This is Me

My Photo
# Assalamualaikum,I believe that we are who we choose to be. Nobody's going to come and save you,you've got to save yourself. Nobody's going to give you anything; you've got to go out and fight for it. Nobody knows what you want except for you. And nobody will be as sorry as you if you don't get it. So, don't give up on your dreams. Life always offers you a second chance. Its called tomorrow #

Resepi : Nasi Ayam Versi Mak Yang Mudah Dan Ringkas

Assalamualaikum and hi :)
 
 
Dah lama tak kongsi resepi kat blog. Sebenarnya banyak nak share resepi dengan uolls tapi disebabkan busy dengan class dan study, jadinya tertunggak lah impian ku ini.. huhuhu So,hari ni aku ada banyak masa terluang sebelum cuti beberapa minggu aku ni habis, aku nak share resepi nasi ayam versi mak yang paling mudah dan lazat.

Kepada para gadis diluar sana, kalau korang jenis yang jarang2 ke dapur or ketandusan idea untuk memasak boleh lah try buat nasi ayam ni. Bahan-bahannya mudah je yang memang akan ada didapur.. Insyaallah moga bermanfaat kepada semua resepi yang mahu aku share ini.
 
 
 
 
 Langkah Pertama 

Sediakan seekor ayam yang siap dipotong dan perapkan dengan halia, bawang putih dan bawang merah selama setengah jam.Didihkan air di dalam periuk dan masukkan ayam tadi dan perlahan api tunggu sehingga ayam setengah masak. Selepas itu angkat ayam tadi dalam besen, perapkan dengan sos tiram, kicap masin, kicap manis dan madu . Goreng sampai ayam ranggup.
 
Langkah Kedua
 
Basuh beras then letakkan dalam "rice cooker" tanpa air. Didalam kuali masukkan mentega, tumis bawang putih,bawang merah dan halia yang telah yang dikisar. Setelah naik bau masukkan air yang telah disukat daripada air rebusan ayam tadi mengikut berapa banyak beras yang kita nak masak then letak garam,dan sedikit gula mengikut rasa. Biarkan mendidih dan tutup api. Tuang kedalam beras then masukkan 2 helai daun pandan n 1 batang serai then sedikit kunyit untuk jadikan nasi warna kuning
 
Langkah Ketiga

Blend 3 biji cili padi then 4 biji cili merah then tomato dengan bawang putih. Masak di dalam kuali. Masukkan gula, garam secukup rasa. Masak dengan api kecil sehingga likat.
 
 
 Langkah Keempat
 
Air kicap hasil perapan ayam tadi...dimasak di dalam kuali sekejap then angkat.. Akhir sekali, boleh lah potong timun, salad dan tomato. Letakkan daun sup dalam sup ayam tadi. Serve cantik-cantik dan sedia untuk dimakan bersama keluarga tersayang. Selamat mencuba uolls :)
 
 
 Thank You,
Nurul Shazwani Ariffin

3 comments :

  1. Replies
    1. hheheh buat laaah nasi ayam ni cnfrm mnjilat jari ;)

      Delete
  2. Thank you untuk resipi. Ada masa boleh buat nanti :)

    ReplyDelete

f