save you,you've got to save yourself. Nobody's going to give you anything; you've got to go out and fight for it. Nobody knows what you want except for you. And nobody will be as sorry as you if you don't get it. So, don't give up on your dreams. Life always offers you a second chance. Its called tomorrow #

Which is more better....

Assalamualaikum & Hello!

Untuk tahun ini kerajinan aku 'terover' plus++ dalam bidang penulisan setiap hari 
aku mula buat review tentang penulisan dan cara menulis dan dan aku akan mula berblogging semula!
 Ha menulis apa pulak itu, biarlah kita simpan dulu dalam entry selepas ini inshaallah aku akan cerita.
  Satu je yang jadi matlamat apabila kita dah mula mengetuk kekunci 'keyboard' .
Biarlah menulis kerana kita suka bukan kerana terpaksa!

Selesai menunaikan subuh , ilham datang mencurah- curah untuk aku menulis itu dan ini. Berbalik pada
tajuk Which is more better...? Jawapan aku dua-dua terbaik kerana ada kelebihan masing-masing
dan sangat terbaik untuk aku lagi-lagi dalam bidang penulisan. Iyalah kita menulis mestilah tidak
kira masa, waktu dan tempat. Idea dalam kepala bukan selalu datang time otak jammed tak
gerak-gerak memang kita tak akan menulis sebab nanti keyboard pandang kita bukan kita pandang keyboard! =.= Idea dalam kepada macam chipsmore sekejap ada sekejap tak ada. Hakikat inilah
yang berlaku dalam hidup blogger's jadi berkasih sayanglah dengan teknologi sekarang yang
akan membantu korang dari jammed ketika berblogging!


Sebelum aku mulakan muqadimah pasal Apple dan Samsung, minta maaf sekiranya korang tak bersetuju dengan apa yang aku rasa sebab ini sekadar pendapat aku sendiri! Takut kena saman tak pasal kena bayar pakai duit syiling tak tahu aku nak kutip dekat mana itu pasal minta maaf awal-awal! ngee 

Mana lagi bagus, Samsung Galaxy S3 ke Ipad Mini?



Why, people are comparing those two..?



Kalau nak ikutkan banyak je smartphones dan tablet lain, such as HTC, Sony Ericsson. Samsung 
dan apple kedua-dua teknologi ini aku dah guna, bagi aku keduanya tak ada beza mana pun
cuma produk Samsung produk yang mampu milik. Apa itu mampu milik? Ada yang kurang faham dengan bahasa ala ekonomi aku ini, okey barang mampu milik ini barang yang semua orang mampu 
beli kerana produk yang dijual harganya tidaklah terlalu mahal dan tidak terlalu murah dan masih
boleh dibeli oleh semua golongan.

Review my Samsung S3!

* Menggunakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich
Battery berkapasiti 2100 mAh mampu bertahan lebih lama dari S2 .
Body slim hanya 8.6 mm dan berat 133gram yang membuat selesa untuk di genggam
* Terdapat 5 fungsi baru dalam Samsung S3 antaranya dimuatkan dengan 
    fungsi Smart Stay, Direct Call, Smart Alert, Social Tag serta S Voice.
* Prosesor berkapasiti Quadcore 1.4 GHz dengan RAM 1 GB
* Memiliki kamera 8 MP
* Menggunakan Bluetooth v4.0 sama dengan iPhone 4S
* Pop Up Play – Anda boleh membuka 2 aplikasi dalam satu masa
* Samsung Galaxy S3 ini mengunakan Micro USB untuk pertukaran data dan mengecas.

Bagi Apple, satu jenama yang dah lama bertapak dalam dunia teknologi jadi penawaran harga 
bagi produk Apple sangat tinggi kerana nak jaga imej penjenamaan Apple sendiri. Macam kita 
lah bila orang pakai jenama apple mesti terus wow! Pusing-pusing biji mata sampai terlalu obses 
dengan barangan Apple! Nampak macam gah sangat dan for your information golongan elit selalu
berdamping dengan produk Apple haa rasa nak keeelass gitu boleh lah berjinak dengan produk
Apple!

1 month usianya!
Review my Ipad Minnies!

