This is Me

My Photo
# Assalamualaikum,I believe that we are who we choose to be. Nobody's going to come and save you,you've got to save yourself. Nobody's going to give you anything; you've got to go out and fight for it. Nobody knows what you want except for you. And nobody will be as sorry as you if you don't get it. So, don't give up on your dreams. Life always offers you a second chance. Its called tomorrow #

Edisi Majlis Pertunangan Afiq & Wannie | Checklist & Preparation |

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, its been a year we've known each other and with Allah's bless, may the seeds of love will grow beautifully towards the end of this year, and forever and ever insyaAllah. :')


hehe. alhamdulillah, menjadi tunangan kepada seseorang yang x pernah terlintas dek fikiran akal ini adalah satu rahmat dari Allah yang cukup bermakna dalam hidup ini. dengan izin Allah, restu mak abah dan juga mak bapak, alhamdulillah, Majlis Pertunangan kami terlah berlangsung secara kecil-kecilan di teratak keluarga saya pada 24 January 2016 yang lalu. :)

Preparation yang dibuat dalam masa yang singkat tapi dont worry aku ni macam wonderwoman lah sebabnya semuanya dapat diselesaikan dengan pantas dan bombastik. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan kembung perut semua tetamu yang hadir.. hihihi



MINI PELAMIN & BUSANA


Majlis Pertunangan ni aku guna mini pelamin sahaja tapi hasilnya fuhhh macam mini pelamin nikah pulak rasa XD alhamdulillah puas hati dengan all decorations, lightings and setup. Pencarian vendor untuk Mini Pelamin ni agak mencabar sebab banyak vendor yang main-main dengan harga yang murah dan cantik2 design nye. mahupun begitu, saya dan family dan juga tunang sebulat suara untuk mengambil NAJIHA ANGGUN ANDAMAN sebab harganya berpatutan dan design memang up-to-date! yeaaay!!!




Manakala untuk busana pula, pada mulanya nak amik warna purple, tapi sebab masa tu ramai sangat yang pakai warna purple, so saya tukar warna peach + tiffany blue. :) Actually, baju tu sebenarnya aku tempah khas so memang size 100% muat lah dengan badan iolls ni dan design utk baju tunang ni aku tempah baju kurung moden berkain payung ( acah princess laah kononnya ;P ) hihi So, kalau korang nak baju cantik ke, meriah macam bersanding ke, it's up to your taste and choice. Tudung plak aku beli dekat ZAWARA dan yang kebetulannya match betul warnanya dengan baju tunang aku tu. hahha jimat masa aku tak perlu nak hunting kain untuk buat shawl.. Veil tu aku sewa je dekat kedai pengantin sebabnya macam membazir nak buat dah lah pakai sekejap, so aku cari je warna seakan-akan dengan warna baju tunang aku tu. Tapi sangat berpuas hati sebabnya lawa sangat baju iolls tu!! Below are the pictures of my favorite dress during my engagement day :) have a look!






CATERING


Untuk catering plak, memang 100% aku serahkan dekat my parents je yang uruskan sebabnya abah aku lebih handal tentang menu untuk majlis pertunangan ni. Anak bongsu punya majlis of course lah abah aku memang tahap arif gila lah bab pemilihan menu makanan.

Menu yang abah ambil untuk 250 pax dan menu juga adalah Masakan Kampung . Senarai menu adalah seperti di bawah :

Menu 

Nasi Putih
Sayur Labu Masak Lemak Cili Api
Kari Daging Kambing
Ayam Masak Pedas
Ulam-Ulaman
Ikan Masin
Sambal Belacan
Pencuci Mulut : Buah Cocktail + Buah Tembikai
Air Sirap & Air Cincau & Air Teh O Panas


