This is Me

My Photo
# Assalamualaikum,I believe that we are who we choose to be. Nobody's going to come and save you,you've got to save yourself. Nobody's going to give you anything; you've got to go out and fight for it. Nobody knows what you want except for you. And nobody will be as sorry as you if you don't get it. So, don't give up on your dreams. Life always offers you a second chance. Its called tomorrow #

Penghijrahan Itu Satu Nikmat Di Akhirat

Assalamualaikum

Penghijrahan bukanlah satu keputusan yang senang untuk dilakukan. Tetapi ianya mengambil masa yang begitu lama untuk membuat satu keputusan. Hari ini, pada malam ini aku telah membuat satu janji kepada diri aku untuk meninggalkan dunia aku yang lama dengan meneruskan satu kehidupan yang hakiki. Kehidupan yang akan membawa aku kepada hakiki kehidupan seorang manusia. Kematian itu bukanlah satu perkara yang senang dan bukanlah satu perkara yang mudah. Sedangkan kekasih Allah, iaitu Rasulullah s.a.w sendiri pun terasa sakitnya apabila Malaikat Maut datang mencabut nyawa baginda, apatah lagi kita yang terlalu banyak dosa dan rapuh ibadat di Dunia. Penghijrahan yang aku lakukan ini adalah kerana Allah s.w.t bukanlah kerana inginkan pujian. Aku hanya menginginkan tempat yang selesa di Akhirat nanti, bukanlah Dunia yang aku agungkan. Aku hanya manusia biasa, yang bermulanya aku jahil agama sampai malam ini aku sedar sampai bila aku harus berada dilandasan ini? Mungkin dah sampai masa untuk aku jadi manusia yang lebih baik dan terus mencari hidayah kearah jalan yang diredhai-Nya.

Wahai sahabat ku, ketahuilah oleh kalian bahawa hidup ini hanyalah sementara, tiada apa yang dapat kita semua bawa melainkan ibadat yang kita lakukan di ketika hidupnya kita di Dunia pinjaman ini. Kematian itu pasti, takutlah kita akan seksaan Allah di Akhirat sana. Merintihlah kita, menangislah kita, meratap dan mengharaplah kita pada Allah agar dapat diberikan masa yang panjang untuk kita terus mencari sinar ke Jalan Allah. Hidup seorang Dai'e bukanlah mudah, malah selalu dicaci dan dihina. Aku lalui saat yang paling sakit selama sebulan dan aku hanya mampu berdoa, jalan yang mana harus aku lalui. Subhanaallah, hati aku kuat untuk teruskan apa yang aku fikirkan selama ini, mungkin dah sampai masanya untuk aku jadi seorang hamba allah yang sentiasa mengingati-Nya.

"SubhanAllah, Ya Rabb. Berikanlah aku kekuatan dan kesabaran, agar aku mampu bertahan dengan setiap ujian yang Kau berikan. Jadikanlah aku seorang Mujahidah yang beristiqomah, yang sentiasa bersujud untukMu. Tiada apa yang sempurna dalam dunia ini, kerana ini hanyalah Dunia. Tidak penting dimana aku bermula, tetapi lebih penting di mana aku Berakhir. Aku dilahirkan dalam Islam, diazankan oleh Ayah yang islam disusukan oleh Ibu yang Islam, maka matilah juga aku dalam keadaan yang Beriman dan Islam Ya Allah Aamiin ;(


Short Entry...

Assalamualaikum

Actuallay tak tahu tak cakap apa atau tulis apa.. 
Blank je rasa bila nak start blogging, nampaknya akal kita
tak banyak menolong aku untuk bagi idea yang bernas.

Hey korang pernah tahu tak kenyataan yang sebenar memang sakit
tapi dengan kenyataan yang ada itulah boleh buat kita bangkit jadi manusia 
yang lebih matang untuk solvekan apa-apa masalah yang diri kita hadapi.
Sebenarnya bagus kita ditimpa malapetaka sebab dengan ni kita kenal diri kita
dan dari kelemahan yang ada kita akan cuba baikinya.

Kenyataan yang menyakitkan serupa macam masalah yang berat kita hadapi
kadang-kadang bila hadapi masalah kita memang akan blank,
 okey masa inilah otak kita akan kosong dan aku rasa seolah-olah diri kita
annoying gila. haaa rasa diri tu annoying tolong tampar diri sendiri supaya boleh sedar dan 
jadi manusia yang postive thinking. ( eceeeeh bakat nak jadi kaunselor kononnya ).


Kenapa Allah timpakan ujian?


Sebenarnya Allah sangat mencintai kita sebagai hambanya tetapi kita sahaja yang selalu leka 
dan menjauhi-Nya kerana kesibukan urusan kita di dunia. Contohnya sebagai student 
yang study sehingga melewat-lewatkan solat.

Apabila lelaki dan perempuan tidak segan silu bertepuk tampar. Apabila si anak terhimpit
 diantara perkelahian ibu dan bapa. Apabila kita terlalu seronok dengan kemewahan dunia.
 Senang cerita apabila kita lebih mengutamakan urusan dunia berbanding akhirat.

Cuba kita bayangkan konsep Allah sayangkan kita ini dengan apabila kita sangat menyukai 
seseorang itu sehinggakan sanggup berbuat apa sahaja kepadanya tetapi orang itu selalu 
endah tidak endah dengan kita, apabila hendak sesuatu meminta pada kita,setelah dapat 
yang dikehendaki terus lupakan kita. Bagaimanakah perasaan kita ketika itu?
 Begitu jugalah dengan Allah.

Jadi? Allah memanggil kita supaya kembali dekat kepada-Nya. Allah menyentuh hati kita 
supaya kembali mencintai-Nya. Caranya? dengan meningkatkan amalan kita dan memberikan 
jiwa kita kepada-Nya. 

Dalam surah kedua , Al-Baqarah ayat 186 :

“Dan apabila hamba-hambaku bertanyamu (Muhammad) tentang aku, maka sesungguhnya
 Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka 
memperoleh kebenaran.”


~ Jika dulu kita kerap kali melewat-lewatkan solat hingga mungkin tertinggal, dengan adanya 
ujian daripada Allah ini kita kembali menunaikan solat tepat pada waktunya.

~ Jika dulu kita selalu memikirkan segala kejayaan adalah disebabkan usaha kita sendiri tanpa 
memikirkan ia sebenarnya datang daripada Allah, dengan adanya ujian ini, kita kembali 
bergantung dan mengharap bantuan daripada Allah.

~ Jika kita merasakan kita keseorangan dan tiada sesiapapun yang sayang pada kita, dengan 
adanya ujian ini, kita dapat mencari kasih sayang sebenar iaitu kasih sayang Allah.

Kalau berlaku sesuatu kepada kita yang kita tidak suka berupa nikmat ataupun bala, 
jangan mengamuk dulu. Redhalah untuk menerima ujian Allah dan yakinlah bahawa ini 
untuk mengukuhkan akidah kita. Jika Allah mengkehendaki sesuatu musibah itu berlaku ,
maka ia akan berlaku dan begitulah sebaliknya. Jika Allah mengkehendaki sesuatu nikmat itu 
berlaku, maka ia akan benar-benar berlaku dan begitulah sebaliknya. Pasti ada hikmah
 disebalik segala sesuatu itu berlaku.
Allah Ya Rabbi ^_^ 


tak suka demam + muntah... doakan kita yeeee awk-awk semua ;)

P/s : Pasrah lebih baik dari menyerah. peaceee yoo ;)
f