This is Me

My Photo
# Assalamualaikum,I believe that we are who we choose to be. Nobody's going to come and save you,you've got to save yourself. Nobody's going to give you anything; you've got to go out and fight for it. Nobody knows what you want except for you. And nobody will be as sorry as you if you don't get it. So, don't give up on your dreams. Life always offers you a second chance. Its called tomorrow #

Hargailah Anugerah Allah swt

Assalamualaikum Sahabat,

Sekadar perkongsian dengan pembaca yang lain apa yang berlaku depan mata saya betul-betul 
buat saya sentiasa berfikir dan terus berfikir tentang kebesaran dan kekuasaan Allah swt. 
Dulu hidup saya bukanlah seorang muslimah yang baik, bertudung tapi kosong itulah yang boleh saya 
samakan diri pada masa dahulu. Kenapa kosong? Bertudung tapi menampakkan dada, baju mengikut 
bentuk badan, saya menampakkan kaki kepada bukan mahram saya, solat macam baju yang terkoyak,
mulut dan hati tidak dijaga. Allahu ;(  Saya seorang hamba yang berdosa.

Saya ambil ikhtibar dengan apa yang saya nampak depan mata saya sendiri. Saya anggap apa 
yang saya lihat itu petunjuk dari Allah swt untuk saya berubah kejalan yang lebih diredhai-Nya. 
Telalu jahil saya pada masa lalu sampaikan setiap malam saya menangis kerana takut dengan 
kejahilan saya sendiri. Percayalah cakap saya, kita lari kemana pun kita tak akan dapat lupakan
dosa-dosa yang pernah kita lakukan. Tapi kita istiqamah lah diri kita dari kesilapan di masa 
lalu kita untuk jadi seorang yang lebih baik dari semalam.

Kehidupan saya sebulan yang lepas sangat lah rumit, tetapi setiap yang berlaku ada hikmah-Nya.
Saya percaya sekarang apa yang Allah swt rancang untuk kita hari ini, pasti ada kebaikanya di masa 
akan datang. Hidayah yang Allah swt berikan kepada saya ini satu petanda untuk saya berubah
jadi manusia,hamba dan anak yang lebih baik dari sebelumnya 
dan sekarang hati saya seratus peratus mahu berjihad kejalan Allah swt.

Kejadian ini berlaku masa saya berhenti solat di masjid besar kuantan sebelum keluar
 dengan sahabat saya yang lain . Pada masa itu, saya dalam keadaan yang tidak tenteram 
di hadapan pintu masjid besar kuantan dan saya melihat seorang perempuan 
yang buta penglihatan sedang menanggalkan kasutnya dihadapan pintu tersebut. 
Saya termenung melihat perempuan tersebut di hadapan pintu masjid sambil
memujinya dalam hati "waah even buta dia tahu jalan ke masjid". 
Saya tersedar dari lamunan apabila perempuan buta
 tersebut menegur saya dengan berkata " Masuklah anak azan zuhur dah berkumandang "
Saya pelik dengan teguran perempuan tersebut kerana saya pasti saya tidak menegur mahupun mengeluarkan sebarang suara yang menandakan saya berada berhampiran dengan perempuan
tersebut tapi dia tahu kehadiran saya berdekatan dengan-Nya. Allahuakbar! Saya dalam keadaan 
terpinga setelah di tegur oleh perempuan tersebut terus cepat2 tanggalkan kasut menuju
ketangga.

Saya tak pasti tangga keberapa perempuan buta tadi cuba beramah mesra dengan saya dengan
memberitahu 34 tangga kita perlu naik untuk sampai ke tempat solat muslimah.
Pada masa ini timbul rasa kerdil dalam diri saya , insan yang buta
boleh hafal jalan dan struktur masjid tetapi saya yang celik mata tidak pernah nampakkan diri
ke masjid untuk solat berjemaah. Walau macammana pun, manusia yang degil macam saya tetap bermonolog dengan diri sendiri seakan tidak percaya perlu naik 34 tangga untuk ke
 tempat solat wanita.

