This is Me

My Photo
# Assalamualaikum,I believe that we are who we choose to be. Nobody's going to come and save you,you've got to save yourself. Nobody's going to give you anything; you've got to go out and fight for it. Nobody knows what you want except for you. And nobody will be as sorry as you if you don't get it. So, don't give up on your dreams. Life always offers you a second chance. Its called tomorrow #

BARANG DIY HANTARAN TUNANG YANG MURAH DAN CANTIK

Assalamualaikum and hai :)


Nampak tak tajuk entry blog aku hari ini, so mesti korang boleh agak kan apa benda yang aku nak bebelkan di blog hari ini. Hello, malaysian bride to be! Macam mana persiapan korang menanti hari bahagia? Actually, persiapan aku 70% dah settle untuk majlis pertunangan nanti. Alhamdulillah, segala persiapan seperti yang dirancang berjalan dengan lancar dan aku harap pabila majlis menjelang semuanya dipermudahkan Amin ;) 


Ada yang tanya aku, tak nak kongsi ke persiapan majlis pertunangan yang bakal berlangsung nanti. hee Jawapan mudah, Insyaallah aku akan kongsikan kepada bride to be yang lain cara yang jimat untuk persiapan majlis pertunangan yang superb murah, jimat dan pastinya cantik. Moga bermanfaat kepada readers yang lain ye. Sebenarnya hantaran ni cuma adat kita sebagai orang melayu, kalau tidak mahu membazir cukup lah sekadar cincin dan Al- Quran untuk majlis pertunangan.


Tapi aku ni agak demand yang berpada-pada, so nak jugaklah ada majlis pertunangan yang sempurna untuk dikenang-kenangkan kepada anak dan cucu aku nanti. kikiki  Walaupun tidak semeriah pertunangan Elly Mazlein, cukup lah sekadar sedap mata dan akal aku mengingati detik2 majlis pertunangan aku nanti. heheh Tema majlis pertunangan aku nanti lebih banyak kepada warna-warna pastel dan majlis nya hanya bersederhana sahaja. Tak perlulah naik kereta kuda ala-ala cinderella, aku bukannya anak raja cuma rakyat marhaen sahaja. huhuhu


Bila sebut majlis pertunangan confirm lah secara automatik nya kita akan fikir hantaran apa yang mahu berikan kepada pihak lelaki ataupun kepada pihak perempuan. So tak payah pening-pening beli je apa yang kita dan pasangan mampu. hehhe Kita berhenti bercerita tentang barang-barang hantaran dulu, tapi aku mahu kongsikan CARA DIY HANTARAN TUNANG YANG MURAH DAN CANTIK! Sebelum nak buat hantaran kita tetapkan dulu design yang kita mahukan untuk gubahan hantaran samaada nak gunakan bakul, bantal polisterin ke atau apa-apa yang menarik perhatian korang untuk dijadikan dulang hantaran.

Dah ada design yang kita mahukan, boleh lah start beli barang untuk membuat gubahan. Aku nak share kan satu kedai yang superb murah untuk membuat barang-barang hantaran. Kedai ini terletak di pasar chowkit, namanya kedai tu KEDAI BUNGA VIVIAN!





Apa yang best dekat kedai ni? Jawapan nya pekerja yang peramah dan suka melayan kerenah customer yang ala-ala cerewet macam aku ni.wakaka Dekat KEDAI BUNGA VIVIAN ini semua ada dan yang paling penting barang dekat sini dah lah murah then boleh mintak kurang lagi. Bukan ke satu tips membeli yang jimat! heheh So jangan buang masa korang pergi ke kedai lain, datang je sini kalau nak beli barang-barang berkaitan untuk gubahan hantaran. Then kalau rasa tangan keras dan kaku macam kayu boleh lah tempah hantaran korang je dekat sini, dorang akan gubah mengikut bajet yang kita mahukan. Confirm korang akan berpuas hati dengan hasil kerja tangan kreatif dorang tu. Aku harap entry kali ni dapat mengurangkan beban korang untuk membeli barang-barang hantaran kahwin :) Selamat membaca korangs!


Taraa inilah Gubahan Hantaran handmade by Wanni Ariffin ;)

Thank You,
Nurul Shazwani Ariffin

Resepi : Nasi Ayam Versi Mak Yang Mudah Dan Ringkas

Assalamualaikum and hi :)
 
 
Dah lama tak kongsi resepi kat blog. Sebenarnya banyak nak share resepi dengan uolls tapi disebabkan busy dengan class dan study, jadinya tertunggak lah impian ku ini.. huhuhu So,hari ni aku ada banyak masa terluang sebelum cuti beberapa minggu aku ni habis, aku nak share resepi nasi ayam versi mak yang paling mudah dan lazat.

