This is Me

My Photo
# Assalamualaikum,I believe that we are who we choose to be. Nobody's going to come and save you,you've got to save yourself. Nobody's going to give you anything; you've got to go out and fight for it. Nobody knows what you want except for you. And nobody will be as sorry as you if you don't get it. So, don't give up on your dreams. Life always offers you a second chance. Its called tomorrow #

Insaflah Wahai Sahabat ;)

Assalamualaikum,

Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi saya masih diberi peluang untuk menghirup udara yang segar
dan diberi peluang untuk perbaiki amal ibadat saya supaya lebih baik dari
semalam. Semakin saya membaca dan memahami apa itu islam. Sangat mudah sebenarnya 
berbanding ilmu ekonomi yang memerlukan kita fikir cara pengagihkan sumber-sumber ekonomi 
yang terhad untuk memenuhi kehendak-kehendak manusia yang tidak terhad. Tapi
dalam islam kita hanya perlu fikirkan pengagihkan diri kita untuk memenuhi kehendak 
Allah swt.

IQRA (bacalah) dengan nama Tuhanmu Yang Menciptakan. 
Dia telah menciptakan manusia dari alaq. 
IQRA (bacalah) dan Tuhanmulah yang Maha Akram. 
Yang mengajar dengan perantaraan qalam. 
Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. (QS. Al-Alaq: 1-5)

Apa itu kehendak Allah swt yang perlu kita penuhi? Ikut apa yang di suruh tinggalkan 
apa yang Allah swt benci. Nampak macam senang tetapi untuk lakukannya bukanlah 
satu perkara yang mudah. Jadi sebelum kita lakukan penghijrahan di jalannya 
banyakkan solat taubat dan berzikir. Hati yang bersih akan lebih mudah meresap ayat-ayat
suci Al-Quran dan ilmu Allah swt. Insyallah...

Saya tidak ingin bercerita tentang orang lain tapi saya ingin berkongsi cerita tentang
 kehidupan diri saya sendiri. Apa yang berlaku dalam hidup saya menyebabkan saya
 sentiasa istiqamah diri untuk jadi lebih baik berbanding dahulu. Saya percaya
doa seorang ibu itu mustajab dan saya percaya doa orang yang menyangi diri
kerdil saya ini Allah swt telah perkenankan lalu diberi hidayah kepada saya untuk berhijrah 
jadi seorang mujahidah yang sentiasa berjihad ke jalan Allah swt. Allahu...

Dosa yang saya lakukan mungkin terlalu besar sampaikan setiap malam saya menangis dan 
 menyesal dengan apa yang jadi. Dahulu saya bukan seorang yang kuat tapi yakinlah
 apabila kita dekatkan diri kepada Allah swt secara automatiknya diri kita akan jadi seorang 
yang kuat berbanding sebelumnya. Perkara ini berlaku beberapa minggu lepas
selepas saya lakukan solat taubat. Saya kuatkan diri untuk bangkit dari kesakitan yang
menghantui diri saya dengan dekatkan diri kepada yang Esa.

Selepas saya lakukan solat taubat, saya terus baring setelah penat menangis mengharapkan 
sesuatu benda yang tak pasti. Saya mengharapkan tidur yang lena sebab saya hadapi
penyakit insomnia sejak beberapa bulan yang lalu, alhamdulillah malam itu bukan sekadar
tidur yang lena tapi Allah swt terus berikan saya petunjuk kepada saya untuk
saya sedar jangan terus lakukan kesilapan itu dan kembalilah kejalan yang benar.
Benarlah hidup yang tenang dan bahagia apabila kita bercakap benar, kita sentiasa berdoa
dan berserah kepada Allah swt.

Mimpi yang saya hadapi sangat mengerikan serta menakutkan subhanaallah terbayang
diruang mata saya macam mana keadaan saya waktu itu. Untuk dizahirkan bagaimana
dan dimana saya tidak mampu tapi cukuplah saya katakan apa yang saya mimpi itu 
seolah-olah betul-betul jadi pada diri saya. Jasad saya kaku masa itu, semuanya
terbakar sakitnya tak dapat saya nak gambarkan. Lidah saya ditarik dipotong
berkali-kali puas saya menjerit tapi sentiasa dipotong dan terus dipotong tanpa
henti. Api di badan saya semakin besar dan panas semakin kuat saya jerit semakin
menyemarak api itu dibadan saya. Saya kesakitan sangat  pada masa itu dan hanya
 memikirkan jalan untuk keluar dari api tersebut dan mengelak lidah saya dipotong berkali kali
 tetapi gagal. Saya pandang di sekeliling kalau saya terlepas dari sini saya 
akan dibahan dengan ular hitam yang berbisa. Allahu.

Saya rasa lamanya macam bertahun hadapi seksaan itu. Sampai lah lidah dan hati saya
bersama-sama menyebut ALLAHUAKBAR dengan penuh yakin dan keinsafan.
Saya terus menyebut ALLAH! ALLAH! ALLAH! ALLAH! ALLAHUAKBAR. Api yang
panas tadi beransur sejuk, lidah saya yang dipotong berkali-kali tadi sakitnya hanya 
orang yang hadapinya tahu tapi semakin saya menyebut ALLAH! ALLAH lidah 
yang kesakitan akibat dipotong tadi beransur pulih hanya kebas terasa.

Saya buka mata dan bangun dari katil dalam keadaan muka saya yang berpeluh- peluh,
 sakitnya masih terasa di setiap inci kulit saya. Saya diam dan terus menangis 
tersedu-sedu dalam bilik. Takutnya, insafnya hanya Allah swt sahaja yang tahu.
Saya melihat jam di telefon waktu subuh dah masuk. Saya kuatkan diri untuk bangun
 mengambil wudhuk. Sewaktu saya mengambil air wudhuk kulit yang terkena air itu teramat
 pedih, saya yakin ianya bukan sekadar mimpi tapi Allah swt bagi petunjuk kepada saya
untuk berubah dan jadi hamba yang sentiasa istiqamah diri serta kembali kejalan-Nya.

Masih belum terlambat untuk kita berubah dan bertaubat. Bercinta kepada Allah swt,
 berceritalah kepada Allah swt, Carilah Allah swt sebab itulah yang buat kita bahagia.
Insyaallah, cerita ini saya kongsi untuk bagi keinsafan kepada yang lain.
Fikirlah bagaimana kita dalam kubur nanti dan di akhirat kelak? 
Banyakkan berfikir dan terus berusaha cari ilmu Allah swt. 
Tepuk dada tanya hati dan iman!


Protect our minds from thoughts, which are evil, because 
evil actions begin with evil thoughts.

6 comments :

  1. great piece of entry dear... thanks for sharing this...

    ReplyDelete
  2. singgah follow sini #781
    perkongsian yg bagus

    ~lee on the blog~

    ReplyDelete
    Replies
    1. moga kisah ini jadi ikhtibar utk semua... insyaallah ;)

      Delete
  3. singgah sini.... dtg dr majalah dara...
    heeeee....
    salam perkenalan daripada santai leeza

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan juga kak Leeza Dayasari... Terima kasih kak sudi jenguk blog tak seberapa saya ni. Terharu saya page from santai leeza tengok blog ni ;(

      Delete

f