This is Me

My Photo
# Assalamualaikum,I believe that we are who we choose to be. Nobody's going to come and save you,you've got to save yourself. Nobody's going to give you anything; you've got to go out and fight for it. Nobody knows what you want except for you. And nobody will be as sorry as you if you don't get it. So, don't give up on your dreams. Life always offers you a second chance. Its called tomorrow #

ENGAGEMENT REVIEW : TIPS DIY HANTARAN TUNANG 2015

Assalamualaikum & Have a good day to everyone ;)

Entry kali ini aku nak kongsikan dan "throwback" sikit tentang Hantaran Tunang pulak sebabnya entry yang lepas aku dah review tentang Hand Bouquet Tunang yang cantik dan kosnya untuk buatnya pun murah :) Untuk makluman korang, hantaran tunang memang aku DIY je sebab nak cut cost yang tak perlu dan nak berjimat cermat. As for me, selagi aku boleh buat benda tu aku akan buat sendiri then unfortunately aku sangat berpuas hati dengan hasil tangan aku sendiri untuk hantaran tunang aku baru-baru ini. 




Act, mula-mula memang tak ada idea langsung macam mana nak deco hantaran tunang ni sebab aku tiba-tiba plak jadi blank. hahaha Kalau buatkan dan bagi idea untuk orang lain punya majlis punya lah mencurah-curah idea bernas aku keluar tapi bila tiba giliran aku punya sendiri terus hilang segala idea. Tapi disebabkan tak putus asa aku pun try lah renung barang-barang hantaran yang beli tu sampai lah dapat idea yang bombastik gitu. kikiki 

Masalah besar untuk orang yang jenis macam aku ni sekali dah ada idea terus laju je idea lain masuk so semua hantaran aku memang berlainan lah deco nya tak "stick to the one" bak kata omputih itu pasal hantaran aku ada bakul, ada kaca, ada kotak then ada bakul bertangkai jugak. kikiki Tiap hari memang akan ada je perubahan dari segi idea untuk deco hantaran ni. Kesemua barang untuk buat hantaran ni memang aku dah prepare dua bulan sebelum majlis lagi supaya tak rushing sangat bila nak dekat dengan majlis, cumanya barang-barang untuk letak hantaran tu jela aku hold dulu takutnya idea bernas aku ni akan keluar disaat-saat akhir apabila nak dekat majlis nanti. kikiki 

Jom kita review tentang hantaran tunang plak ye. Plan asal aku dengan my fiance cuma nak bagi hantaran 3 berbalas 5 sebabnya cut cost then nak bagi benda-benda yang penting je untuk dijadikan sebagai hantaran, tapi my future MIL cakap sikit sangat 3 hantaran tu so tak nak pening fikir jumlah hantaran kita aku terus decide 5 berbalas 7. 

Hantaran dari SHAZWANI ARIFFIN kepada AFIQ SA'DON :)
  • BAJU KEMEJA
  • KAIN PASANG
  • JAM TANGAN
  • SET WALLET & BELT
  • BUAH - BUAHAN
  • CUP CAKES
  • COKLAT ( FERRERO ROCHER, KIISSES CHOC, HERSHEY & REESE'S )

 
Okey, jom cuci mata tengok hantaran pertunangan iolls. Suka sangat dengan kombinasi warna yang aku combine kan antara warna Pastel Peach + Tiffany Green. So, terhasil lah nama manja untuk hantaran iolls iaitu my baby peachtiffgreen. Jom layan gambar-gambar hantaran iolls


MY ENGAGEMENT PEACHTIFFGREEN GIFTRAYS


Baju kemeja untuk my fiance pergi kerja ye bukan untuk dijadikan hiasan semata-mata
or letak dalam stor. Kalau my fiance buat macam tu confirm iolls akan mintak balik baju tu then jual
balik dekat instagram.. kikiki Untuk baju kemeja ni aku just letak atas bantal yang dah iolls decokan tu then isi bunga sejambak dan ikat dengan reben untuk naik kan seri lagi hantaran baju kemeja ni.


Kain pasang ni pulak iolls yang beli untuk dihadiah kan kepada my fiance. Kenapa warna hijau? Sebabnya warna favourite my fiance adalah warna hijau so kita ikutkan jela warna fave my fiancee tu. Hantaran kain pasang ni iolls decokan nya jadi bunga yang berkuntum 5. Lima kuntum bunga yang bermakna I LOVE YOU, HUBSTER! Lepas tu, iolls tambahkan accessories brooch yang dah berkurun abad usianya serta gelang tangan yang berusia 7 tahun. kikiki Recycle jela barang-barang yang ada janji nampak cantik sudah lah kan.


Haa yang ni antara hantaran yang paling special sebabnya iolls turut menyumbangkan idea dalam
memilih jam tangan untuk my lovely fiance. Of course lah kena campur tangan kang tak pasal-pasal
my fiance pilih jam G-SHOCK. huh Mahunya dengan-dengan aku boleh jadi "shock" sama kalau betul-betul my fiance pilih jam macam tu. Untuk hantaran jam tangan ni pulak aku just deco kannya dalam bakul yang bertangkai then campurkannya dengan daun sirih + kapur + pinang + gambir plastik! hihihi Ada orang tanya kenapa gabungkan jam tangan dengan sirih, alasan kukuh yang aku bagi adalah sirih ni just adat je kot. Hmm aku dah isi ni pun dah mujur kot so jangan banyak complain ye korang-korangs.