Kepada para gadis diluar sana, kalau korang jenis yang jarang2 ke dapur or ketandusan idea untuk memasak boleh lah try buat nasi ayam ni. Bahan-bahannya mudah je yang memang akan ada didapur.. Insyaallah moga bermanfaat kepada semua resepi yang mahu aku share ini.
 
 
 
 
 Langkah Pertama 

Sediakan seekor ayam yang siap dipotong dan perapkan dengan halia, bawang putih dan bawang merah selama setengah jam.Didihkan air di dalam periuk dan masukkan ayam tadi dan perlahan api tunggu sehingga ayam setengah masak. Selepas itu angkat ayam tadi dalam besen, perapkan dengan sos tiram, kicap masin, kicap manis dan madu . Goreng sampai ayam ranggup.
 
Langkah Kedua
 
Basuh beras then letakkan dalam "rice cooker" tanpa air. Didalam kuali masukkan mentega, tumis bawang putih,bawang merah dan halia yang telah yang dikisar. Setelah naik bau masukkan air yang telah disukat daripada air rebusan ayam tadi mengikut berapa banyak beras yang kita nak masak then letak garam,dan sedikit gula mengikut rasa. Biarkan mendidih dan tutup api. Tuang kedalam beras then masukkan 2 helai daun pandan n 1 batang serai then sedikit kunyit untuk jadikan nasi warna kuning
 
Langkah Ketiga

Blend 3 biji cili padi then 4 biji cili merah then tomato dengan bawang putih. Masak di dalam kuali. Masukkan gula, garam secukup rasa. Masak dengan api kecil sehingga likat.
 
 
 Langkah Keempat
 
Air kicap hasil perapan ayam tadi...dimasak di dalam kuali sekejap then angkat.. Akhir sekali, boleh lah potong timun, salad dan tomato. Letakkan daun sup dalam sup ayam tadi. Serve cantik-cantik dan sedia untuk dimakan bersama keluarga tersayang. Selamat mencuba uolls :)
 
 
 Thank You,
Nurul Shazwani Ariffin

Tips, Bajet dan Checklist Persediaan Bertunang 2015

Assalamualaikum and hi :)

I know it's been too long since I wrote something about my current self. so sorry! Now, i want share something with all beloved readers. Teehee Alhamdulillah dengan perkenalan yang tak diduga,nampaknya tak lama lagi kami berdua bakal diikatkan dengan pertunangan. Okey okey kita stop dulu bab perkenalan yang tak diduga tu sebab nanti aku akan buat satu entry khas untuk cerita cinta kami. Actually, masa nak beritahu my mum yang aku nak tunang debar gila. Tapi alhamdulillah mak aku setuju and then siap cakap dekat my mum tolong bagi tahu abah taw! So, kali ni aku nak cerita tentang Tips and Persediaan untuk majlis tunang yang bakal menjelang.
  

1. Tarikh, waktu dan tempat bertunang

Tarikh tunang of course lah kena bincang dari awal dengan kedua-dua belah pihak. Pada mulanya kami pilih tarikh 6/6/2015 sempena tarikh bermulanya perkenalan kami tapi disebabkan Tahun 2015 tarikh tu jatuh pada hari bekerja. So, bincang punya bincang hasil persetujuan kami berdua untuk pilih pada 31/1/2015. LOCKED!!! hahaha Waktunya pagi dalam pukul 11pagi di rumah je. Bukan anak raja eh sampai nak buat dekat hotel, itu pembaziran semata-mata. eceeh

 2. Tempat bertunang (Pelamin/ Katil) (RM350)

Tempat bertunang ialah di ruang tamu rumah. hehe Bersiap sedialah ruang tamu rumah aku untuk diperhiaskan sebelum tahun depan. Aku sewa pelamin untuk letak di ruang tamu tapi pelamin tunang aku ni biasa-biasa je yang penting nampak simple n cantik untuk majlis itu nanti. Puas aku servey untuk pakej untuk mini pelamin. Alhamdulillah jumpa juga yang mengikut bajet yang dikehendaki. Harga pelamin yang bakal aku sewa nanti selepas sesi tawar menawar sebanyak RM350. Kak Ani cakap first time customer dia yang lukis sendiri gambar mini pelamin secantik ni. Kembang iolls dengar taw. Pandai benor amik hati deng, itu terus tempah mini pelamin dekat kedai Kak Ani. Lebih kurang macam gambar dekat bawah ni mini pelamin tunang iolls nanti ;)

Google.com

Google.com
Baru-baru ini saja aku survey mini pelamin untuk tunang dekat bridal lain mengikut design yang aku nak then standard harga semua nya dalam RM500-700. Mak aihh tercekik air liur iolls dengar!