Mungkin Allah swt nak saya buka mata saya lagi tentang kekuasaan-Nya saya ditakdirkan
solat jemaah bersebelahan dengan perempuan buta tadi. Selesai kami menunaikan 
solat jemaah dengan beberapa jemaah yang lain kami bersalaman. Terdetik di hati saya 
ingin tanya macam mana dia boleh tahu saya dihadapan dia tadi sedangkan saya tidak
berikan sebarang petanda saya berada berdekatan dengan-Nya. Perempuan buta
tersebut beritahu saya " Yang gelapnya mata tapi hati masih cerah,nak. " . 
Saya turun tangga sambil mengira setiap anak tangga masjid tersebut , betul cakap
perempuan buta itu 34 tangga yang perlu kita naik untuk ke tempat solat muslimah.
Selama saya pergi ke masjid saya tidak pernah peduli semua itu tetapi keperibadian 
perempuan buta tersebut buat saya sedar setiap langkah yang kita ada pandanglah dan 
hargai apa yang kita nampak sebab tak semua orang boleh merasa dan melihat keindahan 
sesebuah masjid.

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi , dan pergantian 
malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi 
orang yang berakal"Ali 'Imran:190

Subhanaallah sempurna-Nya dia di mata saya, tudung yang labuh, baju yang menutup aurat,
suara yang lembut even buta cekal hatinya berjalan di tengah panas untuk pergi menunaikan solat
 di masjid. Tapi kita? Anugerah yang Allah swt berikan kepada kita adakah kita gunakan
sebaiknya? Waktu azan berkumandang adakah kita berlari pergi ke masjid walaupun tempat kerja 
kita tak jauh mana dari masjid? Dimana kita ketika itu? Tak sehebat perempuan buta tadi,
  berkemungkinan waktu azan berkumandang kita sibuk berlari kejar meja untuk waktu lunch 
kerana perut yang lapar perlu diisi tapi macam mana waktu solat kita pula?
Tepuk dada tanya diri ye sahabat..

Walaupun dia buta tapi dia tahu pakaian apa yang harus dia pakai sebagai seorang muslimah,
 tapi kita yang boleh melihat cermin pernah kita cermin diri kita tentang aurat sebagai seorang
 perempuan. Tak pernah kan? Kita hanya akan pandang cermin apabila nak gayakan
tudung jenama Fareeda, Pearl Haya dan sebagainya. Pandanglah ke cermin dengan telus
untuk melihat pakaian mu, labuhnya, tebalnya bukan jenamanya. Allahu.

Marilah kita terus perbaiki diri kita kearah kebaikan. Perbetulkan niat dan terus istiqamah diri 
sebagai seorang muslimah. Perempuan buta tadi boleh hafal struktur masjid sebab setiap hari dia
 berkunjung ke masjid, bagaimana pula dengan kita yang cerah penglihatan boleh kah
kita menghargai masjid macam mana perempuan buta itu lakukan? 
Tepuk dada tanya pada hati ye sahabat.. Wallahu'alam

Being a Muslim is more than just going to the masjid,Allah 
wants your Attention not just your Attendance..

Dari Hati,
Nurul Shazwani 

6 comments :

  1. Tersentuh hati ana membaca entry saudari.
    Bykkn berzkr spya hati kita tidak bplg kpda khdpn yg lama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah ;) saya pun sayu bila ingat apa yang jadi. Allahu amal iabdat kita masih kurg dan perlu diperbaiki

      Delete
  2. Mari lah kita sama sama baiki diri menuju ke jalan yang di redhai Allah saling ingat mengigati antara satu sama lain jika terlalai mahu pon terlupa.. Salam perkenalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan juga. Yang kurg kita perbaiki dan yang salah tegurlah satu sama lain. Insyaallah Terima kasih sudi singgah blog saya ;)

      Delete

f