Ipad Mini ini bersaiz 7.9 inci ( muat bila kita pegang dengan satu tangan )
   dengan resolusi 1024x768 pixel
* Kamera 5 megapiksel iSight
* Warna putih dan hitam ( aku punya mestilah putih boleh mix & match dengan S3 )
* Fungsi yang terdapat dalam ipad mini dwi-teras Apple A5, facetime HD, kamera
   5 megapixel, sokongan LTE, iOS dan menggunakan port lighting.
* Baterinya yang mampu bertahan sehingga 10 jam penggunaan berbanding S3!
* Ipad Mini direkabentuk dengan lebih 23% nipis dan 53% ringan berbanding dengan ipad yang
   sedia ada.
* Dual band (2.4GHz dan 5GHz) 802.11n Wi-Fi kelajuan download untuk ipad Mini juga boleh
   mencapai sehingga 150 Mbps !

Sebenarnya dalam pemilihan gadget, tepuk dada tanya selera. Ada sesetengah orang suka makan
KFC, ada orang suka McD, ada suka Pizza Hut dan ada suka Kenny Rogers. Samsung dan Apple 
masing-masing ada kelebihan dan keburukan kita sebagai pengguna lah sepatutnya bijak memilih 
yang mana berikan kebaikan untuk kita sebagai pengguna! 

Kalau aku pulak menggunakan S3 untuk kegunaan seharian seperti call, message, whatsapp,
 facebook. Ipad biasanya aku guna untuk draf kan idea aku untuk menulis, aku suka edit 
gambar dekat ipad sebab lebih besar dari S3 jadi terang sikit bila aku nak snap apa-apa
gambar yang menarik! Games, twitter , note aku pun semua aku sumbat dalam ipad sebab
lebih praktikal! 

Its trully..

P/s : Nak guna Apple atau Samsung yang penting badget kita dalam poket kalau ada duit lebih
       pilihlah Apple product sebab iOS system terkawal sikit berbanding Android system. 
       Kalau badget paras hidung jangan malu-malu guna Samsung!

Thank you for reading this entry !

13 comments :

  1. mostly yang dah guna product apple mesti cakap samsung tak best..paling susah nak suh pengguna apple admit kekurangan product mereka..hehehe :p

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  2. berkenan samsung S3!

    thnx ye share

    ReplyDelete
  3. azlan : itu fact bagi apple user.. hahaha saya seimbang kan dua2 product ni well bgi saya dua2 ada kelemahan dan kelebihan masing-masing. hehhe

    fay : beli beli s3 ada gang!

    ReplyDelete
  4. klu cptre gmbr yg bergerak dia xbergegar ke???
    sb sblum nie beli phn yg xde cyber shoot xsnok ambik gmbr yg bergrak sb gegar...

    ReplyDelete
  5. Agree with u...gud stuff...

    ReplyDelete
  6. agree. Mahal sikit, janji berkualiti, takpe lah kan. :)

    ReplyDelete
  7. dari yang saya pkai dua2 gadget memng tak gegar... gambr dia plus plus cntik rasa nak blogging terus setiap kali amik gmbr.. excited kan! haha

    espiranza : betul biar mahal janji puas hati dan kualiti dijamin lama ;)

    ReplyDelete
  8. kak ada iPad dan ada Samsung. utk blogger, senang sangat iPad sebab bila kita draf dan save tanpa online. kadang2 dalam bank, org ramai, kak dah boleh dapat satu entry..huhu. samsung tab payah sikit. leceh nak menaip.

    p/s tq sudi singgah dan follow kak

    ReplyDelete
  9. kak anim : samalah kita kak untuk call dan mssage sya lebh sng dgn samsung.. sbb user friendly skit nak bluetooth ke nak buat kerja harian dan untuk blogging memng saya pun gunakan ipad. Seng buat draf kadang2 idea ni datang tanpa diundg tak kira masa dan tempat.terima kasih komen kt enrty ni ;)

    ReplyDelete
  10. salam kenal. thanks follow akak..masing2 ada kelemahan dan kekurangannya.dah guna baru tau best ke tak best kan..akak tak pernah guna brand apple..

    ReplyDelete
  11. kak salina : salam kenal kak, not biggie terma ksh follow sy blk. betul 2 dua2 ada kelemahan dan kekurgn msg2.. ;)

    ReplyDelete
  12. betul2 yg pnting budget. But i love apple more ! hehe.

    ReplyDelete
  13. :) apple more writer to be.. hehe budget mmg pntg

    ReplyDelete

f