3. Baju bertunang (RM200)

Actually, baju tunang aku 100% design oleh aku sendiri. Aku nak buat dress modern yang simple and yang pasti tutup aurat. Mr A pun dah pesan jangan gatal-gatal nak design baju ketat sangat so sebab tulah aku pilih dress modern je untuk majlis tunang aku nanti. Bawah ni aku tunjuk baju yang aku sketch dekat computer untuk majlis tunang aku nanti ye uolls.Btw, bakal tunang aku datang jugak tapi just pakai baju kemeja biasa je. Takde sewa atau beli baju ikut tema. hehe…


Nak tengok full design tunggu tahun depan ;) 
4. Makeup (RM100)

Makeup ni asalnya aku planning nak makeup sendiri dan simple je. Di sebabkan kawan baik aku kenal dengan juru make up ni so inilah harga terbaik yang dia bagi dekat aku. Kak melur ni memang make up untuk model n artis taw. Terharu iolls sebab make up retis sanggup make up kan untuk aku nanti. Terima kasih Kak Melur! ;)


5. Photographer (RM350)

Pada mulanya nak suruh family je ambilkan gambar. Tapi biasalah sebagai anak bongsu aku nak majlis bertunang tu dalam keadaan perfect. So contact lah sorang kawan aku ni yang memang bergiat seni dalam bidang photography. Then, dia berikan aku suggestion supaya pilih Jihah sebagai photographer untuk majlis aku nanti. Alhamdulillah Jihah bagi harga yang terbaik punya sekali termasuk outdoor session.. Curlass kau jah harga terbaik dari ladang, mana nak dapat harga murah macam ni! Thank you,Amar sebab tolong aku cari photographer ;)

PAKEJ YANG JIHAH BAGI DEKAT IOLLS ;)
 
6. Hantaran (Tema warna, jumlah dulang hantaran, jenis barang hantaran & gubahan sendiri) (RM250)


Ok, aku nak cerita mengenai hantaran pulak. Hantaran ini anda boleh decide nak gubah sendiri atau tempah. Tapi of course lagi jimat buat sendiri. Untuk hiasan hantaran dulang ini aku mintak tolong my mum je yang buatkan. Bajet yang aku bagi RM200 untuk semua hiasan hantaran + hantaran sirih junjung.

Kalau ikut adat orang Melayu, barang hantaran diberi mengikut bilangan ganjil dan barang daripada pihak perempuan biasanya lebih daripada pihak lelaki. Misalnya 5-7, 7-9 dan 9-11. Tetapi untuk majlis pertunangan, biasanya orang akan memilih bilangan 5-7 (lelaki 5 dulang, perempuan 7 dulang). Tapi bagi aku untuk tunang je malas nak membazir sangat so kami berdua decide memilih bilangan 3-5 ( lelaki 3 dulang, perempuan 5 dulang)

Alhamdulillah kakak iolls nak sponsor kain pasang untuk hantran. Thank you so much!  Bunga rampai dan sirih junjung masih dalam bajet hiasan RM200 untuk bunga, bakul, gabus, reben, bekas cincin, sirih, bekas rampai dan lain-lain.

Hantaran perempuan (5 dulang)
  1. Kain pasang + Sampin (sponsor)
  2. Set Wallet & Belt
  3. Jam Tangan
  4. Kemeja
  5. Coklat ( sponsor )

Hantaran lelaki (3 dulang)
  1. Cincin Tunang
  2. Kain Pasang + shawl ( sponsor )
  3. Al-Quran + Buku Agama

7. Jamuan makan majlis tunang (sponsor)

Untuk jamuan makan ni emak dan saudara-mara masak sendiri je. Pinggan mangkuk pun sama guna yang ada banyak kat rumah je. hehe.. Kat rumah memang banyak pinggan mangkuk, periuk besar untuk masak kenduri kendara. Kalau nak buat majlis besar-besaran, tak salah untuk anda sewa khemah, kerusi dan juga perkakas untuk masak dan makan. Ini untuk keselesaan tetamu yang datang.

 8.Goodie Bag ( RM100 )


Aku tempah goodie untuk tetamu yang berisi yassin+tasbih untuk tetamu yang datang. Kita share rezeki yang lebih dengan tetamu yang datang. InsyaAllah berkat asalkan tak melebih2. ;)

9. Jumlah hantaran dan mas kahwin

Jumlah hantaran dan mas kahwin ni kena siap-siap discuss dengan pasangan supaya senang kalau jurucakap berdiscuss pasal jumlah hantaran time hari tunang nanti. Mas kahwin biasanya mengikut kadar negeri pihak perempuan. Seeloknya hantaran mengikut kemampuan pihak lelaki mampu sediakan.

