This is Me

My Photo
# Assalamualaikum,I believe that we are who we choose to be. Nobody's going to come and save you,you've got to save yourself. Nobody's going to give you anything; you've got to go out and fight for it. Nobody knows what you want except for you. And nobody will be as sorry as you if you don't get it. So, don't give up on your dreams. Life always offers you a second chance. Its called tomorrow #

BARANG DIY HANTARAN TUNANG YANG MURAH DAN CANTIK

Assalamualaikum and hai :)


Nampak tak tajuk entry blog aku hari ini, so mesti korang boleh agak kan apa benda yang aku nak bebelkan di blog hari ini. Hello, malaysian bride to be! Macam mana persiapan korang menanti hari bahagia? Actually, persiapan aku 70% dah settle untuk majlis pertunangan nanti. Alhamdulillah, segala persiapan seperti yang dirancang berjalan dengan lancar dan aku harap pabila majlis menjelang semuanya dipermudahkan Amin ;) 


Ada yang tanya aku, tak nak kongsi ke persiapan majlis pertunangan yang bakal berlangsung nanti. hee Jawapan mudah, Insyaallah aku akan kongsikan kepada bride to be yang lain cara yang jimat untuk persiapan majlis pertunangan yang superb murah, jimat dan pastinya cantik. Moga bermanfaat kepada readers yang lain ye. Sebenarnya hantaran ni cuma adat kita sebagai orang melayu, kalau tidak mahu membazir cukup lah sekadar cincin dan Al- Quran untuk majlis pertunangan.


Tapi aku ni agak demand yang berpada-pada, so nak jugaklah ada majlis pertunangan yang sempurna untuk dikenang-kenangkan kepada anak dan cucu aku nanti. kikiki  Walaupun tidak semeriah pertunangan Elly Mazlein, cukup lah sekadar sedap mata dan akal aku mengingati detik2 majlis pertunangan aku nanti. heheh Tema majlis pertunangan aku nanti lebih banyak kepada warna-warna pastel dan majlis nya hanya bersederhana sahaja. Tak perlulah naik kereta kuda ala-ala cinderella, aku bukannya anak raja cuma rakyat marhaen sahaja. huhuhu


Bila sebut majlis pertunangan confirm lah secara automatik nya kita akan fikir hantaran apa yang mahu berikan kepada pihak lelaki ataupun kepada pihak perempuan. So tak payah pening-pening beli je apa yang kita dan pasangan mampu. hehhe Kita berhenti bercerita tentang barang-barang hantaran dulu, tapi aku mahu kongsikan CARA DIY HANTARAN TUNANG YANG MURAH DAN CANTIK! Sebelum nak buat hantaran kita tetapkan dulu design yang kita mahukan untuk gubahan hantaran samaada nak gunakan bakul, bantal polisterin ke atau apa-apa yang menarik perhatian korang untuk dijadikan dulang hantaran.

Dah ada design yang kita mahukan, boleh lah start beli barang untuk membuat gubahan. Aku nak share kan satu kedai yang superb murah untuk membuat barang-barang hantaran. Kedai ini terletak di pasar chowkit, namanya kedai tu KEDAI BUNGA VIVIAN!





Apa yang best dekat kedai ni? Jawapan nya pekerja yang peramah dan suka melayan kerenah customer yang ala-ala cerewet macam aku ni.wakaka Dekat KEDAI BUNGA VIVIAN ini semua ada dan yang paling penting barang dekat sini dah lah murah then boleh mintak kurang lagi. Bukan ke satu tips membeli yang jimat! heheh So jangan buang masa korang pergi ke kedai lain, datang je sini kalau nak beli barang-barang berkaitan untuk gubahan hantaran. Then kalau rasa tangan keras dan kaku macam kayu boleh lah tempah hantaran korang je dekat sini, dorang akan gubah mengikut bajet yang kita mahukan. Confirm korang akan berpuas hati dengan hasil kerja tangan kreatif dorang tu. Aku harap entry kali ni dapat mengurangkan beban korang untuk membeli barang-barang hantaran kahwin :) Selamat membaca korangs!


Taraa inilah Gubahan Hantaran handmade by Wanni Ariffin ;)

Thank You,
Nurul Shazwani Ariffin

Resepi : Nasi Ayam Versi Mak Yang Mudah Dan Ringkas

Assalamualaikum and hi :)
 
 
Dah lama tak kongsi resepi kat blog. Sebenarnya banyak nak share resepi dengan uolls tapi disebabkan busy dengan class dan study, jadinya tertunggak lah impian ku ini.. huhuhu So,hari ni aku ada banyak masa terluang sebelum cuti beberapa minggu aku ni habis, aku nak share resepi nasi ayam versi mak yang paling mudah dan lazat.

Kepada para gadis diluar sana, kalau korang jenis yang jarang2 ke dapur or ketandusan idea untuk memasak boleh lah try buat nasi ayam ni. Bahan-bahannya mudah je yang memang akan ada didapur.. Insyaallah moga bermanfaat kepada semua resepi yang mahu aku share ini.
 
 
 
 
 Langkah Pertama 

Sediakan seekor ayam yang siap dipotong dan perapkan dengan halia, bawang putih dan bawang merah selama setengah jam.Didihkan air di dalam periuk dan masukkan ayam tadi dan perlahan api tunggu sehingga ayam setengah masak. Selepas itu angkat ayam tadi dalam besen, perapkan dengan sos tiram, kicap masin, kicap manis dan madu . Goreng sampai ayam ranggup.
 
Langkah Kedua
 
Basuh beras then letakkan dalam "rice cooker" tanpa air. Didalam kuali masukkan mentega, tumis bawang putih,bawang merah dan halia yang telah yang dikisar. Setelah naik bau masukkan air yang telah disukat daripada air rebusan ayam tadi mengikut berapa banyak beras yang kita nak masak then letak garam,dan sedikit gula mengikut rasa. Biarkan mendidih dan tutup api. Tuang kedalam beras then masukkan 2 helai daun pandan n 1 batang serai then sedikit kunyit untuk jadikan nasi warna kuning
 
Langkah Ketiga

Blend 3 biji cili padi then 4 biji cili merah then tomato dengan bawang putih. Masak di dalam kuali. Masukkan gula, garam secukup rasa. Masak dengan api kecil sehingga likat.
 
 
 Langkah Keempat
 
Air kicap hasil perapan ayam tadi...dimasak di dalam kuali sekejap then angkat.. Akhir sekali, boleh lah potong timun, salad dan tomato. Letakkan daun sup dalam sup ayam tadi. Serve cantik-cantik dan sedia untuk dimakan bersama keluarga tersayang. Selamat mencuba uolls :)
 
 
 Thank You,
Nurul Shazwani Ariffin
f