Aku sendiri x sempat merasa beberapa menu sebab sepantas kilat habis hahaha. Posing depan pelamin sampai lupa nak makan nilah puncanya bakal pengantin dapat makan lebihan makanan je. . Menu lain, licin. haha. Alhamdulillah, tetamu semua suka menu walaupun simple saje. :D Moral of story, sebelum nak posing sakan better lah makan dulu sebelum majlis bermula ye uolls.. ;)

DOORGIFT

Doorgift yang aku bagi dekat tetamu ialah cheese cake leleh. Pening juga nak bagi door gift ni sebab nak bagi sesuatu yang berguna tapi murah dan yang betul betul mengeyangkan tetamu! Bila bagi cheese cake ni dalam perjalanan balik rumah boleh lah makan cake ni dalam kereta. Fuh confirm sedap!! Sticker pada cheese cake ni aku design sendiri, then hantar print kan je design yang aku dah buat ni dalam bentuk sticker. hihi Harga doorgift ni RM 1.50 je uolls termasuk sticker lah. Wah murahkan uolss ;)

Cheese cake ni aku tempah dengan kak ezniey. So sapa2 nak tempah cake ni utk dijadikan doorgift area Pahang boleh lah contact kak ezniey taw. Senang nak berurusan dengan beliau ;) Nama kedainya pula EZNIEY CAKE.. Sebarang pertanyaan boleh lah PM beliau taw, jangan tanya aku pulak!! 



PHOTOGRAPHER

Keputusan last minit nak ambil photographer adalah sesuatu yang tidak mengecewakan malah aku sangatlah berpuas hati dengan artwork, angle dan editing dari beliau, Najihah Hamedon. Aku ni jenis cerewet nak ambil photoghrapher sebenarnya sebab kalau boleh nak photographer perempuan. Alhamdulillah senang bekerja dengan Jihah. muda sangat beliau ni. :D album pun dapat cepat je. within 3 weeks dah boleh dapat dah siap bagi USB free unlimited shot kot. Gambar nya cantik oiii!! Puas hati sangat ;) 

So gambar2 di bawah adalah seliaan HAWA ADAM Pictures. enjoy!













Sekian saja edisi Majlis pertunangan iolls. :) tata! Happy reading :D

TIPS BAJET HANTARAN TUNANG UNTUK PIHAK PEREMPUAN 2015

Assalamualaikum & Apa khabar semua ;)



Hari ini Alhamdulillah dapat sedikit masa terluang untuk aku berkongsi cerita tentang tips-tips bajet untuk pertunangan aku pada 3 bulan yang lepas. Amacam dengan tips yang aku berikan untuk korang semua agak2 dapat membantu tak dalam memberikan idea yang bernas. Harap-harap idea yang serba sedikit ini dapat membantu untuk majlis bahagia bride to be sekalian. So, entry kali ini aku ingin bercerita tentang hantaran tunang untuk pihak perempuan pulak.

Jika mengikut adat Melayu, barang hantaran hendaklah diberi mengikut bilangan ganjil dan barang daripada pihak perempuan hendaklah lebih sikit daripada pihak lelaki. Misalnya 5-7, 7-9 dan 9-11. Tetapi untuk majlis pertunangan, biasanya orang akan memilih bilangan 5-7 (lelaki 5 dulang, perempuan 7 dulang). Tapi sekadar adat je pun tak perlulah nak ikut sangat pun, cukup lah sekadar ikut kemampuan masing-masing ye.

Seterusnya, fikirkan bajet yang anda sudah simpan untuk membeli barang-barang hantaran pertunangan ini. Untuk majlis bertunang, kita tidak digalakkan untuk membeli barang-barang hantaran yang terlalu mahal. Cukuplah sekadar membeli barang-barang yang kita akan guna atau yang kita akan pakai semasa majlis perkahwinan nanti.