10. Jumlah pihak keluarga lelaki yang akan datang

Tentukan jumlah pihak keluarga lelaki yang akan datang supaya tak terlebih sehingga membazir atau terkurang sehingga malu tetamu tak cukup makan untuk persiapan jamuan makan.

11.Wakil Jurucakap pihak lelaki dan perempuan

Kena tentukan siap2 siapa yang akan jadi wakil sebagai jurucakap pihak lelaki dan juga perempuan. Kebiasaanya orang tua yang dah berpengalaman jadi wakil cakap2 ni. Jurucakap ni pun make sure korang dah pesan siap2 just discuss yang penting je sebab ada certain jurucakap kalau tak pesan habis semua ditanya & dijawab secara memandai. Sebaiknya pesan kalau part diorang tak sure just jawab; “Biarlah nanti pihak pasangan pengantin discuss sesama diorang”.


Thank You,
Nurul Shazwani Ariffin

My E soon....

Assalamualaikum..


To be continue... ;)

YOUR SILENCE


For those whose voices are silenced due to fear that nobody would care to listen, this is for you.

You know that insults and criticisms are painful, right? So, don’t let these thoughts against yourself run in your mind. If you hear some from others, ignore it. Do not let yourself hear those again from yourself. Do not be your own hater. Do not insult yourself just because you heard from others. Do not belittle yourself just because others did. It’s alright to be hated by others, you can’t please everyone, but it’s wrong to hate yourself. You do not know how important you are to someone and how you are special because you are the reason for someone’s smile. You do not know how beautiful you are to someone’s eyes. You are someone’s hope. You are someone’s reason to wake up and live. Remember your parents, your family, your loved ones, your friends. What if one day they all went away from you and disappeared? It’ll be tragic because you love them and you need them. They would feel the same because they love you too.

I want you to remember that failures and flaws mold you to become better and successful. Do not hate these as if they ruin your life because they actually make your life. Imperfection is actually what makes you uniquely beautiful. Accept it and love yourself. Remember if every one of us is perfect, how troublesome this world would be. Just think what if we were all born in technological age, there would be no room for improvement. There would be no inspiring stories. There would no inventions. There would be no life. Do not forget that imperfection is nothing to be ashamed of. We all have them. Learn to accept yours. You are unique. You have unique talents that you possess. There are too many great things about you, if you just give yourself the chance to be free from your fears and let yourself reach your potential.

Remember that it’s alright if your plans didn’t go the way you want. If you lose an opportunity it doesn’t mean you will not have a better one which you deserve. Remember that you have to move forward, whatever happens. Yes, you are feeling so bad today. You feel overweight and you find yourself ugly. You feel that you are a big failure and you find yourself worthless. You can’t fix all your problems overnight, but it doesn’t mean you have to feel bad about these. If you feel uncomfortable with your weight, do something but don’t feel that you are lesser than anybody. If you feel sad because of your failure, do something but don’t treat yourself worthless. Improve yourself with love not hate.

Do not forget that you are not alone. You have family and friends who you can trust, open up to them. Let them listen and do not be afraid to be judged because they are the people who actually care about you the most. It will really help you to share your pain to someone. You might think that they wouldn’t care or that it would bring burden to them but actually it’s only you who aren’t ready. They will listen once you approach them. There’s no wrong in needing someone for help. Allow them to hold your hand and help you stand.

Also, you can have mine.

( In our daily life, we may not know that we are in contact with people whose voices are silenced by fear. They need help but because of the fear that they might get judged, they remain silent. They choose to keep their pain inside them and not let the world know. We may have a friend who we giggle with but actually dying inside. We may have a family who we think are okay but actually crying every night. The truth is there are too many of them around us. They need just an ear to listen to their issues without judging them. They need just a shoulder to cry on and burst their pain. We don’t have idea how the people we encounter every day are actually fighting a serious battle within themselves against themselves. And, this is actually so serious that could lead to self-harm or death. We don’t know the stories behind every smile. If you know that you can help and bring joy to someone, do it. Simple effort will help a lot. )

Silent is Gold

Jangan Dicari Kesilapan Orang Lain

Kita sbg manusia yg diberi akal dan fikiran yang waras kurniaanNya perlu sentiasa memuhasabah diri agar diri sentiasa dimotivasi. Hidup ini hanya sekali. Bila kita mula membuka aib orang, orang lain akan membuka aib kita.

