This is Me

My Photo
# Assalamualaikum,I believe that we are who we choose to be. Nobody's going to come and save you,you've got to save yourself. Nobody's going to give you anything; you've got to go out and fight for it. Nobody knows what you want except for you. And nobody will be as sorry as you if you don't get it. So, don't give up on your dreams. Life always offers you a second chance. Its called tomorrow #

TIPS BAJET HANTARAN TUNANG UNTUK PIHAK PEREMPUAN 2015

Assalamualaikum & Apa khabar semua ;)



Hari ini Alhamdulillah dapat sedikit masa terluang untuk aku berkongsi cerita tentang tips-tips bajet untuk pertunangan aku pada 3 bulan yang lepas. Amacam dengan tips yang aku berikan untuk korang semua agak2 dapat membantu tak dalam memberikan idea yang bernas. Harap-harap idea yang serba sedikit ini dapat membantu untuk majlis bahagia bride to be sekalian. So, entry kali ini aku ingin bercerita tentang hantaran tunang untuk pihak perempuan pulak.

Jika mengikut adat Melayu, barang hantaran hendaklah diberi mengikut bilangan ganjil dan barang daripada pihak perempuan hendaklah lebih sikit daripada pihak lelaki. Misalnya 5-7, 7-9 dan 9-11. Tetapi untuk majlis pertunangan, biasanya orang akan memilih bilangan 5-7 (lelaki 5 dulang, perempuan 7 dulang). Tapi sekadar adat je pun tak perlulah nak ikut sangat pun, cukup lah sekadar ikut kemampuan masing-masing ye.

Seterusnya, fikirkan bajet yang anda sudah simpan untuk membeli barang-barang hantaran pertunangan ini. Untuk majlis bertunang, kita tidak digalakkan untuk membeli barang-barang hantaran yang terlalu mahal. Cukuplah sekadar membeli barang-barang yang kita akan guna atau yang kita akan pakai semasa majlis perkahwinan nanti.

Walau bagaimanapun, sebelum memilih barang-barang hantaran, kita perlu mengambil kira adat di negeri masing-masing juga. Kerana setiap negeri ada adatnya sendiri. Misalnya, jika di pantai Timur, pihak perempuan akan menerima 2 jenis cincin iaitu cincin merisik dan bertunang jika kedua-dua majlis tersebut digabungkan sekali. Manakala jika di negeri lain pula, cincin merisik mungkin tidak perlu. Jadi, eloklah bakal pengantin berbincang dengan ibu bapa masing-masing terlebih dahulu sebelum memilih barang-barang hantaran. Tapi mak aku memang sempoi alaa tunang je pun cukup lah sekadar satu cincin je sebagai pengikat ikatan pertunangan + merisik. haaa kan dah dapat perjimatan dekat sini. Jangan terlalu berpegang dengan adat sebab kita kan rugi tapi berlandaskan lah agama Insyaallah banyak yang kita akan dapat cut cost dari situ. hihi

Hantaran dari AFIQ SA'DON kepada SHAZWANI ARIFFIN :)

  • CINCIN PERTUNANGAN + SIRIH
  • KAIN PASANG ( SAREE SILK)
  • JAM TANGAN
  • BUKU AGAMA
  • BUAH - BUAHAN

Jom review gambar hantaran my fiance kepada iolls plak. Semua ni abang my fiance yang buat, cantik sangat combination warna bunga yang dihias. Semua barang hantaran ni iolls beli sendiri mengikut kegunaaan sendiri then lepas tu baru bagi my fiance untuk dijadikan sebagai hantaran.



Ini lah hantaran cincin pertunangan + merisik iolls. Aku pilih yang ada mata then cincin ni design yang simple-simple je. Alhamdulillah pergi mana2 je cincin mesti tersarung dijari manis ku. 


Jam ni pulak aku beli dengan my fiance. Alhamdulillah dapat jam yang di idamkan selama ni. Guess sentiasa dihati ku selamanya.



Sapa-sapa yang mengenali aku memang akan tahu yang aku ni memang suka sangat dengan kain saree sebab itulah hantaran tunang pun kain saree tetap menjadi pilihan hati. Aku beli kain pasang saree ini pun adalah untuk dijadikan baju raya untuk tahun 2015 bukannya sekadar nak membazir sahaja. kikiki  Kain pasang ni warna hijau sebabnya my hubs yang pilih ikut warna fave dia. Sebagai bakal isteri redha jela kehendak orang tersayang :) hihihi


Nak jadi isteri mestilah kena tambah ilmu pengetahuan tentang tanggungjawab kita sebagai bakal seorang isteri nanti. Lepas ni dosa pahala semua suami yang akan tanggung jadinya kita perlukan knowledge untuk ini. Aku pilih buku "A GIFT FOR MUSLIM BRIDE" dengan buku dari penulis fave aku "ANEKDOT MADINAH". Dah habis baca pun sangat membantu bride to be macam aku ni mengetahui lebih lanjut tentang peranan seorang isteri dalam rumah tangga. Aku jadikan buku sebagai salah satu hantaran sebabnya aku ni jenis perempuan yang suka membaca tak kisah buku jenis apa-apa pun. Kalau dapat novel seharian tak tidur pun takpe aku hadap je novel sampai habis. kikiki Tapi kalau buku study confirm mata aku ni cepat je dibuai mimpi.. kahkahkha





Hantaran kelima pulak, my fiance bagi aku aneka jenis buah-buahan. Tak sampai sehari pun semua buah habis dimakan oleh sanak saudara aku. hehehe So kesimpulannya, korang dengan bakal tunang korang kenalah ada komunikasi dan perbincangan yang serious bagi mengelakkan bebanan sebelah pihak untuk beli barang-barang hantaran ni. If tak mampu cukup bagi sebentuk cincin sebagai ikatan pertunangan. Simple itu lebih baik taw jangan jadi macam iolls ni mengada-ngada lebih nak majlis yang perfecto sokmo. hihihi ( eh sekali seumur hidup kot ni ngada-ngada sikit takpe kot) :P


Till then, happy reading :D


JOM BACA : TIPS DIY HANTARAN TUNANG 2015


15 comments :

  1. wow!!! simpel sgt , nati nk buat mcm ni jugak laa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Simple tu lebih baik kan dear... Selamat mencuba.. :)

      Delete
    2. Simple sangat your hantaran... terbaik.. adat tu x penting sgt yg penting klau kita ikutkn agama insyaallah prtunagn n pkhwinan kte lbh berkat..insyaallah utk mjlis I nnti pn I nk bt mcm ni..yg pnting x mmbazir.

      Delete
  2. elok lah simple tetapi mesti yang tahan lama & berkualiti

    ReplyDelete
  3. semuanya cantik cantik dan menarik
    salam kenal :)
    singgah sini

    ReplyDelete
  4. cantik hantaran tu.. Teringat waktu tunang dulu..

    Salam Blogwalking: www.yanieyusuf.com

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Aah yg belah lelaki punya hantaran ni.. :)

      Delete
  6. Tips yang bagus. tq for sharing.
    Salam kenal n blog walking.

    Perlukan jurusolek @ MUA??
    www.beautybyredzara.blogspot.com

    ReplyDelete

f