This is Me

My Photo
# Assalamualaikum,I believe that we are who we choose to be. Nobody's going to come and save you,you've got to save yourself. Nobody's going to give you anything; you've got to go out and fight for it. Nobody knows what you want except for you. And nobody will be as sorry as you if you don't get it. So, don't give up on your dreams. Life always offers you a second chance. Its called tomorrow #

Silent is Gold

Jangan Dicari Kesilapan Orang Lain

Kita sbg manusia yg diberi akal dan fikiran yang waras kurniaanNya perlu sentiasa memuhasabah diri agar diri sentiasa dimotivasi. Hidup ini hanya sekali. Bila kita mula membuka aib orang, orang lain akan membuka aib kita.

Segala peristiwa yang berlaku terhadap kita adalah ujian dariNya. Jangan sesekali mengeluh dan menidakkan taqdir iLahi. Sabar kita dalam menjaga aib saudara amatlah dituntut malah ALLAH membalasnya dengan ganjaran yang besar.

Bila kita lihat orang lain perangainya buruk dari kita, malah membuka pula aibnya, kemungkinan ada something wrong pada diri sendiri. Jangan pula kita mendesak orang lain menceritakan aib orang. Aib kita pon belum dijaga sepenuhnya, hendak tahu pula aib orang lain.



Dalam sibuk mencari iblis dalam diri orang lain, rupa-rupanya dalam diri sendiri telah sekian lama Iblis bertapak. Dalam sibuk menyalahkan orang lain, tak sedar salah sendiri dah sebesar gunung. Dalam sibuk membuka pekung orang lain, pekung sendiri terlupa nak tutup. Dalam sibuk mencanang keburukan orang lain, keburukan sendiri semakin terserlah.

Daripada kita terus menyibukkan diri sendiri dengan mencari-cari kesalahan dan kelalaian orang lain, bukankah lebih baik kita berpikir positif. Cuba tanyakan dengan jujur pada diri kita sendiri, sudah mampukah kita berbuat lebih baik dari orang yang kita kritik atau kita cari-cari kesalahannya?

Manusia mudah lupa, sangka diri yang terbaik, sebenarnya dia lupa bahawa dia semakin lalai dan jauh dari Allah. Dia terlupa sebenarnya dia telah takbur dan bangga diri, rasa hebat dan megah. Sebenarnya diri sendiri telah dijajah oleh Iblis sejak sekian lama, tapi sibuk mencari Iblis dan syaitan dari diri orang lain.

Memang sifat manusia mudah lupa, lupa memuhasabah diri sendiri, lupa mengubati penyakit diri sendiri. Tetapi tidak pernah lupa mencari aib dan kesalahan orang lain, sentiasa berusaha mencanang keburukan orang lain. Terjegil biji mata berbicara hal buruk orang lain. Tapi terlupa satu hari nanti dia akan terjegil biji mata apabila segala amalan nya dipapar di hadapan mata saat kematian mengunjunginya.....masa itu sudah tidak sempat lagi untuk memohon maaf dan minta diampunkan...

Itulah saat yang telah diceritakan dalam al-Quran sejak dahulu lagi, pada hari kebangkitan, mereka menjadi muflis. Segala amal kebaikannya telah disalurkan kepada orang yang pernah dicaci maki dan diaibkan, malah kebaikannya juga telah mengalir kpd orang yang dikutuk dan dihina sewang-wenangnya dan segala amal kebaikannya berlalu begitu sahaja untuk bersama dengan insan yang pernah dihinanya semasa hidup di dunia...

Tidak ada gunanya penyesalan dan tidak ada gunanya ratap tangis. Yang ada hanyalah hilai tawa dan tepukan sorak kegembiraan Iblis dan kuncu-kuncunya krn meraikan kemenangan mereka berjaya menarik kita yang lalai bersamanya di sana....bukan di syurga, tetapi ditempat yang berlawanan dengannya...


Bak kata Prof Muhaya, “Cuba audit berapa kali kita ingat mati dan akhirat. Teliti aib diri.”
Mari kita bersihkan hati dan berusaha untuk koreksi diri setiap saat..

ADALAH LEBIH BAIK JIKA KITA LIHAT KELEMAHAN DIRI SENDIRI DARI SIBUK MENCARI KESALAHAN ORANG LAIN. HAYAT YANG ADA KINI SEMAKIN HARI SEMAKIN PENDEK, INGATLAH GUNAKAN NIKMAT HAYAT YANG ALLAH TELAH BERIKAN SEBAIK MUNGKIN. SEMOGA KITA SEMUA TERHINDAR DARI SIFAT TERCELA..MARI PERBAIKI DIRI BERSAMA.

Selamat beramal dan fikir-fikirkan... 


Love,
Nurul Shazwani Ariffin
f