Segala peristiwa yang berlaku terhadap kita adalah ujian dariNya. Jangan sesekali mengeluh dan menidakkan taqdir iLahi. Sabar kita dalam menjaga aib saudara amatlah dituntut malah ALLAH membalasnya dengan ganjaran yang besar.

Bila kita lihat orang lain perangainya buruk dari kita, malah membuka pula aibnya, kemungkinan ada something wrong pada diri sendiri. Jangan pula kita mendesak orang lain menceritakan aib orang. Aib kita pon belum dijaga sepenuhnya, hendak tahu pula aib orang lain.



Dalam sibuk mencari iblis dalam diri orang lain, rupa-rupanya dalam diri sendiri telah sekian lama Iblis bertapak. Dalam sibuk menyalahkan orang lain, tak sedar salah sendiri dah sebesar gunung. Dalam sibuk membuka pekung orang lain, pekung sendiri terlupa nak tutup. Dalam sibuk mencanang keburukan orang lain, keburukan sendiri semakin terserlah.

Daripada kita terus menyibukkan diri sendiri dengan mencari-cari kesalahan dan kelalaian orang lain, bukankah lebih baik kita berpikir positif. Cuba tanyakan dengan jujur pada diri kita sendiri, sudah mampukah kita berbuat lebih baik dari orang yang kita kritik atau kita cari-cari kesalahannya?

Manusia mudah lupa, sangka diri yang terbaik, sebenarnya dia lupa bahawa dia semakin lalai dan jauh dari Allah. Dia terlupa sebenarnya dia telah takbur dan bangga diri, rasa hebat dan megah. Sebenarnya diri sendiri telah dijajah oleh Iblis sejak sekian lama, tapi sibuk mencari Iblis dan syaitan dari diri orang lain.

Memang sifat manusia mudah lupa, lupa memuhasabah diri sendiri, lupa mengubati penyakit diri sendiri. Tetapi tidak pernah lupa mencari aib dan kesalahan orang lain, sentiasa berusaha mencanang keburukan orang lain. Terjegil biji mata berbicara hal buruk orang lain. Tapi terlupa satu hari nanti dia akan terjegil biji mata apabila segala amalan nya dipapar di hadapan mata saat kematian mengunjunginya.....masa itu sudah tidak sempat lagi untuk memohon maaf dan minta diampunkan...

Itulah saat yang telah diceritakan dalam al-Quran sejak dahulu lagi, pada hari kebangkitan, mereka menjadi muflis. Segala amal kebaikannya telah disalurkan kepada orang yang pernah dicaci maki dan diaibkan, malah kebaikannya juga telah mengalir kpd orang yang dikutuk dan dihina sewang-wenangnya dan segala amal kebaikannya berlalu begitu sahaja untuk bersama dengan insan yang pernah dihinanya semasa hidup di dunia...

Tidak ada gunanya penyesalan dan tidak ada gunanya ratap tangis. Yang ada hanyalah hilai tawa dan tepukan sorak kegembiraan Iblis dan kuncu-kuncunya krn meraikan kemenangan mereka berjaya menarik kita yang lalai bersamanya di sana....bukan di syurga, tetapi ditempat yang berlawanan dengannya...


Bak kata Prof Muhaya, “Cuba audit berapa kali kita ingat mati dan akhirat. Teliti aib diri.”
Mari kita bersihkan hati dan berusaha untuk koreksi diri setiap saat..

ADALAH LEBIH BAIK JIKA KITA LIHAT KELEMAHAN DIRI SENDIRI DARI SIBUK MENCARI KESALAHAN ORANG LAIN. HAYAT YANG ADA KINI SEMAKIN HARI SEMAKIN PENDEK, INGATLAH GUNAKAN NIKMAT HAYAT YANG ALLAH TELAH BERIKAN SEBAIK MUNGKIN. SEMOGA KITA SEMUA TERHINDAR DARI SIFAT TERCELA..MARI PERBAIKI DIRI BERSAMA.

Selamat beramal dan fikir-fikirkan... 


Love,
Nurul Shazwani Ariffin

Dear future zauj



Assalamualaikum all the lovers of Allah SWT,


Bismillahirrahmaanirrahim. I wanted to post this entry last night, but the feeling of wanting to change my body schedule hinders me (to sleep early and wake up early). Before I post this entry, I got a text message. From a male friend that used to have feelings for me. Cuba sedayanya mencari perhatian aku yang tiada apa apa ni. This is part of the conversation:

Him: hmm
Me: awat? 
Him: hmm 
Me: baiklah. :) 
Him:
Me: hah? 
Him: :S :( :'( 
Me: bye
Him: kte tgh sedih ni....... Hmmm xpelaa. Bai 
Me: orang tanya kenapa taknak jawab.
Him: awk buat sy lg sedih. Bai.
Me: maaf. Baiklah. Bye.