Walau bagaimanapun, sebelum memilih barang-barang hantaran, kita perlu mengambil kira adat di negeri masing-masing juga. Kerana setiap negeri ada adatnya sendiri. Misalnya, jika di pantai Timur, pihak perempuan akan menerima 2 jenis cincin iaitu cincin merisik dan bertunang jika kedua-dua majlis tersebut digabungkan sekali. Manakala jika di negeri lain pula, cincin merisik mungkin tidak perlu. Jadi, eloklah bakal pengantin berbincang dengan ibu bapa masing-masing terlebih dahulu sebelum memilih barang-barang hantaran. Tapi mak aku memang sempoi alaa tunang je pun cukup lah sekadar satu cincin je sebagai pengikat ikatan pertunangan + merisik. haaa kan dah dapat perjimatan dekat sini. Jangan terlalu berpegang dengan adat sebab kita kan rugi tapi berlandaskan lah agama Insyaallah banyak yang kita akan dapat cut cost dari situ. hihi

Hantaran dari AFIQ SA'DON kepada SHAZWANI ARIFFIN :)

  • CINCIN PERTUNANGAN + SIRIH
  • KAIN PASANG ( SAREE SILK)
  • JAM TANGAN
  • BUKU AGAMA
  • BUAH - BUAHAN

Jom review gambar hantaran my fiance kepada iolls plak. Semua ni abang my fiance yang buat, cantik sangat combination warna bunga yang dihias. Semua barang hantaran ni iolls beli sendiri mengikut kegunaaan sendiri then lepas tu baru bagi my fiance untuk dijadikan sebagai hantaran.



Ini lah hantaran cincin pertunangan + merisik iolls. Aku pilih yang ada mata then cincin ni design yang simple-simple je. Alhamdulillah pergi mana2 je cincin mesti tersarung dijari manis ku. 


Jam ni pulak aku beli dengan my fiance. Alhamdulillah dapat jam yang di idamkan selama ni. Guess sentiasa dihati ku selamanya.



Sapa-sapa yang mengenali aku memang akan tahu yang aku ni memang suka sangat dengan kain saree sebab itulah hantaran tunang pun kain saree tetap menjadi pilihan hati. Aku beli kain pasang saree ini pun adalah untuk dijadikan baju raya untuk tahun 2015 bukannya sekadar nak membazir sahaja. kikiki  Kain pasang ni warna hijau sebabnya my hubs yang pilih ikut warna fave dia. Sebagai bakal isteri redha jela kehendak orang tersayang :) hihihi


Nak jadi isteri mestilah kena tambah ilmu pengetahuan tentang tanggungjawab kita sebagai bakal seorang isteri nanti. Lepas ni dosa pahala semua suami yang akan tanggung jadinya kita perlukan knowledge untuk ini. Aku pilih buku "A GIFT FOR MUSLIM BRIDE" dengan buku dari penulis fave aku "ANEKDOT MADINAH". Dah habis baca pun sangat membantu bride to be macam aku ni mengetahui lebih lanjut tentang peranan seorang isteri dalam rumah tangga. Aku jadikan buku sebagai salah satu hantaran sebabnya aku ni jenis perempuan yang suka membaca tak kisah buku jenis apa-apa pun. Kalau dapat novel seharian tak tidur pun takpe aku hadap je novel sampai habis. kikiki Tapi kalau buku study confirm mata aku ni cepat je dibuai mimpi.. kahkahkha





Hantaran kelima pulak, my fiance bagi aku aneka jenis buah-buahan. Tak sampai sehari pun semua buah habis dimakan oleh sanak saudara aku. hehehe So kesimpulannya, korang dengan bakal tunang korang kenalah ada komunikasi dan perbincangan yang serious bagi mengelakkan bebanan sebelah pihak untuk beli barang-barang hantaran ni. If tak mampu cukup bagi sebentuk cincin sebagai ikatan pertunangan. Simple itu lebih baik taw jangan jadi macam iolls ni mengada-ngada lebih nak majlis yang perfecto sokmo. hihihi ( eh sekali seumur hidup kot ni ngada-ngada sikit takpe kot) :P


Till then, happy reading :D


JOM BACA : TIPS DIY HANTARAN TUNANG 2015


f