Buah-buahan ni pulak aku just decokan nya dengan bakul besar yang berwarna putih + sejambak bunga + reben. Kenapa bakul yang aku pilih tu berwarna putih adalah untuk menampakkan buah-buahan aku tu nanti akan nampak macam real + sedap + cantik apabila dalam gambar. Antara buah-buahan yang aku guna sebagai hantaran ialah buah anggur hitam, anggur hijau, red fuji apple, gala apple, granny smith apple, bartlett pear, strawberry, valencia orange and plum.




Leather wallet & belt set ini pulak 100% pilihan my fiance sendiri. My fiance beli dekat
dekat sogo masa tengah ada sales. If korang tak tahu dekat mana nak cari set macam ni rajin-rajin lah servey dekat Sogo ye confirm terbeliak mata korang time shopping. kikiki  Tempat lain yang aku boleh suggest kan untuk korang pergi adalah Parkson, Pavilion if duit banyak sangat, Midvalley, Times Square, Klcc, One Utama, Ioi mall, Sunway Pyramid dan lain-lain lagi. Untuk hantaran ni aku just decokan dengan box yang sedia ada je cumanya aku tambah-tambahkan sikit dengan sejambak bunga then reben bagi nampak comel-comel gitu. hihihi Jangan gatal-gatal tangan nak tambah bakul lah ye bride to be sekalian, act pembaziran je semua tu baik guna je box yang diberikan then touch up lah sikit-sikit supaya box wallet & belt tu nampak currlasss gitu. :)



Hantaran coklat ni pulak aku deco atas bantal comel-comel tu. Then aku beli bowl kaca macam dalam gambar tu khas untuk isi coklat yang superb yummy. hehehe. Bowl tu pulak aku just hiaskan permukaan bowl tu dengan pearl dan ribbon pearl yang korang boleh beli dekat kedai yang jual barang-barang untuk buat hantaran. Keliling bowl tu plak aku hiaskan dengan bunga-bunga pastel yang cun melecun tu. hihi Kalau dekat kuantan aku suggest kan beli dekat cowboy or small garden. Pemilihan coklat jugak memang sangat lah penting ye uolls, so untuk coklat hantaran aku ni memang aku nak pembalut coklat tu berwarna GOLD! Barulah hantaran coklat kita akan nampak esklusif!



PU3CAKES



CONTACT : +6014-2100988

Last sekali, aku just bagi CUPCAKES untuk dijadikan sebagai hantaran. Cupcakes ni 100% aku serahkan dekat Kak Puteri untuk decokan cupcakes hantaran aku ni. Kalau korang nak tahu perbincangan semuanya melalui whatsapp je jadi tak perlulah risau kalau tak bersua muka pun taw kuantanese. Alhamdulillah kepercayaan yang aku berikan sangat lah berbaloi sebab cantik sangat Kak Puteri decokan cupcakes hantaran untuk iolls. hihi So, untuk orang kuantan if pening-pening nak cari kedai yang boleh buat cupcakes untuk hantaran korang boleh lah contact Kak Puteri. Sedap tak terkata cupcakes yang dia buat. Dah cuba sekali pasti nak lagi then harga pun sangat murah tak terkata! :)


Kesimpulannya, DIY hantaran tunang memang lebih memberi kepuasan dan menjimatkan. Pada korang yang tengah cari idea nak hias hantaran ke, tak tahu nak bagi barang hantaran apa ke, tak tahu nak pilih tema ke, harap sangat entry aku kali ni dapat bantu uolls semua. Berjimatlah selagi boleh sebab maybe duit tu boleh kita guna untuk perkara lain yang lagi penting kan? Up next, iolls akan updated review tentang Pelamin Tunang dan Baju Tunang pulaks! Nantikan ye....


Till then, happy reading : D


 JOM BACA : Tips, Bajet dan Checklist Persediaan Bertunang 2015

Thank You,
Nurul Shazwani Ariffin

16 comments :

  1. ping artikal blog anda di sini
    http://www.pingmeblog.com

    ReplyDelete
  2. Congrats sis...cantik berseni hantaran uols...bw sini..

    ReplyDelete
  3. congratulation too.. blogwalking here

    #visit me on shukranzahari.blogspot.com
    #happy blogging

    ReplyDelete
  4. Salam sis... boleh tahu apa hantaran lelaki kepada sis ? Sebagai perkongsian... tgh mencari idea hantaran tunang jugak nie... btw tahniah sis 😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you sis... Pihak lelaki bagi 5 hantaran :) nnti sy updates k pasal hantaran pihak lelaki :)

      Delete
  5. Salam sis, yang bowl tu macam mana nk elak dari bergerak n statik kan bowl? Letak gam or camne?

    ReplyDelete
  6. Salam sis, bowl coklat tu camne nk bagi statik n x bergerak? Kena letak gam ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam.. Aah kena isi gam pistol je bawah bowl tu :) barulah tak bowl tu tak gerak

      Delete
  7. buat sendiri untung kan
    dah la cntik pastu kekemasan hsl tangan sndiri lain maciam kan .

    ReplyDelete
  8. congrats my dear! hehehe samela kite pun DIY je hantaran! ^,^ jimat!! =)
    btw silelah ke blog kite juge! ^,^

    http://algettingmarried.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. Cantik lar.. suka tengok mini pelamin tu

    ReplyDelete
  10. Cantik lar.. suka tengok mini pelamin tu

    ReplyDelete
  11. Maaf bertanya..total ni brp rm ye?all the cost

    ReplyDelete
  12. Mcam kenal je pengantin laki tu.. kak wani tlong deco untuk saya plezzz

    ReplyDelete

f