If it was you, what do you reply? Aku ni bukanlah sombong. Tapi aku bukanlah jenis melayan juga. Aku tak suka dapat text text pelik. Dan aku tak suka nak bermanja manja dengan lelaki yang bukan halal bagi aku. Nak cakap, say it as a man. Dan menjadikan aku tempat luahan segala perit jerih kehidupan, cukup sekadarnya jika dia seorang lelaki ajnabi. Aku tahu lelaki juga punya perasaan. Tetapi bukankah lebih ramai lelaki yang lain untuk dijadikan sahabat? Atau lebih baik, ustaz ustaz? Mengadu nasib terhadap wanita ajnabi membuka banyak pintu kemaksiatan. Membuka peluang syaitan laknatullah bermain main dengan nafsu. Sebab itu wanita dan lelaki mudah tertarik kepada yang mampu 'menggembirakan' ketika duka itu. Itulah muslihat syaitan laknatullah. A'uzubillaahiminasy syaitonirrajim (lindungilah aku dari syaitan yang direjam).


Aku mahu berubah. Berubah dengan sebenar benarnya berubah. Aku teguh dengan prinsip aku. Aku tidak akan kalah dengan pujuk rayu lelaki ajnabi, jika lelaki itu soleh pun, akan pasti ada yang ketiga, syaitan laknatullah. Itulah janji aku terhadap diri sendiri. Benar, dulu aku bukanlah seperti ini. I was super friendly to everybody. Everybody likes me. Most of them, like me more than a friend. Usual to me, unusual to others. I don't flirt, I'm just being me. Tetapi jika menjadi diri sendiri itu mampu mendekatkan zina, aku lebih rela dipaksa berlakon menjadi seorang wanita yang tegas, kerana Allah SWT. So here it is, a very special dedication, a very special from the heart, kepada bakal zaujku, walau siapapun kamu, dimana pun kamu berada, inilah titipan janjiku padamu, kerana Allah SWT.

Dear future zauj, at this current, I have come to a state where you can tell it to my face "it's too late to change!" Indeed, my heart is no longer pure. Men have knocked into my heart for the past few years and yes, treat as the prince of my little world. Astaghfirullahalazim. I know, I can no longer pray to have a future zauj that had never allow any lady to knocks into his heart except me. To not flirt with every lady that comes on his way. To not treat them as though they are the princess of his heart. To not look at ladies with the look of nafs. To always keep his distance with ladies although just friends, for the sake of Allah SWT. But can I still pray for it? Is there any possibilities that my future zauj, is loyal? Setia menjaga cinta dan hati untuk Allah SWT. Sesuaikah dengan aku yang bukanlah terbaik baginya? Astaghfirullahalazim. Adakah kamu akan bersedih, jika kamu menjaga cinta dan hatimu, menjaga akhlakmu, tetapi hatiku tidak lagi suci untukmu, wahai bakal suamiku? Aku tidak setia menjaga hatiku, menjaga cinta kita walau aku tidak tahu siapa cinta akhir hayatku. Maafkan aku. Astaghfirullahalazim.


Aku sering dilanda tanda tanya, akan gembirakah kamu apabila mengetahui aku pernah mencintai lelaki lain selain kamu? Astaghfirullahalazim. Adakah kamu akan gembira mengetahui aku pernah menitiskan air mata atas kekecewaan cinta itu? Astaghfirullahalazim. Adakah kamu akan gembira mengetahui aku pernah bercakap dalam telefon lama lama dengan cinta itu? Astaghfirullahalazim. Adakah kamu akan gembira mengetahui mataku tidak lagi suci dari zina penglihatan? Lidahku tidak lagi suci dari zina percakapan? Telingaku tidak lagi suci dari zina pendengaran? Mindaku tidak lagi suci dari zina pemikiran? Hatiku tidak lagi suci dari zina hati? Cinta yang berlandaskan nafsu. Astaghfirullahalazim.

Dear future zauj, I am trying my best to become someone better. Yes, I was terrible before. I change for Allah SWT. But will I ever get the chance for your forgiveness, after all the troubles I put myself into? Aku tidak tahu, siapakah lelaki yang bakal menyinari kehidupan aku sehingga matiku, tetapi aku kagum dengan beliau. Kerana cintanya untuk aku, dia mampu memaafkan segala kesilapan aku. Menerima kelemahanku, menerima masa laluku, kerana Allah SWT. Ya, aku kagum tanpa masih belum mengenali siapa jodohku. Dear future zauj, I promised myself I will never caught myself into triangle of love in accordance to nafs. In hope that Allah SWT will bestow me His best strength. InsyaAllah.

