This is Me

My Photo
# Assalamualaikum,I believe that we are who we choose to be. Nobody's going to come and save you,you've got to save yourself. Nobody's going to give you anything; you've got to go out and fight for it. Nobody knows what you want except for you. And nobody will be as sorry as you if you don't get it. So, don't give up on your dreams. Life always offers you a second chance. Its called tomorrow #

Tips Diy Handbouquet / Bunga Tangan yang Murah dan Jimat

Assalamualaikum and hai :)

Meknis sebagai model handbouquet iolls ;)

Firstly, just nak cakap rasa bersyukur sangat majlis pertunangan yang telah berlangsung baru-baru ini berjalan dengan lancar. Alhamdulillah :) Terima kasih juga kepada semua yang hadir terutama kepada adik beradik, saudara mara, jiran-jiran serta kawan-kawan yang sanggup bersusah payah memeriahkan majlis pertunangan kita. Really appreciate it so much! mwaah mwaah hihihi Sebelum aku meleret cerita tentang majlis pertunangan yang berlangsung baru-baru ini, lebih baik aku teruskan hasrat terpendam aku ni untuk sharekan something kepada bride to be diluar sana yang masih dilema atau buntu memikirkan tentang HANDBOUQUET/ BUNGA TANGAN untuk majlis pertunangan yang bakal tiba nanti.


Actually, majlis pertunangan aku ini 100% idea daripada aku sendiri serta my mum dan juga my beloved fiancee sebabnya aku tak nak timbul masalah dalam perselisihan pendapat kalau terlalu banyak orang campur tangan dalam memberikan konsep dan idea. Disebabkan aku pegang dengan prinsip ini, alhamdulillah segala idea yang aku keluarkan memang jadi PERFECTO semasa majlis pertunangan aku baru-baru ini!!! Alhamdulillah ;)


So, bride to be sekalian untuk bertunang tak perlulah spend too much your money untuk benda-benda yang mengarut. Lebih-lebih lagi untuk handbouquet, bagi pendapat aku rasanya tak perlulah beli bunga hidup ataupun dalam bahasa orang putihnya " fresh flower " untuk dijadikan handbouquet semasa majlis pertunangan. Jujur aku cakap 100% pembaziran kalau guna fresh flower , sebabnya handbouquet tu just digunakan hanya ketika majlis itu berlangsung sahaja then malamnya terus layu. Menangis lah kau habis RM 150 untuk beli bunga je then malamnya terus layu. Fuhhh RM 15O boleh dapat sepasang kasut Charles & Keith taw jaah! hahaha Pembaziran semata-mata kalau beli bunga semahal tu!! Kita bukan anak raja or Dato mahupun Tan Sri lebih baik lah korang follow tips yang bakal aku kongsikan ni. Jimat dan berbaloi-baloi gitu! Dah cuba pasti tak menyesal seumur hidup.. hihiih


Untuk handbouquet untuk majlis pertunangan yang baru berlangsung baru-baru ini, aku memilih untuk deco daripada bunga artificial sahaja. Antara reason yang kukuh aku apabila mahu gunakan bunga artificial sebagai handbouquet adalah aku nak jadikannya 2 in 1. Mesti korang pelik asal plak nak jadikan handbouquet 2 in 1 kan? hehehe Semasa majlis dijadikan handbouquet and then selepas majlis dijadikan bunga hiasan atas meja solek aku plak. Kiranya boleh jadi 2 in 1 lah kan... kikiki Sebenarnya memang dah lama pendamkan hasrat nak beli bunga untuk diletakkan dalam bilik tidur aku, cumanya macam tak ada kepentingan plak kalau nak beli saje baiklah aku beli handbag ke adalah faedah jugak kan so dah alang-alang aku nak bertunang ni, itu yang terus grab bunga artificial supaya dapat dijadikan sebagai handbouquet + bunga hiasan selepas majlis. Boleh lah berangan ala-ala princess elsa masa majlis berlangsung nanti! hihihi


Taaaraaaaa.....

Inilah bunga artificial yang aku beli tu! Suka sangat dengan bunga2 ni sebab semuanya 
warna ala-ala pastel gituu ;)

Jangan risau mahal taw korangs, ini pun aku just beli tiap satu bunga tu just dua tangkai bagi tiap jenis bunga. Hmm actually, nampak je macam sebakul bunga yang aku beli padahal sikit je pun ni. Sebab itulah kreatif ni satu benda yang penting ye uolls. kikiki Semua bunga yang aku beli ni dengan harga RM 50 sahaja then bunga2 ni terus boleh dijadikan hak milik kekal korang. Tak perlu disewa or dijaga rapi sebabnya HAK MILIK kekal. Lepas guna kita deco pulak untuk jadikan bunga hiasan dalam bilik tidur. Baru lah segar kan bila bangun tidur je mata terus dihiasi dengan bunga yang berwarna pastel macam ni of course senyuman akan terukir dipagi hari.. wakkaka 


Cara nak buat handbouquet ni boleh lah korang rujuk dekat blogger-bloggers lain. Tak pun korang boleh review video tutorial dekat youtube je. Bagi yang kreatif dan suka cuba something yang baru dengan cara memandai-mandai sendiri boleh lah try gubah macam aku ni. Lagi puas hati sebabnya kita deco ikut kepala kita tanpa ditokok tambah dengan idea orang lain. hehehe Sekarang ni semuanya atas pilihan kita mahu yang mahal ataupun jimat. hehehe Benda senang jangan disusahkan taw uolls, bak kata my mum nak seribu daya, tak nak seribu dalih. So, tepuk dada tanya selera masing-masing k. Bagi iolls hasil tangan dan idea sendiri lah paling terbaik dan akan dikenang sampai bila-bila...


Jom layan gambar handbouquet iolls plak yang cun melecun ni... kikiki :)

My fiancee tolong temankan iolls pilih bunga. 3 jam dekat kedai bunga! kikiki

My Fiancee n my mum tolong gubahkan bunga tangan iolls ;)

Yahooo dah siap pun handbouquet iolls ;)

Yes.... I do... eh tetiba plak. kikiki

Itulah tips untuk handbouquet yang murah dan jimat yang boleh aku sharekan dengan bakal-bakal bride to be sekalian. Insyaallah, moga bermanfaat kepada semua orang tips kali ini. Lepas ni aku akan share pasal pelamin pertunangan aku plak. Stay Tune taw uolls......... hehhe Selamat mencuba dan berdiy taw korangs. Love you :)



Thank You,
Nurul Shazwani Ariffin

3 comments :

  1. Wah ..memang creative ...#klik ..#visit me on shukranzahari.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. wah, kreatif.. salam singgah dan follow ^^

    ReplyDelete

f