Dear future zauj, akan aku sinarkan hatiku dengan ilmu. Akan aku sinarkan kehidupanku dengan kasih sayang terhadap yang hak. Terhadap Allah SWT. Terhadap Rasulullah SAW. Terhadap keluarga dan kawan baik. Terhadap jiran tetangga. Terhadap yang fakir dan anak anak yatim. Itulah kasih sayang yang masih belum aku penuhi dan akan aku cuba sedayanya menjadi seorang yang pengasih, lillaahita'aala. Akan aku perbaiki akhlakku dengan tidak lupa mengamalkan sunnah baginda SAW. I even forced myself to wake up early today for Allah SWT. "Kerana tidur selepas subuh itu menutup pintu rezeki dan mendekatkan malas." Dan malas itu Allah SWT tak suka. Akan aku sedayanya mengelakkan diriku dari apa yang kekasihku yang Satu itu tidak suka. Dan akan aku dekatkan diriku dengan segala yang Dia suka. InsyaAllah.

Dear future zauj, akan aku perbataskan pergaulanku terutama dengan lelaki ajnabi. Tidak akan aku melayan kerenah mereka yang sering ingin dimanjakan. Atau yang sering suka bergurau. Akan aku perbataskan suaraku dalam bertutur dengan mereka. Kerana seringkali mereka tertarik dengan suaraku ketika aku berbicara bersama mereka. Astaghfirullahalazim. Tidak akan aku jadikan mereka tertarik dengan personaliti aku, bagi menjaga hati mereka untuk jodoh mereka. Bagi menjaga hati mereka untukMu, Allahurabb. Akan aku jaga kecantikanku supaya tidak terkelihatan bagi yang tidak hak, melainkan yang zahir. Akan aku sempurnakan penutupan auratku, kerana Allah SWT. Akan aku bicara yang penting sahaja, supaya pertuturanku terbatas, supaya kata kataku adalah zikir, supaya diamku juga adalah zikir. "Zikir itu adalah apabila kamu mengingati Allah SWT, merasaiNya dan melakukan sesuatu itu keranaNya. Membesarkan Dia dalam setiap perilaku."


Dear future zauj, currently I have twitter and facebook. Tika akad nanti, akan aku deactivate kedua dua itu, kerana kedua dua itu mampu mendekatkan aku dengan zina. Mendekatkan aku dengan dosa. Aku tidak mahu kamu cemburu. Aku tidak mahu membuang masa atas sesuatu yang kurang faedahnya. Benar, twitter dan facebook boleh menjadi medan dakwah. Tetapi adakah aku sudah cukup berdakwah dalam menyemai cinta padaNya dalam diriku? Dalam keluargaku? Dalam sahabat sahabatku? Dalam jiran tetanggaku? Dalam bakal anak anak kita? Ada yang perlu diberi keutamaan. Dan aku memilih memberi keutamaan kepada yang terdekat bagiku. Akan aku tingkatkan prestasi kerjayaku, supaya aku punya peluang menebus segala kesilapan lampau, untuk Allah SWT dan mak abah. Awak, saya nak kumpul duit hantar mak abah pergi haji dan umrah. Benarkan saya? InsyaAllah.

Dear future zauj, akan aku persiapkan diri sebaiknya sebelum kita ditemukanNya. Akan aku sedayanya mengejar solehah. Akan aku menjadi ibu terbaik bagi anak anak kita. Akan aku hadiahkan mereka dengan segenap ilmu yang masih segar dimindaku. Akan kita lalui semua kepayahan bersama dengan senyuman ikhlasku untukmu. Tidak akan aku pertikaikan pemberianmu, akan pasti aku sedayanya mencari redhamu sebelum lenaku. Tetapi benarkan aku berharap, supaya anak anak kita terjaga dengan baik, untuk menjadi sebenar benarnya umat Nabi Muhammad SAW. Bijak dan beragama. Jika tiada jodohku didunia, pasti akan kita ketemu dihari pembalasan. Ketika kita berpimpin tangan, memasuki istana kita. Meminum air sungai yang tidak akan berubah warna dan rasa itu, bersama. Memetik buah yang manisnya jauh dari manis buah dunia itu, bersama. Akan aku kejar kenikmatan itu. Bukanlah aku berubah mencari cintaNya untuk menggapai cintamu, tetapi aku tahu, hanya kerana Dialah, cinta hadir dalam hati. InsyaAllah, akan aku perbetulkan niat. Refresh hati. Refresh iman.


Dear future zauj, last but not least, I have always dream of giving back to the society. Tidak kira dari segi harta mahupun kudrat. Aku ingin membawa ramai lagi yang pernah menjadi sepertiku tatkala muda mereka, mencari sinar harapan, dekat dengan Ilahi. Aku ingin memotivasikan mereka, kerana Allah SWT. Pengalaman pengalaman hidupku mengajar aku erti dewasa. Erti melakukan sesuatu itu kerana Allah SWT. Jika aku mulai sibuk waktu itu, maafkan aku. Tiada daya dan kuasaku melainkan atas rahmatNya. Jangan risau, cintaku masih tetap setia untukmu, lillaahita'aala. Akan aku luangkan masaku sebaiknya untukmu, wahai cintaku. Tidak akan aku menzalimi hatiku lagi. Subhanaka innii kuntuminazzolimin (Maha suci Engkau, sesungguhnya aku tergolong dalam orang orang yang zalim). Akan aku janji setia untukmu mulai dari sekarang. InsyaAllah. 


Jika kamu adalah yang aku harapkan waktu ini, berdoalah supaya cinta kita membawa ke syurga. Jika orang yang aku harapkan itu, bukan jodohku. Akan aku sampaikan doa buatmu. Supaya hatimu kekal terjaga, untuk keluarga dan bakal zaujahmu. Janganlah kamu bersedih. Bertaubatlah kita atas kesilapan kita merosakkan hati. Ubatilah hati kita, kerana Allah SWT itu maha pengasih, maha penyayang, maha pengampun. Ar-Rahman ar-Rahim al-Ghafur. Aku mencari bapa terbaik untuk dihadiahkan kepada anak anakku kelak. InsyaAllah.

Dear future zauj, aku rindukan kamu. Aku merindui orang yang aku belum tahu siapa. Kerana tidak sabarku untuk melengkapkan imanku keranaNya. Tetapi aku masih belum bersedia. Tika waktu itu hadir, akan aku jadi yang terbaik buatmu. Akan aku gapai syurgaNya melalui akad kita. InsyaAllah atas rahmatNya. Lengkapkan dirimu. Persiapkan dirimu wahai cintaku. Aku tidak mahu mengubahmu "kerana peluang mengubah sikap lelaki oleh seorang wanita itu sangat tipis kerana egonya. Bertambah tinggi egonya ketika dia sudah bernikah atas tanggungjawab sebagai ketua keluarga". Segala kesilapanmu akan cuba aku terima sebaiknya. Dan segala keistimewaanmu akan aku hargai sebaiknya. InsyaAllah. Kerana Allah SWT, aku mencintai dirimu. Simpanlah cinta kita sebaiknya. Akan pasti suatu saat kita akan bertemu, tidak disini, diSana. Jaga dirimu. O Rabb, atas cintaku terhadapMu, sampaikan salam rinduku padanya. Getarkan hatinya dengan getaran rasa hatiku. Semoga bakal zaujku adalah yang akan membawa aku kesyurgaMu, supaya rinduku terhadapMu terubat untuk melihat wajahMu. Tuhanku. Allah SWT.


Akan aku pastikan masjid kita dibina atas taqwa kita kepadaNya. InsyaAllah. Allah SWT's will.

Love,
Nurul Shazwani Ariffin

Make a wish

Assalamualaikum...

Make a wish


Imagine that you have a special license, like a fairy godmother but even better, to make a wish and it will be fulfilled, wouldn’t that be amazing? Well what would you do if someone told you that you can have that? Seriously, what is keeping you? Make a wish; make as many wishes as you want… being a Muslim gives you that license. Raise your hand and ask Allah for everything you desire. Isn’t he capable of everything? He can order something to be, and it will be… why would you ask mere people to fulfill your wishes when you have your god and he told you to ask and he will give you.

But asking for something means you have to work for it… like if you want a promotion in a job don’t ask Allah to give you a promotion when you don’t work. Or if you want to be rich for example, how about sitting on your couch and the money will come running to you huh? Put a little effort

So how about right now just raising your hand and making a wish, or asking him for forgiveness for a sin? Want to know why you’re far away? Because you don’t know who Allah is… get to know him, get to know him and I swear to you that you will never be happier… I am a person who tried both kinds of lives far away and very close… I tried it, I am still amazed by how much I have changed, manners, the way I dress, happiness, everything. I changed 360°, I know it, and everybody around me knows it. Take the time and get to know your creator, and start tasting the happiness as you get to know him
f